...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, September 19, 2016

Kisah Majalah 3 tadi buat aku kelu

Al salam alaykum

Menarik Majalah 3 malam ni. Kisah cinta yg tidak disangka-sangka. 

Kisah cinta pertama, aku boleh terima. Si suami seorang OKU yg berjaya dgn ada degree, saudagar karpet dan juga seorang motivator. Kisah cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga isteri. Tetapi lama-kelamaan mereka diterima jua. Kisah yg manis. Bagaimana seorang isteri menerima suaminya seadanya dan menyokong segala usaha suaminya. 

Kisah yg kedua kisah pasangan di usia emas. Isteri berumur 60 tahun dan tidak pernah berkahwin. Suami pula duda kematian isteri tiada anak, berumur 62 tahun. Sudah tertulis di azali jodoh mereka berdua. 

Harapan tetap ada Kay! Hehehe

Tetapi, kisah yg ketiga, sungguh aku tak sangka. Aku hairan jugak aku tak tau kisah viral ni. Si suami berumur 18 tahun, isterinya 42 tahun, seorang ibu tunggal beranak lima. Ini memang betul buat aku kelu. Tetapi, mungkin kerana matangnya si suami itu membuatkan isterinya menerimanya seadanya. Aku mendoakan semoga pasangan ini kekal hingga ke syurga. Aamiin. 

Cinta mereka, cinta yg istimewa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

1 comment:

tiga lalat said...

kawen tu sonok cik kay ye.,
tp nk jaga perkawenan tu yg x brape nak sonoknye., huhu2