...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, September 05, 2016

Belum cukup ilmu di dada

Al salam alaykum

Belum cukup ilmu di dada utk urusan hartanah.

Hari Sabtu aku mencuba rezeki utk dapatkan rumah projek Rumah Selangorku. Aku ada mendaftar dalam http://lphs.selangor.gov.my/ tapi takde khabar berita best pun. Nak beli rumah mahal-mahal. budget tak cukup. Nak beli yg murah plak, takde kelayakan. Susah jugak jadi perempuan bujang usia 30an ni yg berpendapatan sederhana duduk di bandar besar. Teringat plak Bajet Negara yg langsung tidak berpihak kepada kami.

Adik ipar aku forwardkan iklan Rumah Selangorku di Beranang. Projek ni berdekatan dengan rumah adik aku. Selepas meneliti syarat-syaratnya, aku fikir aku boleh ni.

Maka, mula-mula aku dapatkan laporan CCRIS di www.mycreditinfo.com.my Mudah je, bayar RM 10.00, terus dapat salinan CCRIS yang dihantar ke e-mail kita. Laporan CCRIS aku agak memuaskan, sebenarnya frust sbb tak dapat score tinggi, score aku 7 je - GOOD. Hahaha

Tapi kalau tak sempat nak buat semakan sendiri, di pejabat jualan juga ada dibuka booth utk semakan CCRIS. Pun sama, bayaran RM 10.00 dikenakan.

Kemudian, dapatkan surat pengesahan bujang. Ini kawan aku tanya, "Memang wujud ke surat pengesahan bujang?" Ye, mmg wujud! Takyah buat kat pejabat pendaftaran/pejabat agama, majikan pun boleh buatkan. Salinan surat pengesahan bujang aku hilang, terpaksa pergi mintak semula kat HR. Masa tu HR Manager dah tutup pc nak balik, alhamdulillah mudah jugak nak membuatnya.

Bertemankan Ammar Darwisy, aku sampai jam 9.45 am. Aku ingatkan aku dah awal, sbb proses penjualan akan bermula pukul 10.00 pagi, tapi dah berpusu-pusu bakal pemilik rumah beratur menunggu giliran.


Proses semakan dokumen fasa pertama

Untuk setiap urusan, bakal pemilik rumah dipanggil dalam kelompok 10 orang. Fasa pertama, semakan dokumen. Semua ok, kecuali CCRIS aku. Aku diminta utk memberikan dokumen sokongan perihal pinjaman perumahan. Kat sini, aku dah berbahas jugak la, dalam syarat kelayakan takde pun dinyatakan perlu bawa dokumen lain. Dia kata, syarat tu baru je diumumkan. Tapi, dia lepaskan jugak aku utk ke proses semakan dokumen kedua, utk aku ajukan masalah yg timbul tu. Dia sendiri kata, mana tahu rezeki kan?

Angka giliran aku.

Sementara nak menunggu proses semakan dokumen kedua, aku pergi minum dulu. Awal-awal datang tak masuk dalam terus, kalau tak, dah dapat makan sarapan pagi. Sorry Ammar, dapat minum teh tarik je. Aku pun tak tau, rupanya pemaju menyediakan makan dan minum sepanjang upacara berlangsung. Aku memang tunggu giliran kat luar, kemudian tengok-tengok projek Eco Majestic ni. Takde gambar projek, sbb terang-terang ada gambar yg bermaksud "No Camera". Sudah tiba masanya kita cuba utk menghormati arahan dan larangan yg diberikan. Cantikkan budaya hidup kita, hormat menghormati sesama kita?

Ammar layan teh tarik dulu dgn janji nanti kita pergi makan

Makan tengahari, dapat mee kari. Selingan: Apa la Ciklong ni, tak pandai guna chopstick, senang je.



Sedang elok aku habiskan suapan terakhir mee kari aku, giliran utk semakan dokumen terakhir telah tiba. Angka giliran 260 - 269 dipanggil. Kat sini, aku lepas tapisan. Tibalah pula utk semakan dengan LPHS. Kat sini aku problem. Memang diorang nak jugak salinan perjanjian utk pinjaman perumahan yg aku ada. LPSH tak proses permohonan aku, mereka minta aku berbincang dengan pihak pemaju semula. 

Bukan aku seorang je rupanya. Ada lagi yg lain. Tapi mereka boleh balik ambil dokumen di rumah masing-masing. Aku plak, dokumen di Kuantan. Pihak pemaju minta emailkan hari Sabtu juga. Mmg tak la, mana nak jumpa scanner. Sabtu Ahad kan cuti? Aku minta tangguh hari Isnin. OK, permintaan dipersetujui, tapi aku kena bagi salinan cukai taksiran. Alhamdulillah, nombor cukai taksiran mmg ada dalam telefon aku, maka terus saja Whatsapp kepada pihak pemaju, dan permohonan aku diproses oleh pihak LPSH.


Ini nak menunggu permohonan diluluskan atau tidak.

Kat sini lama menunggu. Risau pun ada. Tapi aku pasrah je la, kalau lulus, alhamdulillah. Kalau tak, tak apa la. Masa ni dah merangka-rangka rancangan seterusnya kalau lulus, nak letak nama adik aku sebagai nama kedua, sbb nak dapatkan loan 90% ataupun 100%. 

Sejam menunggu, akhirnya permohonan aku diluluskan dgn syarat. Syaratnya itulah, kena bagi dokumen lain Isnin nanti. Tibalah masa utk mengundi unit rumah. Masa ni la aku betul-betul berdebar, dan baru terfikir segala risiko. Sbb masa mula-mula aku tanya, pihak pemaju kata, kalau loan tak lulus, full payment akan dipulangkan, iaitu RM 1,000.00 utk tempahan, dan RM 750.00 utk kos guaman. Tapi, bila sampai ke peti undi, tiba-tiba pegawai lain kata, hanya RM 500.00 utk tempahan, dan RM 200.00 utk kos guaman yg akan dipulangkan.

Berdebar wehhh! Aku bimbang pasal loan, Masa ni la aku rasa ilmu aku tak cukup banyak. Fikir aku banyak tahu hal ehwal hartanah, lelongan segalanya, tapi fasal yg satu ni aku tak tahu! Sibuklah aku pergi bertanya dengan pegawai bank yg ada di situ. Jawapan mereka kecewakan hati aku. Dgn mimik muka hairan diorang "pelik beno ko ni menda ni pun tatau" Hahahaha... Nasib baik aku tanya, kalau tak sesat je naya.

Fakta yg cukup penting, tapi aku tak tahu, aku tak study betul-betul selama ni. Faktanya ialah, walaupun aku nak buat pinjaman bersama dgn adik aku yg tak pernah ada pinjaman perumahan, kami tetap akan ditawarkan pinjaman sebanyak 70% sahaja, sebab nama aku buat leceh kat situ. Ok, korang yg baca pun boleh buat muka hairan kat aku, memang serius aku tak tahu.

Sapa yg dah cabut undi, maka boleh la buat pembayaran dan tandatangan surat perjanjian di sini

Aku kecewa. Aku takde duit sebanyak 30% utk dijadikan duit muka beli rumah. Aku sedih. Terus balik rumah adik aku. Dengan borang permohonan sekali aku bawak balik. Sob sob sob. Ammar menenangkan aku, Ciklong nak pinjam duit Ammar pun boleh, 20 ribu je kan? Ammar ingat 20,000 rupiah kot, Ciklong pun ada 20,000 rupiah.

Pengalaman berharga, menyertai pembelian rumah beramai-ramai. Ilmu baru pun dapat. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: