...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, September 03, 2016

Bangkitkan saya apabila September berakhir

Al salam alaykum

"Jika kusut dan mempunyai masalah besar dalam hidup, cara yang mudah segera kemas barang dan pikul beg pack terus ambil keputusan hendak travel ke mana. Itu juga ubatnya" - kata Imam Syafie r.a.

Aku tidak tahu, masalah aku sebesar mana, mungkin sekecil gajah di seberang sini, ataupun hanya sebesar kuman yg kelihatan di seberang sana. 

Apabila merenungi arah perjalanan hidup, tiada sebab yg besar utk aku sentiasa bersedih. Tetapi, kadang-kadang, aku turut rasa bersalah untuk bergembira sentiasa. 

Ingatan untuk diri sendiri, kita akan membinasakan diri jika hari ini lebih teruk dari semalam. Usaha pastikan hari esok lagi bermakna daripada hari ini, dan jadikan hari semalam yg berlalu sebagai peringatan yang terbaik untuk menjalani hari esok. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: