...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, August 29, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Dugaan yg pelbagai

Al salam alaykum

Sebelum bertolak ke Perth, Pah kena tahan imigresen sbb PTPTN. Jadinya kami terbang tanpa dia. Dan bila esok, pergi pejabat PTPTN, namanya bersih tak kena senarai hitam pun. Boleh tak nak saman PTPTN?

Dan apabila sampai ke LCCT pula hari ni, kak Fadz hilang tab dalam tandas. Kejadian yg pantas. Pergi report, minta nak tengok cctv, polis tak bagi sbb takkan nak suspek semua orang yg masuk tandas? Alasan, mesti org simpan tab tu dlm beg. Memang la adik polis oii, cuma kami nak tengok mungkin ada perwatakan yg dicurigai dalam masa 15 minit kan?


Semua ada hikmah dan pengajarannya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

4 comments:

whooz said...

Kay, nape kawan Kay tak contact PTPTN pada hari sama kena tahan imigresen tu?

Kay said...

Flight kami 12.05 am, gate kami Q, pastu kami kat imigresen dlm jam 10.45 pm. Kami dh cuba kontek semua nombor teelefon yg imigresen bagi, tapi takde orang jawab. Kay hantar sms, pun takde jawapan. Terpaksa la tinggalkan dia, takleh nak buat apa dah, esoknya dia kontek semula nombor yg imigresen bagi, barulah ada org jawab. Org tu cakap, ada nombor telefon yg ada dgn imigresen tu, dah tak digunakan lagi. Kemudian, bila dapat tahu nama dia tak kena blacklist pun, org PTPTN salah kan imigresen. Malam td, imigresen dok ckp dia hanya jalankan tugas dan cuba utk bantu hubungi PTPTN. Salah siapa sebenarnya pun tak tahu la

whooz said...

mangsa keadaan. rugilah mesti banyak dah keluar duit bayar apa semua tu

Kay said...

Rugi tiket la. Tapi ptptn ckp nak ganti. Yg lain, kami takde bayar apa2 lg, semua cash kat Aussie. So part dia kami bahagi 6 semula.

Tapi hikmahnya sgt banyak Huz.