...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, August 30, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Matahari terbenam di ufuk barat

Al salam alaykum

Aku cuba update trip pergi ke Perth serajin yg boleh. Jangan kerajinan itu berkubur seperti trip ke Jepun dan juga Kota Kinabalu.

Sempat dua hari tengok matahari terbenam di sana. Masya Allah, sangat cantik walaupun tak dapat diterjemahkan dalam kamera telefon.

24/08/2016 di Lancelin Sand Dunes

25/08/2016 di Canal Rocks, Yallingup, tapi saat matahari terbenam ni, ombak tak berapa kuat menghempas ke batu

Kami berenam di Canal Rocks, menggunakan aplikasi panorama.


p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, August 29, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Dugaan yg pelbagai

Al salam alaykum

Sebelum bertolak ke Perth, Pah kena tahan imigresen sbb PTPTN. Jadinya kami terbang tanpa dia. Dan bila esok, pergi pejabat PTPTN, namanya bersih tak kena senarai hitam pun. Boleh tak nak saman PTPTN?

Dan apabila sampai ke LCCT pula hari ni, kak Fadz hilang tab dalam tandas. Kejadian yg pantas. Pergi report, minta nak tengok cctv, polis tak bagi sbb takkan nak suspek semua orang yg masuk tandas? Alasan, mesti org simpan tab tu dlm beg. Memang la adik polis oii, cuma kami nak tengok mungkin ada perwatakan yg dicurigai dalam masa 15 minit kan?


Semua ada hikmah dan pengajarannya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, August 28, 2016

Janjitemu Pantas Halal

Al salam alaykum

Jodoh rahsia Allah. 

Usaha itu milik kita. Maka aku usaha menghadiri HSD Ahad 21/8/2016. Dengan bayaran RM 120.00. 

Calon-calonnya ialah 12 wanita yg berusia dari 33 tahun hingga 37 tahun. Calon wanita mesti membawa seorang pengiring. Dan juga 9 lelaki dari umur 33 hingga 51 tahun. Tapi seorang calon lelaki meninggalkan sesi janjitemu selepas sesi pertemuan calon pertama. 

Aku tanak cerita pasal calon-calon, sbb itu adalah privasi. Selepas pertemuan dgn semua calon, maka kami diminta utk memilih calon kegemaran. Jika ada yg memilih yg sepadan, maka akan ada aturcara seterusnya. 

Dan dukacita aku tak berjaya mendapat calon yg sepadan. Aku sedih jugak, tapi apa nak buat, bukan rezeki. 

Lain kali, tatau lagi nak cuba atau tak. Mungkin usaha lain pulak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, August 23, 2016

Pengalaman 1 Trip Uber

Al salam alaykum

Pendapatan pertama.


Alhamdulillah,

Tapi sekali tu je la aku amik penumpang. Kemudian, takde dah request dari perempuan. Aku online sejam, ada 3 request, semua jauh-jauh.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, August 17, 2016

Terbaik Dari Langit

Al salam alaykum

Sahabat - Pitahati

Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
Pasti ia akan mencari jalan pulang
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali

Bila air mata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat terima kenyataan
Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 16, 2016

Pengalaman kosong trip Uber

Al salam alaykum

Dah berapa lama aku berdaftar dengan Uber, aku cuba buat pada Jumaat lepas.

Aku online selama 2 jam, ada 5 request, tapi aku accept satu je, tapi rider batalkan pulak.

Kenapa request lain aku tak accept? Sbb aku kena ambil rider di Setapak, Gleaneagle, Ukay Perdana, Ampang. Yang aku accept tu, dia di AU1, tapi rider batalkan.

Belum rezeki lagi utk ber-Uber.

Dan, hari Sabtu, aku online selama sejam, takde request langsung.

Mungkin hari Sabtu, ramai yg menggunakan kenderaan sendiri.

Aku lambat online. Selama ni aku ada ragu-ragu, sbb aku perempuan mungkin. Tambahan plak banyak kes-kes negatif berkaitan Uber. Dan yg terbaru aku dengar, pemandu GrabCar hendak disamun. Baca http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemandu-grabcar-disamun-dua-penumpang-1.368497

Tiba-tiba tergerak hati lepas aku baca kata-kata ini di IG kenalan aku:

"The biggest risk is not taking any risk"

Lepas ni nak cuba lagi? InsyaAllah kalau ada pemangkin lain plak.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 15, 2016

Apabila tekanan tinggi, kita mencari ruang...

Al salam alaykum

Sumih ajak detim dgn Hana. Suami dia naik gunung Cenuang semalam. Maka, berjimba la kita. 

Sebab aku tahu dia mmg peminat kopi tegar, aku ajak Sumih ke satu kedai kopi baru, iaitu Wood & Steel Cafe, aku nampak masa hantar Haida balik rumah. Haida cakap mmg best. 

Tapi bila sampai, nampak kafe ni. Perkataan yg menarik perhatian ialah local recipe. Hahahaaha. Bak kata Sumih, makan pagi tetap kena nasi lemak, perut orang Melayu kan?


Maka jom la kita layan D'Timer Cafe, di Wangsa Maju, berdekatan dengan Cibiuk Wangsa Maju. 

Deko-deko. 

Ada kaunter kek. 

Dapat buku menu, nak amik gambar segan, sbb waiter tunggu sebelah hahaha. Orang tak ramai lagi boleh la waiter tunggu. 

Menu di kaunter. 

Mari order. Aku tengok kebanyakannya masakan Johor. Paling utama, ada nasi ambeng ayam kicap. Memang itulah yg aku order. Dan dengan Mocha ais. 


Australian Coffee utk Sumih. Sedap wehh! Aku bukan penggemar kopi. Tapi boleh la layan kalau betul sedap. 

Nasi Ambeng Ayam Kicap, RM 13.90. 

Masa dapat nasi ambeng aku, rasa sedih sbb rupa dia macam nasi rames (nasi campur) makan kt Surabaya. Link: http://kehelan.blogspot.my/2013/01/selero-jowo.html Tapi super sedap wehhh! Alhamdulillah. 

Lempeng utk Hana, nasi lemak utk Sumih. 

Kami bertiga. 

Tak cukup makan kat kafe, kami tapau Lontong Darat dan jugak Laksa Johor utk dimakan di rumah Sumih. 

Lontong Darat yg sedap sangat. 

Laksa Johor pun sedap. 

Alhamdulillah, makanan yg sedap, bersama sahabat yg baik. Lain kali kami janji nak ulang lagi, nak cuba menu lain pulak dan kek yang nampak sedap di kaunter. 

Keseluruhannya bak kata Sumih, harga ok sbb makanan dan minuman sedap. Cuma, air lambat skit sampai. Makanan sampai awal, aku dah separuh makan nasi, baru air sampai. Tapi sebab sedap, takde apa hal la... Biasalah, kami manusia biasa, mudah ditawan.

Terima kasih Sumih utk sarapan dan lunch yg lazat. 

Nanti kita detim lagi ye Hana!

Alamat D' Timer Cafe:

11G Blok B, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10 53300, Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, 54200 Kuala Lumpur


Facebook:

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, August 14, 2016

Gerimis Hati Asyikin

Al salam alaykum

Semalam tengok drama Gerimis Hati Asyikin. Tengok iklan macam best je. 

Penerbit, Al-Hidayah Production. 

Pasal jalan cerita, aku tanak cerita la. 

Tapi yg menarik perhatian aku, tiada adegan sentuhan antara pelakon lelaki dan wanita walaupun watak mereka suami isteri. 

Contoh, adegan bersalaman, memang nampak trik kamera di situ. Kita tahu sebenarnya diorang tak bersalaman pun. 

Adegan apabila suami minta diurut kakinya. Suami letakkan kaki atas kerusi makan, dan tangan isteri kononnya sedang mengurut kaki suami. Ye, mmg nampak takde sentuhan pun. 

Siapa kata drama kita wajib ada sentuhan suami isteri? Takde sentuh-sentuh pun, kisah dan pengajaran sampai je kepada penonton. 

Sebenarnya nak cakap, kali pertama aku menonton drama tanpa sentuhan suami isteri kat TV3. Biasanya di TV Al-Hijrah je. 

Harap drama macam ni diperbanyakkan. Selain mesej yg menarik, adab-adab dan tuntutan agama turut dijaga. 

Oh ya, aku tengok jugak cerita jam 7.00 petang tu yg ditayangkan skrg. Aku tatau aku tengok sbb apa, sbb tajuknya ke, sbb pelakon lelaki tu ke, atau sbb aku nak tgk pelakon perempuan yg wataknya gedik. Selepas babak kawen, banyak betul babak yg bersentuhan yg aku macam tak boleh terima. Tapi, saban petang aku tunggu tengok jugak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, August 13, 2016

Itik dan helang

Al salam alaykum

Brilliant article, just couldn't resist sharing..

*Ducks Quack, Eagles Soar*

I was waiting in line for a ride at the airport. When a cab pulled up, the first thing I noticed was that the taxi was polished to a bright shine. Smartly dressed in a white shirt, black tie, and freshly pressed black slacks, the cab driver jumped out and rounded the car to open the back passenger door for me.

He handed me a laminated card and said: 'I'm Wasu, your driver. While I'm loading your bags in the trunk I'd like you to read my mission statement.'

Taken aback, I read the card. It said: Wasu's Mission Statement:
To get my customers to their destination in the quickest, safest and cheapest way possible in a friendly environment.

This blew me away. Especially when I noticed that the inside of the cab matched the outside. Spotlessly clean!

As he slid behind the wheel, Wasu said, 'Would you like a cup of coffee? I have a thermos of regular and one of decaf.'

I said jokingly, 'No, I'd prefer a soft drink.'

Wasu smiled and said, 'No problem. I have a cooler up front with regular and Diet Coke, lassi, water and orange juice.'

Almost stuttering, I said, 'I'll take a Lassi.'

Handing me my drink, Wasu said, 'If you'd like something to read, I have The NST , Star and Sun Today.'

As they were pulling away, Wasu handed me another laminated card, 'These are the stations I get and the music they play, if you'd like to listen to the radio.'

And as if that weren't enough, Wasu told me that he had the air conditioning on and asked if the temperature was comfortable for him.

Then he advised me of the best route to my destination for that time of day. He also let me know that he'd be happy to chat and tell me about some of the sights or, if I preferred, to leave me with my own thoughts.

'Tell me, Wasu,' I was amazed and asked him, 'have you always served customers like this?'

Wasu smiled into the rear view mirror. _No, not always. In fact, it's only been in the last two years. My first five years driving, I  spent most of my time complaining like all the rest of the cabbies do_. *Then I heard about power of choice one day.'

'Power of choice is that you can be a duck or an eagle*.

'If you get up in the morning expecting to have a bad day, you'll rarely disappoint yourself. Stop complaining!' 

'Don't be a duck. Be an eagle. Ducks quack and complain. Eagles soar above the crowd.'

'That hit me right,' said Wasu. 

'It is about me. I was always quacking and complaining, so I decided to change my attitude and become an eagle. I looked around at the other cabs and their drivers. The cabs were dirty, the drivers were
unfriendly, and the customers were unhappy. So I decided to make some changes. I put in a few at a time. When my customers responded well, I did more.'

'I take it that has paid off for you,' I said.

'It sure has,' Wasu replied. 'My first year as an eagle, I doubled my income from the previous year. This year I'll probably quadruple it. My customers call me for appointments on my cell phone or leave a message on it.'

Wasu made a different choice. He decided to stop quacking like ducks and start soaring like eagles.

Have an eagle week..next week... And next...And.... 
😃
A great Thought..

"You don't die if you fall in water, you die only if you don't swim.

Thats the *Real Meaning* of *Life*.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, August 12, 2016

Resipi Mee Kuning

Al salam alaykum

Mak aku bg resipi mee kuning utk kami salin. Aku cakap suruh la ayah salin dalam buku, mak aku cakap ayah aku dah malas. 


Meh aku salin dalam blog. Aku tau dah nanti balik kena la buat tu. 

Tapi, mak aku tanya mana nak cari air abu? Adoi. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, August 11, 2016

Mereka pergi jua...

Al salam alaykum

Semenjak masuk kerja selepas raya sehingga hari ni, 5 orang staff meninggalkan kami.

Sob sob sob...


Yang pertama, paling mengejutkan, Kak Emi, ni orang nombor dua dalam syarikat, tetap pergi jua...



Siti, kontrak tamat pada 31/07/2016 yg lalu.



Fahmi pun sama, kontrak tamat pada 31/07/2016.



Dan pada hari ini, mereka berdua pula meninggalkan kami. Kak Murni, bakal membuka taskanya sendiri. Dan Nadirah, yg bakal bekerja di sebelah KLCC.

Pemergian mereka tidak dapat ditahan. Rezeki mereka di tempat lain. Hidup kena terus, tidak boleh berpaling lagi.

Dan yg tinggal, teruskan kehidupan, dugaan dan cabaran di sini, semoga hari-hari suram kembali ceria.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, August 10, 2016

Stress!

Al salam alaykum

1. Stress aku tengok wartawan ni interview artis tak cek dulu latarbelakang. "Saya ingatkan abang org Melaka". Aku bukan wartawan pun aku tau dia asal Terengganu. Stadi la skit adik!

2. Semalam tgk intisari rancangan 391, Beautiful Mind Episode 15, aku sangkakan episod istimewa la kan? Sekali bukak cite Page Turner, tapi dah episod 2. Bila masanya episod 1? Dah aku kena tgk online utk episod 1. Rupanya hari Isnin dah main ganti rancangan Entertenmaint Weekly. Stress!

3. Aku stress nengok kawan2 Fateh ni dok sibuk suh Fateh terima Fahmi semula. Suka hati Fateh la nak pilih sama, korang sbg kawan2 doakan yg baik-baik utk Fateh. Dah Fateh dlm dilema nak pilih sapa pulak. Si Fahmi ni pun suka paksa2, dah Fateh nak move on, terima la. 

4. Kereta aku parking tepi jalan. Sbb takde parking kat tempat biasa. Petang td aku tengok-tengok parking temapt biasa tu kosong. Niat nak alih kereta, pakcik yg kereta dia ada 7-8 buah tu lepak minum air tengok je aku dok usha-usha parking. Tak jadi la nak ubah kereta. Stress! Pakcik pindah la dok rumah ada parking lot besar skit.

5. Semenjak habis Ramadhan Syawal ni setiap detik perut aku berdendang kelaparan. Padahal setiap masa aku mengunyah. Sebalang kuih raya habis, goreng sosej habis sebungkus, telur dua biji, nasi sebungkus, tapi tak kenyang-kenyang. Cacing apa yg menghuni perut aku ni?

6. Stress aku takleh nak bagi kata putus nak join ke tak pergi bumi kanggaru ni. Alhamdulillah kak Awin memahami. Keputusan pada minit-minit terakhir pun masih diterima. Doakan keputusan aku tepat. 

7. Stress memerap je kat rumah tapi itu je la yg aku mampu setakat hari ini. Pergi keja balik keja tengok tv tido makan baca buku.

8. Kerja dah banyak dan kami semakin busy tapi sbb ada hal banyak menda takleh nak buat. 

9. Sampai ofis, tengok-tengok pintu bukak sebelah je, alas kaki masih kat bahagian dalam, aircond tak pasang. Diorg yg sampai awal takkan la takleh nak tolong bukak kan pintu lg sebelah, keluarkan alas kaki, pasang aircond. Stress sungguh org berat tangan ni. At least pasang la aircond, korg jgk yg panas nak bekerja kalau receiptionist tak datang2 nak bukakkan aircond. 

Itu je stress? Hahaahhaa... Banyak lagi stress sebenarnya. Stress paling utama ialah ada hal.

Semoga urusan kita semua dimudahkan olehNya. 

When we feel being poisoned by stress, pain and failures, the best antidote is to...PRAY❤ - Hasnitah Andy

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, August 08, 2016

Pulanglah ke laman ayah bonda

Al salam alaykum

Pagi tadi di IKIM,fm, lagu kumpulan Firdaus, Permata Ayah Bonda.

Bait yg terkesan di hati:

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya

Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....


Pagi tadi, aku dari rumah ayah bonda menuju kotaraya, moga suatu hari nanti, aku akan kembali menetap di laman ayah bonda.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, August 04, 2016

Beautiful Mind, 14 episod je!

Al salam alaykum

Beautiful Mind dah habis malam tadi. Terkejut aku tengok final episode. Padahal selama ni aku percaya ia 16 episod. Rupanya sbb rating tersangat rendah maka ia dipotong.

Image result for beautiful mind korean drama



Sedih! Sbb jalan cerita best. Kalau baca komen di http://myasiantv.se/drama/beautiful-mind/ dan http://asianwiki.com/Beautiful_Mind_(Korean_Drama) semuanya suka cerita ni, tapi nak buat cemana, orang Korea tak suka.

Kisah seorang doktor, Lee Yeong Oh yg berjaya tetapi menghidapi penyakit anti-social disorder. Doktor yg tiada perasaan dalam hidupnya. Tetapi, dia cuba jugak utk memahami setiap emosi pesakit, dan mencari dirinya yg sebenar.

Dapat plak ayah dia yg tak sokong dia jadi doktor. Dan selalu merendah-rendahkan kebolehan Yeong Oh dan menggelarnya "monster". Sedih jugak! Tapi Yeong Oh biasa je muka dia, takde perasaan la katakan. Tapi sebenarnya, di akhir cerita, ayah dia sayang dia, cuma tanak apa-apa yg buruk berlaku.

Image result for beautiful mind korean drama



Dalam drama ni sangat kurang kisah-kisah romantik, memang aku suka la. Dan sudah semestinya kisah kedoktoran, kebanyakan scene dalam hospital, maka banyak la jugak belajar jargon-jargon (betul ke perkataan aku guna ni?) yg jarang dituturkan dalam kehidupan seharian. 


Image result for beautiful mind korean drama


Dua episod terakhir tentang pembedahan pemindahan organ daripada penderma hidup kepada pesakit. Selama ni yg aku tahu, pemindahan organ selain daripada hati, mestilah dari penderma yg telah meninggal dunia. Rupanya boleh juga pemindahan dari penderma hidup, tetapi risikonya tinggi la dan haram sebenarnya.

Image result for beautiful mind korean drama


Dan, di akhir cerita, Lee Yeong Oh, walaupun tidak berjaya mengubah dirinya utk sensitif terhadap persekitaran, tetapi bagi aku dia berubah la jgk. Dari suka pakai serba hitam, dah boleh pakai baju warna lain. Dan cuba menyemai rasa cinta kepada Gye Jin Sung.

Beautiful Mind Doctor Power Rangers Episode 14


Dan yg penting, raja segala kulprit yg membuat onar dan pembunuhan di hospital telah dijumpai. Padan muka Dr, Chae.

Tata Beautiful Mind, jumpa lagi di siaran ulangan.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, August 03, 2016

Ada Hal

Al salam alaykum

Maaf kerana ada hal yg satu ini, saya tak dapat berziarah sahabat-sahabat, juga mungkin hanya menghabiskan masa sendirian, mungkin tidak dapat menunaikan janji, mungkin tidak dapat pulang ke kampung, dan mungkin juga terpaksa membatalkan kembara sebelum merdeka.

Mungkin pada org lain hal ini biasa saja, tapi hal ini besar bagi saya.

Maaf tidak dapat menjelaskan kepada semua orang, kerana kadang-kadang saya melukut di tepi gantang.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, August 02, 2016

Setahun lagi masa berlalu...

Al salam alaykum

Umur utk kehidupan semakin berkurang... Apakah berkurang dosa?

Adakah masih meraba-raba, atau siap sudah bekalan ke sana?

Selamat hari lahir ke 35



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::