...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, July 31, 2016

Krabi dan Seoul - Pernah la jejak kaki jugak :-)

Al salam alaykum

Dua buah buku travel yg berjaya aku habiskan seharian, pada hari Sabtu semalam, tulisan Normi Ahmad Shafie. Memang terer ah, beliau ke Seoul dan Krabi dalam masa lima hari je, tapi boleh tulis buku sebanyak 150 - 200 mukasurat. Aku nak bercerita dalam blog pun malas, kisah Jepun dan Kota Kinabalu tak bersambung-sambung lagi.

Yang pertama, Seoul dengan RM 1,400 je? Memang hebat la.

Jom baca apa beliau cerita.

Dia pergi Hongdae wehhh!

Tempat yg aku mmg nak pergi sangat lepas tengok cerita Marry Me, Mary! dulu. Mana tau kot jumpa kembar Jang Geun Suk! Hahaha

Lepas berangan nak pi Hongdae, dapat pi Korea lengkap pergi Jeju-Do. Alhamdulillah. 


Maka, kalau sampai kali kedua, aku nak pergi Hongdae jgk. 

Turut disertakan dalam travelog ni contoh itinerari bg 7 hari di Korea. Maka, ada dalam senarai aku utk pergi ke semua istana lama Korea, ke Sokcho lagi, dan jugak universiti-universiti yg sering dipaparkan dalam rancangan variety diorang. 

Normi berjaya bercerita dgn gaya yg santai. Buat aku ada sama di sana.

Yang kedua, Krabi, Pergi Naik Bas, Balik Naik Tren


Bila membaca yg ini plak, terasa aura negatifnya. Di akhir kisah, betul rupanya, Normi kena gangguan. Kita ke tempat orang, kena berhati-hati, tak boleh aci redah je. 

Aku ada pengalaman membeli tiket keretapi ke Hatyai, alhamdulillah, dapat beli tempat tidur. Kami beli secara online. Pengalaman kami berbeza.

Aku takde komen apa-apa tentang kedua-dua buku ni, masing-masing ada pengalaman masing-masing. Tapi aku suka, sbb gaya penceritaan yg santai dan buat aku rasa aku pun berada di sana. Mungkin sbb aku boleh imbau semula pengalaman aku di Seoul dan jugak Krabi.

Tambahan plak, beliau meletakkan kos yg telah dibelanjakan, dan jugak memberikan cadangan itinerari bersesuaian utk kami yg bercuti secara bajet ciput. Walaupun mungkin harga dan kos yg dipaparkan tidak relevan di masa hadapan, tapi kita dah boleh dapat membuat anggaran kasar belanjawan kita kan?

Seoul, tunggulah aku datang kembali :-)

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, July 29, 2016

Jatuh cinta lagi...

Al salam alaykum

Lagi-lagi jatuh cinta... Berkali-kali... Dengan orang yg sama je pun. Heheehe

Dia ni mmg akan membuat aku menyengeh sepanjang masa kalau melihat kelibat dia di televisyen, di papan iklan atau di mana-mana. Lagu tema, Buat Aku Tersenyum - Sheila On 7. Hahaha. 


Oh ye, lagu Manisnya Senyumanmu - Elite pun ok jugak. 

Penampilan terbaru dia dalam drama W - Two Worlds. Terima kasih Astro bagi saluran percuma Korea selama dua bulan. Dapatlah menonton tanpa perlu memuat-turun di Myasiantv.se. 

Menonton cerita ni rasa nak nyanyi lagu Dua Dunia - Too Phat dan Siti Nurhaliza. Hahaha. 

Sekarang baru episod 4. Terasa debarannya. Officemate aku msg selepas episod 3, kenapa dia mengenyit mata, kita yg terasa debarannya? Ohhoiii hahaha

Oh aku suka tengok drama Beautiful Mind. Mencari info katanya Lee Jong Suk pun dapat tawaran utk watak Doktor Lee Yong Oh tapi ditolak. Patut la tolak, watak Kang Chul dalam W ni lagi best. Dan wajah dia mmg sesuai pun dikartunkan. 



Jatuh cinta dengan artis ni bagusnya, tak kena reject. Hahaha, maka takde la sakit kecewa jiwa raga cinta tak berbalas bertepuk sebelah tangan kan?

Saranghae! Wakaakaka

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, July 25, 2016

Travelog - Ceri Bundarberg

Al salam alaykum

Goji Bundy la.

Aku tatau cemana buku ni ada dengan aku. Samada aku beli, atau pinjam. Tapi Sumih kata dia tak pernah beli, maka aku la yg beli. 


Dan tak rugi. 

Buku yg kurang gambar. Tapi perincian yg masih dapat dibayangkan. 

Kisah seorang lelaki yg putus tunang mencari erti hidup di Australia. 

Memang bukan sebuah travel makan angin. 

Menarik kan?

Orang kata, nak kaya duit, pergilah kerja kat Australia. Tapi bagi penulis ni, dia kaya dengan pengalaman, dewasa dengan kehidupan.

Setiap kisah ada lagu tersendiri. Memang ada dinyatakan kalau boleh dengarkan lagu yg diberikan utk menghayati kisah ini. Tapi, aku takde senarai lagu tu dalam playlist aku, dan internet di rumah aku kan tak berapa nak sedap, jadinya aku baca dengan jiwa yang tenang semata.

Yang tersurat dalam buku ni:

Antara insan dan pengalaman, mana yg kita perlukan di masa depan?


Selama ini, kita ini siapa?

Bahagia itu, kita yang rasa

tetap berikan yg terbaik

Ikhlas kunci utama

Sila jalan terus!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, July 24, 2016

Kesepian Kita

Al salam alaykum

Lagu kumpulan Pas Band, dalam filem AADC. 

Kesepian Kita


Ingatkah kawan kita pernah saling memimpikan?
Berlari-lari 'tuk wujudkan kenyataan
Lewati, segala keterasingan
Lalui jalan sempit yang tak pernah bertuan

Ingatkah kawan kita pernah berpeluh cacian
Digerayangi dan digeliati kesepian
Walaupun, sejenak nafas dari beban
'Tuk lewati ruang gelap yang teramat dalam

[Reff]
Hidup ini, hanya kepingan, yang terasing dilautan
Memaksa kita, memendam kepedihan

Tapi kita juga pernah duduk bermahkota
Pucuk-pucuk mimpi yang berubah jadi nyata
Dicumbui, harumnya putik-putik bunga
Putik Impian yang membawa kita lupa

[Reff] ~
Hidup ini, hanya kepingan, yang terasing dilautan
Memaksa kita, merubah jadi tawa


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, July 21, 2016

Dilema wanita tak berduit banyak

Al salam alaykum

Dalam masa sekarang ni, ada barang yg memang menjadi keperluan aku, aku tak dapat nak beli. Sob sob sob.

Hahahahaa...

Apatah lagi barang yg merupakan kehendak, memang tutup mata la.

Maka, ada hikmahnya kat rumah sewa skrg line internet tak bagus.

Kita layan tv je, baca buku je dan buat perkara lain.

Nak menjahit tak dapat la, mesin jahit mak aku guna.



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, July 12, 2016

Puding Raja - Royal Pudding

Al salam alaykum

Aku tak perasan pun kedai ni kat situ walaupun selalu lalu situ hantar adik aku ke asrama.

Sampai la Kak Zack msg aku nak kirim beli Puding Raja Pahang. Biasa aku beli kat Tok Mak je.


bekas kecik RM 6.50

Harga agak ok jugak.

Rasa, aku tak rasa sbb aku beli dua je, lepas tu adik-adik datang bagi diorang la makan dulu. Mak aku cakap rasa sedap, sama macam Puding Raja Pahang Tok Mak, cumanya kuah agak cair sedikit.



Kalau korang ke Kuantan, boleh la mencuba. Tak pun boleh beli di Lembah Keramat dan jugak di Beserah House, Alam Damai, Cheras.

IG: @puding_raja

Aku pun nak rasa jugak. Kalau rajin, ke Lembah Keramat la kita, dekat je.

:::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::::

Monday, July 11, 2016

Marry Me, Mary! Lagi beberapa kali :D

Al salam alaykum

KBS tayang lagi sekali Marry Me, Mary! Jadinya aku pun entahlah kali ke berapa plak menengoknya.




4 episod akhir KBS tayang masa raya, mmg berebut tv la, lepas tu tak dapat tengok malam, tengok pagi lepas solat Subuh. Gigih? Kena siap semua kerja la. 

Habis 16 episod, masih lagi sama pertanyaannya, kenapa Wi Mary pilih Kang Mugyeol? Kenapa? Kenapa?

Lembek dia tu. Lembek perasaan. Lembek perkataan. Lembek perbuatan. Lembek serba serbi. 


Nak sahkan ke-lembek-an tu, ada satu malam tu mak aku tengok sama, mak aku tanya, "Dia ni lelaki ke perempuan?" Meledak gelak kitorang. Hehehehe



Baru aku perasan, Marry Me. Mary! ni pun ratingnya rendah. Dan aku mmg suka menengok cite rating-rating rendah ni ye!

Ulasan dahulu kala:

http://kehelan.blogspot.my/2010/12/marry-me-mary.html
http://kehelan.blogspot.my/2011/01/habis.html

Banyak lagi senarai nak tengok ni. Nak habiskan Master of Revenge plak.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, July 09, 2016

Isu tak kawen lagi

Al salam alaykum

Pertanyaan biasa:
1. Kenapa tak kawen lagi?
2. Bila nak kawen?
3. Sambung belajar ke?
4. Tanak kawen ke?
5. Nak tunggu sapa?
6. Ada "halangan" ke? Cuba la buang halangan tu. 
7. Pergi mana-mana takkan tak jumpa sesapa?

Dan macam-macam lagi yg buat aku tersengeh je dan menjawab seadanya. 

Tapi ini yg lain dari yg lain. 

Jiran A: awok x kawen lg kan?
Aku: ha ah. Tak lagi
Jiran B: bukan tak kawen lg tu, mmg tak kawen dah tu.
Aku: dah bakpe cakap gitu?
Jiran B: Ye la umur skrg ni tak kawen lg, mmg tak kawen dh. Kalau kawen pun kot masuk 40an. 

Sentap? Sentap la wehhh! Tapi selepas itu berlapang dada sajalah. Takdir kita berbeza kan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Thursday, July 07, 2016

Duit raya

Al salam alaykum

Lepas 4 tahun, aku dapat duit raya lagi. Tambahan lagi singgit. Kena letak dlm frame ni. Hahahaaha. 




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, July 06, 2016

1 Syawal 1437H

Al salam alaykum

Berpisah kita sekali lagi dgn bulan Ramadhan. Semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan akan datang. 

Semoga segala amalan kita diterima Allah , dan kita terus istiqamah beramal. 

Akhir Ramadhan kali ini, memberi pengajaran kepada kami tentang betapa pentingnya sifat sabar. 

Sabar. Mmg mudah diungkapkan. Tapi realitinya, agak payah untuk diamalkan. 

Kerana tidak sabar, terlajak perahu tak dapat diundur lagi. Semoga ada pengajaran dan hikmah yg Allah tunjukkan dalam peristiwa akhir Ramadhan ini. 

Selamat hari raya, ampun dan maaf dipinta. 

Pohon berjumpa lagi di madrasah Ramadhan tahun hadapan. 

Oh ya. Selamat hari lahir yg ke 36 tahun Hijrah utk diri sendiri. Usia bertambah, semoga seiring dgn amalan baik di dunia untuk bekalan di akhirat kelak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, July 04, 2016

Jom Ngaji

Al salam alaykum

Kumpulan tadarrus di ofis yg diketuai oleh isteri Bos Besar. 

Mula-mula berenam, tinggal empat. 


Setakat hari Khamis 30/6 minggu lepas, kami habis 14 juzuk, selama 16 hari mengaji. Selain mengaji, Kak Mas pun bercerita tentang kisah-kisah yg ada di setiap ayat. Alhamdulillah. 

Kak Mas nak sambung lagi nak habiskan 30 juzuk selepas naik cuti. Harap momentum kami masih bersama. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::