...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, May 31, 2016

Vignette

Al salam alaykum


Sekarang ni, aku sangat memilih utk membaca. Kalau dulu, aku memilih penerbit sahaja. Skrg, penerbit yg aku pilih pun menerbitkan novel yg bagi aku lebih kurang je macam drama adaptasi novel kat tv. Jemu. Apa dah jadi dgn penerbit kesayangan aku pun, tak tau la.

Oleh itu, aku memilih penulis plak. Salah seorang penulis pilihan ialah Syud. Dah lama Syud takde novel baru. Ada pun cerpen dalam antologi cerpen baru-baru ni. Kapal Terbang Kertas tak silap tajuknya.



Bila Syud keluar cerita baru, wajiblah beli.

Baca skit...

Kalau membaca novel Syud, mmg kebanyakannya akan berkisar di sekitar Johor dan Kuala Lumpur. Dan bidang pekerjaan watak-watak utamanya biasanya dalam bidang IT. 

Dan, dari novel Syud jugak la aku kenal kebanyakan tempat dan jugak jenama-jenama beg dan aksesori. Hheheehe... 

Novel Syud biasanya dekat di hati. Mungkin sbb gaya penceritaan dan jugak kisah-kisah yg seperti baya umur-umur kami. 

Seperti biasa, watak-watak dalam novel Syud akan berkait rapat dalam novel sebelumnya. Contoh dalam Vignette ni, watak utama ialah Najiha (Jiji) yg selalu disebut dalam novel Tentang... Dhiya dan Firdaus, yg aku tak pasti dari cerita mana. Jap aku google, oh, dalam cerita Dia Dalam Ramai.

Alasan default!


Yg mukasurat ni mmg aku gelak sungguh-sungguh sbb alasan Firdaus tanak pergi teambuilding tu sbb nak jadi pengapit kawan dia nak kahwin. Sabo je la alasan default cam tu

Aku tanak bercerita kisah Najiha dan Firdaus, korang boleh beli dan baca, ataupun baca dulu bab-bab awal di blog ni, http://cerita-js.blogspot.my/search/label/Vignette utk dapatkan jalan cerita awal. Kalau suka, boleh beli online di http://www.jemariseni.com/

 Oh tadi aku cakap melalui novel ni aku kenal kebanyakan tempat kan?

Dalam novel ni ada sebut pasal ESC Cafe di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Oleh sbb novel ni berlatarbelakangkan tahun 2013 macam tu, dan kebetulan aku berada di Kuala Terengganu pada 2014 dulu, selama 2-3 bulan, makanya aku sibuk la nak tau betul tak wujud cafe tu kat Airport Teganu. Maklumlah, pernah la melawat airport tu tapi macam tak pernah jumpa plak ada cafe. Terus aku tanya kawan aku yg selalu ke airport tu, dia pun tak pasti, sbb turun je kapal terbang terus balik tak jenjalan pun. Hmmm... So mungkin fiksyen je la cafe tu hehehehe


Yg ni pun buat aku gelak jugak

Ok, utk peminat novel Syud, seperti biasa, karya ini tidak akan menghampakan kita. Kita tunggu pulak novel Syud seterusnya, harap ada perkembangan kisah Ilham dan Wirdanie pula. Ataupun kisah Reza dan watak baru. Tapi jangan lama sangat berhibernasi ye Syud! :-)

Pengajaran dari novel ni?

Hmmmm... komunikasi dua hala tu sangat penting. Bukan diam je pendam rasa sorang-sorang
Ada org pernah ckp kat aku, opportunity knocks once. So, bukak la pintu jawab terus. Lagi? Aku suka watak Najiha yg ceria dan gembira. Sampai nak berhenti keja pun, tak bagitau org sekeliling, sbb dia nak bawak kenangan indah dan gembira je bersama, takde sedih-sedih bagai.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

4 comments:

julie shahril said...

bila ko nak update cerita jepun?

Kay said...

hmmmm aku takde mood la nak sambung... cite KK aku pun tak habis lagi

SARAH AMIN said...

ur review membuatkan saye rasa nak cr buku ni..tengs..hehehe

Kay said...

Bacalah Sarah, insyaALlah tak ralat