...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, June 25, 2016

Namastee India

Al salam alaykum

Buku kedua tulisan ET. 

Buku pertamanya, aku baca macam baca diari. Pengalaman dia menarik. Tapi mungkin olahannya biasa saja, ataupun aku baca mengisi masa senggang dalam bas udara, dan aku berasa macam baca diari, dan tak terbuka hati nak pergi Afghanistan. 

Tapi, hati aku mmg nak pergi Afghanistan lepas baca novel Cintaku Luruh di Oxford suatu masa dulu. Dan jugak baca Jaja & Din. 


Travelog Namastee India ni, aku pinjam dari Sumih. Sbb aku tanak jadi kecewa.  Lepas je baca mukaddimah, tak boleh berenti. Sambung sampai habis. Olahannya lain dari travelog pertama. Sungguh, baca sampai habis sekejap je. 

Hati berkobar-kobar nak pergi India. Hahaha! Berkobar-kobar. Kak Awin mmg plan dah lama, tapi asal tengok tiket je mahal. Tengah-tengah plak time macam ni, orang kata zaman hidup tak menentu ni, berangan je la dulu. 

Langkah pertama, kena beli travelog ni untuk simpanan sendiri, dan untuk rujukan masa hadapan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

3 comments:

mohannad yaser said...

so nice

le damas

julie shahril said...

walaupun olahannya biasa2 je, tp aku suka baca experience dia, sbb dia berani dan konfiden tinggi. dia bkn penulis, sbb tu dia tak pandai nak olah ayat, aku boleh terima tu. tp pengalaman dia best, lain dari org lain. ntah bila dia nak tulis kisah Pakistan, yg tu mmg aku tunggu sgt.

Kay said...

Julie,

Yup, sama la pendapat aku dan kawan2 aku pencinta buku yg lain. Sbb dia bukan penulis. Dan aku pun habis baca sbb pengalaman dia.