...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, June 29, 2016

Ko banyak dapat temuduga ye?

Al salam alaykum

Alhamdulillah, banyak dapat temuduga, tapi kerjanya tak dapat lagi.

Jumaat minggu lepas, temuduga kali kedua di syarikat automotif. Tapi takdirnya, gagal.

Rezeki dan juga mungkin dugaan, masih di sini.

Aku mendengar berita, kemungkinan besar selepas raya, kampeni tidak mampu utk mengekalkan semua pekerja. Maka, yang ditakuti akan tiba.

Haruskah masih berdiam diri?

Aku memang dari setahun lepas, menghadiri segala macam temuduga, sampai la ke hari ini, masih aktif mencari kerja. Tidak kira, dalam industri apa sekali pun.

Harap akan mendapat satu pekerjaan lain, yg mampu mengusir lara, biarpun seketika.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, June 25, 2016

Namastee India

Al salam alaykum

Buku kedua tulisan ET. 

Buku pertamanya, aku baca macam baca diari. Pengalaman dia menarik. Tapi mungkin olahannya biasa saja, ataupun aku baca mengisi masa senggang dalam bas udara, dan aku berasa macam baca diari, dan tak terbuka hati nak pergi Afghanistan. 

Tapi, hati aku mmg nak pergi Afghanistan lepas baca novel Cintaku Luruh di Oxford suatu masa dulu. Dan jugak baca Jaja & Din. 


Travelog Namastee India ni, aku pinjam dari Sumih. Sbb aku tanak jadi kecewa.  Lepas je baca mukaddimah, tak boleh berenti. Sambung sampai habis. Olahannya lain dari travelog pertama. Sungguh, baca sampai habis sekejap je. 

Hati berkobar-kobar nak pergi India. Hahaha! Berkobar-kobar. Kak Awin mmg plan dah lama, tapi asal tengok tiket je mahal. Tengah-tengah plak time macam ni, orang kata zaman hidup tak menentu ni, berangan je la dulu. 

Langkah pertama, kena beli travelog ni untuk simpanan sendiri, dan untuk rujukan masa hadapan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa ::: 

Friday, June 24, 2016

19 Ramadhan 1437H

Al salam alaykum

Kita telah pun berada di hari-hari akhir utk mendapat pengampunan. Sepuluh hari seterusnya, adalah hari-hari utk mendapatkan pembebasan api neraka. 

Semoga kita terus istiqamah. 

Mengejar rahmat dan keampunan Allah.

Menghidupkan 10 malam terakhir, utk menemui Lailatul Qadr. 

Teruskan bersedeqah, berbuat kebaikan, beribadah, bermunajat, beristighfar, semoga ia menjadi asbab utk mendapat keampunan dan rahmat, seterusnya beroleh taqwa dan beroleh syurga, tanda kejayaan kita yg sebenar di dunia fana ini. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, June 20, 2016

Kaya yg sebenar?

Al salam alaykum

Selepas 2 hari berlalu, baru terbaca ini. 


Kita kaya kerana kita kurang keinginan kpd dunia. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Saturday, June 18, 2016

Aspirasi Taqwa - Syamsul Debat

Al salam alaykum

Sambil-sambil bukak posa hari Khamis dan Jumaat, 7.30 malam kat tv Al-Hijrah, suka dengar Syamsul Debat. Kadang-kadang tengok ulangan masa sahur jam 5.00 pagi. 

Dua hari ni tajuk Aspirasi Taqwa. 

Tapi aku salin point je, rasanya semua org boleh huraikan dan fahamkan sendiri, insyaAllah. 

Aspirasi taqwa:

Ada 4 perkara seperti yg diberitahu oleh Saidina Ali:
1. Takut kpd Allah
2. Beramal bersungguh-sungguh
3. Qanaah - Berpada dgn sedikit
4. Banyakkan sedeqah

Empat nikmat akan ditanya di akhirat nanti:
1. Nikmat umur
2. Nikmat zaman muda
3. Nikmat ilmu
4. Nikmat harta

Kelebihan dlm bulan puasa:
1. Kelebihan bau mulut
2. Malaikat istighfar
3. Syurga diindahkan setiap hari
4. Syaitan diikat
5. Diampunkan dgn syarat kita beribadah sesungguhnya


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 17, 2016

Langkah pertama...

Al salam alaykum

Alhamdulillah. 


Kemudian, kena mengorak langkah kedua. 

Tapi bila tengok kad ni, beratnya rasa bahu ni. Takut pun ada. 



Ada sesiapa perlukan khidmat saya?

Kita sama-sama belajar. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, June 15, 2016

Sabarku Di Bulan Ramadhan

Al salam alaykum

Itulah tajuk petang td bersama dgn Prof Sharifah Hayati, program Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah. 

Bagaimana sabar di dalam bulan Ramadhan?

1. Sabar dengan segala dugaan dan cabaran, segala kesusahan, utk mendapat kekuatan jiwa. 

2. Sabar dengan nikmat yg diberikan. Contoh nikmat banyak makanan enak-enak di bulan Ramadhan. 

3. Sabar utk melakukan perintah Allah dan segala kebaikan. Contoh melakukan inadah terawikh yg hanya khusus di bulan Ramadhan, bersedekah dan lain lain. 

Dah 10 hari berpuasa, bagaimana dgn sabar kita? 
Berjaya sabarkan nafsu makan kita ketika berbuka?
Berjaya kita berterawikh setiap malam? Berjaya kita membaca al-Quran dan bertadabbur?
Berjaya kita mendidik diri?
Berjaya kita bangun malam?

Muhasabah. 

Dah 10 hari berpuasa, semoga kita mendapat rahmat Allah. 

Nak mendidik diri utk bersabar, mmg payah. Tapi, ada beberapa perkara yg kita boleh cuba praktikkan. 

1. Banyakkan menyebut SABAR pada diri sendiri dan juga pada orang lain. 
2. Sentiasa menyebut perkataan-perkataan baik sebagai kekuatan hati kita. Ini akan mengukuhkan karakter diri kita seumpama pokok sihat dan merimbun. 
3. Diam. Diam seketika, insyaAllah berjaya. 
4. Duduk bersandar
5. Bersedekah. Utk membentuk jiwa. 

Mari kita cuba. Aku pun ada ketikanya mmg kurang kesabaran. 

P/S: Kalau ada yg salah, betulkan ye!


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, June 11, 2016

Penghargaan Allah terhadap manusia yg sempurna imannya!

Al salam alaykum

Membaca tafsir surah al-Fajr, ayat 27-30. 


"Wahai jiwa yang tenang. - 27

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. - 28

Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku - 29

dan masuklah ke dalam syurga-Ku." - 30


Maka, sempurnakah iman kita utk mendapat janji Allah ni?

😭😭😭

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, June 09, 2016

Kenang daku dalam doamu

Al salam alaykum

Banyakkan doa di bulan Ramadhan. Kita tak tau mana satu doa kita yg Allah perkenankan.

Antaranya:

1. Mohon keampunan
2. Diberi kesihatan yg baik
3. Dimudahkan jalan rezeki
4. Diberi husnulkhatimah
5. Dapat menunaikan haji/umrah
6. Dikurniakan jodoh yg baik
7. Dipertemukan dgn Lailatulqadr (kena mula doa skrg)
8. Doa utk umat Islam yg tertindas di seluruh dunia
9. Jauhi fitnah dajjal
10. Erat silaturrahim antara keluarga, saudara mara dan juga sahabat-sahabat kesayangan
11. Dan lain-lain yg baik

Dan, jika kalian sudi, doakan kampeni yg saya bekerja skrg ni, baik-baik aje, dapat projek baru dalam masa terdekat ni, dan tiada berita yg menyedihkan hati.

Terima kasih.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, June 08, 2016

Ramen Challenge

Al salam alaykum

**Maaf, entri pasal makanan**

Heboh pasal Mee Samyang dari Korea ni. Samada pasal cabaran makan ataupun pasal status halal.

Bila dah disahkan halal oleh JAKIM. makin ramai la yg mencari.

Kakngah balik Kuantan Sabtu minggu lepas sibuk mencari kat bandar. Dari ECM, ke Pantai Selamat, habis stok semua. Harga kat Pasaraya dalam RM 23.00 utk sebungkus besar, aku tak tau ada berapa pek dalam bungkusan tu.

Kemudian, Ibnu ke kedai runcit Abang Zaid, kat rumah aku la. Terang-terang Mee Samyang ni duduk kat kaunter. Harga se-pek? RM 8.00. Untung banyak tuuuu!

Maka, Ramen Challenge pun bermula malam tu.


RM 8.00 satu pek.

Kakngah cabar makan dgn adik ipar kami, si Aza.

Pedas sungguh ke?

Dua-dua menyuap kali pertama, ok lagi. Kali kedua, tak pedas lagi katanya. Kali ketiga suapan, pedas yg kali pertama tu baru terasa. 

Tapi diorg cakap tak pedas mana pun. Tapi air hidung meleleh jugak.


Bukti tak pedas, Dijoh pun makan. Rina tengok je ye, tak boleh, awak tu tak tahan pedas.


Aku cuba sesuap je, sbb aku takut perut aku tak tahan. Maklumlah, perut dah kertu. Mmg berdesip la jugak. Tapi sekejap je. Macam makan sambal kat Cibiuk. Heheheh...

Ramai ke dah cuba?

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, June 07, 2016

Bacaan Ruqyah Asas

Al salam alaykum







:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, June 05, 2016

Ramadhan Kareem

Al salam alaykum

Selamat mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Mohon ampun utk segala salah dan silap. 

Ramadhan Kareem!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, June 03, 2016

Mati yang pasti

Al salam alaykum

Selepas ni, aku takkan lagi dapat bertanya, "Tok oo tok, masak apa? Buat apa? Tak siap lagi ke basuh kain?"

Utk selamanya. 

Baru lepas pengebumian jiran yg aku kasihi. 

Selasa lalu, Che Ngah masuk hospital. Masih dalam keadaan sedar. 

Pagi tadi, terima berita Che Ngah tenat. Hiba. 

Alhamdulillah, saat Che Ngah pergi bagi kami yg menyaksikannya, sungguh mudah. 

Azan maghrib berkumandang, perlahan-lahan nyawa berpisah dari tubuh. Menyambut kedatangan Jumaat yg berkah. 

Senyumnya indah, seperti biasa. Seperti waktu sihatnya. 


Tertanya juga pada diri sendiri, bagaimana pengakhiran diri pula?


Damailah Che Ngah di sana. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya, diringankan seksa kubur, mendapat rahmat Allah, dan dikurniakan syurga. Aamiin. 

Dan sesungguhnya, dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, June 01, 2016

Kopi berdekatan? The Nearby Coffee

Al salam alaykum


Dah kenapa ada update pasal tempat makan byk sgt ni?

Sbb sedap la wehhh

Aku bukan minat kopi pun, tapi Jumaat hari tu Sumih culik aku ke rumah dia langsung keluar amik Hana kat taska dan terus ke kedai copi berdekatan


Alamat: No 22, Jalan Rampai Niaga 2, Sri Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Bertabahlah jugak mencari parking sbb petang Jumaat sengsara jugak parkingnya.

Sumih cakap biasanya mmg dia sorg-sorg je lepak situ minum kopi sambil baca buku, sebelum amik Hana kat Taska. Selalu je dia pergi. Kalau dah selalu mengulang, mmg sedap la tu kan?



Jom tengok menu!

Kopi yg ada

Makanan yg ada

Hana nak order apa tu?



Suka aku tengok deko kedai kopi ni. Kreatif. Hispter. dan apa-apa lagi la.


Kita makan apa ni?

Bola-bola api daging. Sedap sosnya

Iced caramello utk aku. AKu bukan penggemar kopi, tapi sungguh sedap.

Ni plak ntah apa nama, utk Sumih

Waffle aiskrim utk sapa ni? Untuk aku laaa... Sumih yg orderkan, dia sedia maklum aku gemar makan aiskrim

Pancake utk Hanaaaa! Ya Hananaaa!

Sahabat ibunya utk berjimba-jimba suatu hari nanti

Kesimpulannya menu yg aku cuba sedap. Alhamdulillah.

Penggemar kopi sekalian, cubalah try rasa!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::