...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, May 26, 2016

Whatsapp Crash!

Al salam alaykum

Macam-macam cara utk pulihkan wasap yg orang share.

Salah satunya:


Kepada pengguna iOS iaitu iPhone yang mempunyai masalah whatsapp crash/white screen atau blank saja. Cara solution dia senang je

Go to ->
1.Setting scroll sampai bawah ada whatsapp
2. Masuk whatsapp off kan segalanya dalam tu
3. Masuk balik whatsapp dan dah okay
4. On kan balik segala data dalam tu

So tak perlu la restore/reset phone tu atau sampai delete then install balik whatsapp. 

Tapi aku buat tak jadi pun. Memang boleh bukak sekejap, kendian bila on balik semua tu, jadi semula.

Yang kedua, reset telefon.

Reset setting phone ,setting>General>hujung bawah ada Reset>Reset all setting (Yang pertama) Reset setting tidak akan jejas maklumat anda, gambar ,video,contact etc tak kan hilang !

 Aku tak buat lagi. Nak tunggu apa pun aku tatau. Hehehee

Yang ketiga, delete aplikasi dan install baru. Ni mmg aku takkan buat la. Dua tahun aku simpan ucapan hari lahir terakhir, kalau delete dan install lain, hilanglah kenangan itu.

Kad Pesanan ucapan kirimanmu
Tiba di hari lahirku
Saat aku gembira
Kau utus khabar duka

Ada org cakap kat aku, tukarlah phone lain. Hmmm...

Telefon aku masih lagi yg terbaik pada abad ini... Ngeh ngeh ngeh... Cemana korang suka tepon korang, cenggitu la aku suka tepon aku



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: