...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, May 27, 2016

Tahun ni takde trip mendaki, eh trip ke Indonesia

Al salam alaykum

Sejak aku kenali Air Asia, tiap-tiap tahun ada trip ke Indonesia. 

Tahun ni takde. Pelik rasanya. 

Tahun lepas, ada dua tiket Air Asia. Dua-dua trip mendaki. 

Tahun ni takde. Hmmm

Sedih rasanya hati. 


Mereka berenam ke Semeru, demi merealisasikan impian tak kesampaian pada 2014. 

Sedih ke? Diri sendiri yg memilih utk ditinggalkan. 

Semasa tiket dibeli, aku memilih utk tidak membeli. Sebabnya, tarikh tu dekat dgn tarikh cuti ke Jepun. Aku bimbang, tidak dibenarkan bercuti. 

Di saat cuti tidak menjadi masalah, masalah kewangan pula yg timbul. Hehehe. Ada nak bagi pinjaman, tapi tak best pun meminjam utk bercuti. Heheehe. 

Pepatah Melayu ada mengatakan, tidaklah lari gunung itu dikejar. Mendaki itu satu pilihan. Bila di puncak, tak selamanya di situ, kena turun jugak. 

Selamat mendaki Gadis Semasa. Semoga puncak Mahameru kalian akan takluki bersama dgn jayanya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


No comments: