...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, May 29, 2016

Siap pun gaun!

Al salam alaykum

Ada mesin jahit dibuat tukun rugi je...

Oleh sbb aku ada anak sedara pompuan yg comel, sesaja la nak cuba buat gaun.

Google punya google, jumpa pola yg dah siap ukuran. 

Maklumlah nak lukis sendiri malas.



Terima kasih pemilik blog! Semoga digandakan kebaikan kerana berkongsi ilmu :-)


Kita print dulu siap-siap dan main cantum dan tampal macam main puzzle tu...


Kemudian gunting pola. Aku gunting pola utk budak 2 tahun, maklumlah tahun ni sorg masuk 2 tahun, pastu tahun depan lagi sorg. Nasib la kalau baju besar... ekekeke


Kemudian susun pola atas kain. Yg ni aku susun sendiri, sbb pernah buat baju kurung sendiri, maka ingat-ingat lupa nak susun pola cemana. Yg penting, jimat kain.


Cara nak menggunting pun boleh tengok kat blog http://www.syahbinar.com/2016/05/pola-menjahit-baju-kanak-kanak-line.html

Aku beli kain ni kat Nagoya, yg paling murah. Nak praktis semula jahit baju kurung, tapi serabut plak aku tengok corak tu. Maka tukar buat gaun budak-budak plak.

Dah siap potong. Maka kita cantumkan menjadi gaun budak.

Tadaaaa! Alhamdulillah siap pun. Tak sabar nak balik nak tengok padan tak budak-budak ni pakai.

Kali ni gaun seksi nampak ketiak dulu ye. Nanti kalau CIklong dah boleh potong kain licin-licin, kita buat gaun tutup lengan ye.

Jahitan aku tak berapa nak kemas lagi. Mesin skrg mesin letrik. Dulu aku menjahit pakai mesin goyang kaki je. AKu tak boleh nak imbang lagi kelajuan masa menjhit tu. Adakala laju sangat, pastu lambat sgt. 

Projek sarung bantal baby siap. 
Langsir bilik siap.
Gaun siap.

Lepas ni baju kurung sendiri. Tapi serius dah malas la plak. Hahahaaha

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

whooz said...

wah bestnye pandai menjahit. tapi kan serious lepas ada Hanaan ni memang rasa ruginyee tak pandai menjahit :(

Kay said...

Alaaaa Huz dh pandai serba serbi. Masak, mengait, buat coklat... menjahit pun tak susah pun... so, belum terlambat utk bermula... jahit tangan pun ok... seni kreatif namanya... Kay pun tengah cari kursus kat kolej komuniti... ada kursus utk hari sabtu je... aja aja faitim!