...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, May 30, 2016

Makan nasi ambeng kat mana?

Al salam alaykum

Aku dah lama tak makan Nasi Ambeng kat Ulu Yam ni. Sejak Kakak Payung Gojes cakap kampeni dia dah tak bagi eksekutif-eksekutif menyewa kat banglo Bukit Fraser, aktiviti kami kat sana dah tak ada. Jadinya, takde la agenda menyinggah makan Nasi Ambeng ni.

Kat mana makannya?

Kat Riverstone Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor.


Tapi kalau korang Waze atau guna Google Map susah nak jumpa ke jalan yg benar. Mmmg tricky skit. Kalau korang guna Waze atau Google Map, boleh cari Nur Laman Bestari Eco Resort, insyaAllah dekat la dengan Riverstone Eco Resort tu.

Petang tu aku pergi dgn bebudak USMKkj. Diorg nak penuhkan aktiviti selepas keluar dari Kalumpang. Aku plak mmg nak makan nasi ambeng kan. Bawak je la terus.


Sampai je, diorang pelik je tengok. Sunyi sepi. Betul ke Kay ko bawak sini ni? Bukak ke tidak ni? Aku dah tepon la diorg cakap bukak, nasi ambeng pun ada lagi. Bimbang camtu sekali.

Ye, sbb sini mmg sunyi. Pastu kereta kami 3 buah je plak tu yg parking. Betul ke tidak entah. Hehehe.



RM 50.00 setalam. Boleh makan 3-5 orang.

Versi kecik, RM 30.00 setalam, utk 2-3 org.

Kakak lapar! Ngeh ngeh ngeh

Kami amik jugak lauk tambahan. Daging salai masak lemak dah habis. Jadinya amik lauk lain. Serunding RM 3.00 sepiring, dan ikan keli masak kencur, RM 5.00 utk seekor. Aku tak makan ikan keli, tapi kuah dia sedap. Dan diorang cakap memang sedap sangat.

Alhamdulillah, kenyang perut balik KL dgn gembiranyaaa...

Kengkawan yg nak merasa, boleh la ke Riverstone Eco Resort ye!





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: