...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, May 03, 2016

Makan-makan di Melaka

Al salam alaykum

Tak sempat berjalan mana pun, sibuk dgn urusan majlis makan malam dan perjumpaan sahabat-sahabat di Melaka.

1. Restoran Barkat Roti John Asli Melaka

Restoran ni pernah masuk JJCM TV3.

Selain jual roti john, ada ayam golek jugak. Bagi aku, ayam golek dia kalau makan dgn nasi ok la. Kalau makan sesaja gitu, masin sangat!


Tapi, roti john dia mmg best! Sangat ringkas, sangat sedap tanpa tambahan cheese dan sos sebagainya. Kosong macam tu je. Harga pun murah, RM 5.00. Campuran sardin dan telur. Eh sedap la kering macam tu je!

Teringat-ingat lagi ni

Nak ke Restoran ni, dalam apps JJCM ada direction. Restoran ni berdekatan dgn Giant Bachang, dekat dengan Melaka Sentral.

Tapi, kalau jalan kaki dari Melaka Sentral aku tak cek plak berapa minit.

2. Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka


Memang sangat terkenal. Bila sampai sini, aku tak teringat samada ni kali kedua ke aku sampai.

Senarai Menu


Kami amik sekor ikan siakap, sebelah bakar kosong, sebelah lagi bakar sambal. 

4 ekor sotong, celup tepung



6 ekor udang digoreng mentega. Dan kami makan berdua.

Syah tak habis nasi, aku habiskan nasi dia. Jadinya, ikan aku tak habis makan.

Utk makan berdua ni, kosnya RM 70.00.

Tapi, sedih jugak la tengok ikan bakar kat bahagian depan sebelum Parameswara, kosong sekosongnya. Syah cakap dia pun tak pernah cuba. Kalau camtu lenkali ke Melaka, kita cuba Ikan Bakar Umbai di kedai yg kosong pula.

3. Kek Coklat Herda Omar

Sahabat kami ni selain mengajar tuisyen, dia juga membakar dan mengukus kek.

Dan sungguh la kek dia sedap!

Kalau korang ada keraian, majlis dan parti dan memerlukan sebarang kek, boleh la tempah dgn sahabat kami ni.

Sedap sungguh!

utk maklumat lanjut, seperti pelekat di atas


4. Coconut Shake, Batu Berendam, Melaka

Dah lama katanya kesedapan Coconut Shake Batu Berendam ni mengalahkan Coconut Shake Klebang, Melaka.

Maka, marilah kita mencuba.

Tepi jalan je, masa ni tak ramai org lagi, pastu lepas aku beratur, panjang plak barisannya :-)

Harga seperti tertera

Waktu urusniaga

Selain Kelapa GOyang, ada jugak kudap-kudapan lain macam masakan panas, goreng pisang dan sebagainya. Tapi oleh sbb Melaka sgt panas minggu lepas. kami tapau je bawak balik.

Menyesal beli satu je!

Alhamdulillah, maka benarlah bagai dikata. Yg ni mmg sedap berkrim, diakui ramai.

Banyak lg tempat makan kat Melaka yg aku nak pergi. Tapi apakan daya, agenda dgn sahabat-sahabat wajib dipenuhi.

Syah pun memang dah menetap kat Melaka, selagi dia bujang, aku bujang, boleh berjimba-jimba ke sama. Tiket Metrobus dr TBS ke Melaka pun RM 10.00 je. Hehehehe

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: