...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, May 08, 2016

Jiran yg dirindui

Al salam alaykum

Jiran belakang rumah kami, mak sahabat aku, dah setahun lebih duduk dengan anak dia. 

Semasa musim banjir tahun 2014, Che Ngah jatuh, dan patah tulang pinggul. Walaupun selepas beberapa kali fisio berterusan, Che Ngah tetap tak boleh berjalan. 

Petang tadi aku ziarah sekejap. Che Ngah semakin kurus. Kaki dah sembap. Pun dah tak bermaya. Semua aktiviti harian kat katil je. Dan Che Ngah pun dah tak seramah sebelum ni. 

Aku sebak. Che Ngah ni kiranya salah sorang warga tua yg aku boleh ngam. Suka bagi nasihat. Cakapnya lembut je. 

Aku suka mengusik dia kalau dia buat kerja rumah. Lambat. Tapi mmg superb la hasilnya. Lantai rumah mmg licin takde habuk. Sink mmg takde karat sabun langsung.

Kalu aku kupas halia, mesti aku teringat kat Che Ngah. Dia kupas, bersih sebersihnya! Takde kulit langsung yg tinggal! Tapi nak siap tu, mmg makan masa la. Padahal kita gotong royong nak kenduri ni! Menunggu halia tak siap-siap. 

Aku pun pernah belajar jahit tulang belut dgn Che Ngah. Tapi, aku tak pandai-pandai sbb, aku tak sabar. Adoi la! Tengok cara Che Ngah ajar tu senang je, tapi sbb terlalu berhati-hati, aku jadi tak sabar. Ish ish ish. 

Bila sebut nanti jumpa bila raya, Che Ngah diam je. Semoga Allah panjangkan umur kami semua, diberi kesihatan yg baik, utk menyambut Ramadhan dan Lebaran bersama-sama. 

Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


1 comment:

Nurmujahidah Ismail said...

sebak pulak tahu pasal jiran ni. muja dulu pun ada jiran. baik sangat. dia dah meninggal. :'(