...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, May 19, 2016

Berkira ye?

Al salam alaykum

Aku: En. Lan, dah 5.30 ni jom balik. 
 En. Lan: Saya tak siap lg quote ni nak kena hantar Sabtu. 

Okeh. 

Terdengar suara dari bilik sebelah. 

En. Bos Besar: Amboi, berkira dia skrg. Nak balik tepat. (Sambil gelak-gelak)
Aku: Eh, bkn saya yg berkira, bos yg kira masa. Pastu potong gaji. Kena balik tepat la. Ngeh ngeh ngeh. 

Hahaahaha....

Ye, bulan lepas aku kena potong gaji. Sbb bulan 3, aku ada datang lewat 2 kali, yg membawa jumlah sejam dan gaji dipotong. 

Aku datang lewat sbb aku datang dari Kuantan sesudah Subuh, dan tak tahan mengantuk, maka aku tido sekejap di Temerloh. Aku masuk lewat dan menggantikan jam lewat tu sebelah petang, bukan setakat sejam ganti, banyak jam aku ganti. Sbb aku tahu, bos-bos kami ni suka cari kami selepas jam 5.00 petang. Jadinya tak kisah la sbb aku tetap kerja 7 jam 30 minit setiap hari. 

Tapi, nak dijadikan penyebab, bulan 3 tu ramai yg masuk lewat selepas jam 9.00 pagi, dan bos besar telah marah kpd pihak HR, maka mereka yg sekali dua terlewat tetap tak terkecuali. Aku la tu! Tak pernah aku lewat, bulan tu aku leeat dan aku pun kena sama dgn org lain yg mmg rekod kedatangan mereka sentiasa lewat. 

Tambah marah lagi, HR langsung takde keluar memo pasal hal ni. 

Maknya, sekarang ni, siapa yg masuk sebelum 8.00, tepat 4.30 pm dah berdiri depan pintu. Yg datang sebelum jam 8.30, tajam jam 5.00 pm dah thumb print, yg datang sebelum jam 9.00 am, 5.30 dah siap nak tutup pintu ofis. 

Mari kita kira ramai-ramai. Heheehe. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: