...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, May 31, 2016

Vignette

Al salam alaykum


Sekarang ni, aku sangat memilih utk membaca. Kalau dulu, aku memilih penerbit sahaja. Skrg, penerbit yg aku pilih pun menerbitkan novel yg bagi aku lebih kurang je macam drama adaptasi novel kat tv. Jemu. Apa dah jadi dgn penerbit kesayangan aku pun, tak tau la.

Oleh itu, aku memilih penulis plak. Salah seorang penulis pilihan ialah Syud. Dah lama Syud takde novel baru. Ada pun cerpen dalam antologi cerpen baru-baru ni. Kapal Terbang Kertas tak silap tajuknya.



Bila Syud keluar cerita baru, wajiblah beli.

Baca skit...

Kalau membaca novel Syud, mmg kebanyakannya akan berkisar di sekitar Johor dan Kuala Lumpur. Dan bidang pekerjaan watak-watak utamanya biasanya dalam bidang IT. 

Dan, dari novel Syud jugak la aku kenal kebanyakan tempat dan jugak jenama-jenama beg dan aksesori. Hheheehe... 

Novel Syud biasanya dekat di hati. Mungkin sbb gaya penceritaan dan jugak kisah-kisah yg seperti baya umur-umur kami. 

Seperti biasa, watak-watak dalam novel Syud akan berkait rapat dalam novel sebelumnya. Contoh dalam Vignette ni, watak utama ialah Najiha (Jiji) yg selalu disebut dalam novel Tentang... Dhiya dan Firdaus, yg aku tak pasti dari cerita mana. Jap aku google, oh, dalam cerita Dia Dalam Ramai.

Alasan default!


Yg mukasurat ni mmg aku gelak sungguh-sungguh sbb alasan Firdaus tanak pergi teambuilding tu sbb nak jadi pengapit kawan dia nak kahwin. Sabo je la alasan default cam tu

Aku tanak bercerita kisah Najiha dan Firdaus, korang boleh beli dan baca, ataupun baca dulu bab-bab awal di blog ni, http://cerita-js.blogspot.my/search/label/Vignette utk dapatkan jalan cerita awal. Kalau suka, boleh beli online di http://www.jemariseni.com/

 Oh tadi aku cakap melalui novel ni aku kenal kebanyakan tempat kan?

Dalam novel ni ada sebut pasal ESC Cafe di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Oleh sbb novel ni berlatarbelakangkan tahun 2013 macam tu, dan kebetulan aku berada di Kuala Terengganu pada 2014 dulu, selama 2-3 bulan, makanya aku sibuk la nak tau betul tak wujud cafe tu kat Airport Teganu. Maklumlah, pernah la melawat airport tu tapi macam tak pernah jumpa plak ada cafe. Terus aku tanya kawan aku yg selalu ke airport tu, dia pun tak pasti, sbb turun je kapal terbang terus balik tak jenjalan pun. Hmmm... So mungkin fiksyen je la cafe tu hehehehe


Yg ni pun buat aku gelak jugak

Ok, utk peminat novel Syud, seperti biasa, karya ini tidak akan menghampakan kita. Kita tunggu pulak novel Syud seterusnya, harap ada perkembangan kisah Ilham dan Wirdanie pula. Ataupun kisah Reza dan watak baru. Tapi jangan lama sangat berhibernasi ye Syud! :-)

Pengajaran dari novel ni?

Hmmmm... komunikasi dua hala tu sangat penting. Bukan diam je pendam rasa sorang-sorang
Ada org pernah ckp kat aku, opportunity knocks once. So, bukak la pintu jawab terus. Lagi? Aku suka watak Najiha yg ceria dan gembira. Sampai nak berhenti keja pun, tak bagitau org sekeliling, sbb dia nak bawak kenangan indah dan gembira je bersama, takde sedih-sedih bagai.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 30, 2016

Makan nasi ambeng kat mana?

Al salam alaykum

Aku dah lama tak makan Nasi Ambeng kat Ulu Yam ni. Sejak Kakak Payung Gojes cakap kampeni dia dah tak bagi eksekutif-eksekutif menyewa kat banglo Bukit Fraser, aktiviti kami kat sana dah tak ada. Jadinya, takde la agenda menyinggah makan Nasi Ambeng ni.

Kat mana makannya?

Kat Riverstone Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor.


Tapi kalau korang Waze atau guna Google Map susah nak jumpa ke jalan yg benar. Mmmg tricky skit. Kalau korang guna Waze atau Google Map, boleh cari Nur Laman Bestari Eco Resort, insyaAllah dekat la dengan Riverstone Eco Resort tu.

Petang tu aku pergi dgn bebudak USMKkj. Diorg nak penuhkan aktiviti selepas keluar dari Kalumpang. Aku plak mmg nak makan nasi ambeng kan. Bawak je la terus.


Sampai je, diorang pelik je tengok. Sunyi sepi. Betul ke Kay ko bawak sini ni? Bukak ke tidak ni? Aku dah tepon la diorg cakap bukak, nasi ambeng pun ada lagi. Bimbang camtu sekali.

Ye, sbb sini mmg sunyi. Pastu kereta kami 3 buah je plak tu yg parking. Betul ke tidak entah. Hehehe.



RM 50.00 setalam. Boleh makan 3-5 orang.

Versi kecik, RM 30.00 setalam, utk 2-3 org.

Kakak lapar! Ngeh ngeh ngeh

Kami amik jugak lauk tambahan. Daging salai masak lemak dah habis. Jadinya amik lauk lain. Serunding RM 3.00 sepiring, dan ikan keli masak kencur, RM 5.00 utk seekor. Aku tak makan ikan keli, tapi kuah dia sedap. Dan diorang cakap memang sedap sangat.

Alhamdulillah, kenyang perut balik KL dgn gembiranyaaa...

Kengkawan yg nak merasa, boleh la ke Riverstone Eco Resort ye!





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, May 29, 2016

Siap pun gaun!

Al salam alaykum

Ada mesin jahit dibuat tukun rugi je...

Oleh sbb aku ada anak sedara pompuan yg comel, sesaja la nak cuba buat gaun.

Google punya google, jumpa pola yg dah siap ukuran. 

Maklumlah nak lukis sendiri malas.



Terima kasih pemilik blog! Semoga digandakan kebaikan kerana berkongsi ilmu :-)


Kita print dulu siap-siap dan main cantum dan tampal macam main puzzle tu...


Kemudian gunting pola. Aku gunting pola utk budak 2 tahun, maklumlah tahun ni sorg masuk 2 tahun, pastu tahun depan lagi sorg. Nasib la kalau baju besar... ekekeke


Kemudian susun pola atas kain. Yg ni aku susun sendiri, sbb pernah buat baju kurung sendiri, maka ingat-ingat lupa nak susun pola cemana. Yg penting, jimat kain.


Cara nak menggunting pun boleh tengok kat blog http://www.syahbinar.com/2016/05/pola-menjahit-baju-kanak-kanak-line.html

Aku beli kain ni kat Nagoya, yg paling murah. Nak praktis semula jahit baju kurung, tapi serabut plak aku tengok corak tu. Maka tukar buat gaun budak-budak plak.

Dah siap potong. Maka kita cantumkan menjadi gaun budak.

Tadaaaa! Alhamdulillah siap pun. Tak sabar nak balik nak tengok padan tak budak-budak ni pakai.

Kali ni gaun seksi nampak ketiak dulu ye. Nanti kalau CIklong dah boleh potong kain licin-licin, kita buat gaun tutup lengan ye.

Jahitan aku tak berapa nak kemas lagi. Mesin skrg mesin letrik. Dulu aku menjahit pakai mesin goyang kaki je. AKu tak boleh nak imbang lagi kelajuan masa menjhit tu. Adakala laju sangat, pastu lambat sgt. 

Projek sarung bantal baby siap. 
Langsir bilik siap.
Gaun siap.

Lepas ni baju kurung sendiri. Tapi serius dah malas la plak. Hahahaaha

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, May 27, 2016

Tahun ni takde trip mendaki, eh trip ke Indonesia

Al salam alaykum

Sejak aku kenali Air Asia, tiap-tiap tahun ada trip ke Indonesia. 

Tahun ni takde. Pelik rasanya. 

Tahun lepas, ada dua tiket Air Asia. Dua-dua trip mendaki. 

Tahun ni takde. Hmmm

Sedih rasanya hati. 


Mereka berenam ke Semeru, demi merealisasikan impian tak kesampaian pada 2014. 

Sedih ke? Diri sendiri yg memilih utk ditinggalkan. 

Semasa tiket dibeli, aku memilih utk tidak membeli. Sebabnya, tarikh tu dekat dgn tarikh cuti ke Jepun. Aku bimbang, tidak dibenarkan bercuti. 

Di saat cuti tidak menjadi masalah, masalah kewangan pula yg timbul. Hehehe. Ada nak bagi pinjaman, tapi tak best pun meminjam utk bercuti. Heheehe. 

Pepatah Melayu ada mengatakan, tidaklah lari gunung itu dikejar. Mendaki itu satu pilihan. Bila di puncak, tak selamanya di situ, kena turun jugak. 

Selamat mendaki Gadis Semasa. Semoga puncak Mahameru kalian akan takluki bersama dgn jayanya. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Thursday, May 26, 2016

Whatsapp Crash!

Al salam alaykum

Macam-macam cara utk pulihkan wasap yg orang share.

Salah satunya:


Kepada pengguna iOS iaitu iPhone yang mempunyai masalah whatsapp crash/white screen atau blank saja. Cara solution dia senang je

Go to ->
1.Setting scroll sampai bawah ada whatsapp
2. Masuk whatsapp off kan segalanya dalam tu
3. Masuk balik whatsapp dan dah okay
4. On kan balik segala data dalam tu

So tak perlu la restore/reset phone tu atau sampai delete then install balik whatsapp. 

Tapi aku buat tak jadi pun. Memang boleh bukak sekejap, kendian bila on balik semua tu, jadi semula.

Yang kedua, reset telefon.

Reset setting phone ,setting>General>hujung bawah ada Reset>Reset all setting (Yang pertama) Reset setting tidak akan jejas maklumat anda, gambar ,video,contact etc tak kan hilang !

 Aku tak buat lagi. Nak tunggu apa pun aku tatau. Hehehee

Yang ketiga, delete aplikasi dan install baru. Ni mmg aku takkan buat la. Dua tahun aku simpan ucapan hari lahir terakhir, kalau delete dan install lain, hilanglah kenangan itu.

Kad Pesanan ucapan kirimanmu
Tiba di hari lahirku
Saat aku gembira
Kau utus khabar duka

Ada org cakap kat aku, tukarlah phone lain. Hmmm...

Telefon aku masih lagi yg terbaik pada abad ini... Ngeh ngeh ngeh... Cemana korang suka tepon korang, cenggitu la aku suka tepon aku



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, May 25, 2016

Jung Ji Hoon!

Al salam alaykum

Lepas tgk cite Descendants of The Sun, aku baru tahu pelakon pompuan yg berlakon cite Autumn in My Heart dgn Full House tu nama dia ialah Song Hye Kyo. Hehehe

Lepas habis DOTS yg tak berapa nak best endingnya tu, KBS tayang Worlds Within. Orang kata cerita ni so so je... Tapi aku boleh layan lagi... Cuma bila tgk Song Hye Kyo tu, aku terpikir kenapa macam sama je lakonan dia dlm DOTS tu?

Jadinya, download Full House kat IFlix (percuma 3 bulan), aku khatam lagi sekali cerita Full House buat kebanyak-kalinya lagi. 




Asal tengok cite ni, gelak-gelak pun nak nangis. Aish... 

Kesimpulan aku, betul la, lebih kurang je lakonan Song Hye Kyo tu utk ketiga-tiga drama ni. Mungkin sbb watak lebih kurang kot, so lakonan pun sama la jugak. Agaknya laaa...

Tapi tiba-tiba, rindu dgn Jung Ji Hoon! Rindu dengan senyum segaris dia. Heheehe



Aku tak tengok habis cite My Lovely Girl, sbb macam tak best sangat. Macam tak sesuai Jung Ji Hoon dgn pelakon pompuan tu.

Paling suka drama A Love to Kill gagah sangat rupa Jung Ji Hoon ni.

Drama baru, katanya best jugak. Come Back Mister. Harap dapat tengok sebelum Ramadhan tiba.



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, May 23, 2016

Wak Tek mana Wak Tek?

Al salam alaykum

Buku yg keberapa saya lupa utk tahun ini. Tapi, pertama kali tahun ini menulis tentang buku di blog.

Selesai membaca naskhah Lemoi.


Saya mengenali Lemoi di blog http://kapalterbangkertasku.blogspot.com/ beberapa tahun dahulu. 

Membaca di blog, kadang-kadang air mata jatuh juga.





Mengenali ketabahan guru-guru Lemoi, dan kecomelan anak-anak didik Lemoi sekalian. Diceritakan dgn baik sekali, terasa seperti diri sendiri berada di Lemoi sana.

Bila entah ada rezeki nak ke Lemoi bebetul?

Kebanyakan kisah dalam naskhah bercetak Lemoi ni, saya dah hadam di blognya. Kiranya, bacaan ulangan utk saya.

Pendek je, utk org biasa, bkn utk yg istimewa kah kah kah


Semoga semua terinspirasi dgn karya seorang guru di Lemoi ini.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Saturday, May 21, 2016

My Stupid Boss

Al salam alaykum

Kak Awin dan Ilah ajak teman tgk AADC2, Yan ajak tgk My Stupid Boss. 

Aku cakap AADC2 tunggu je la online. Hahaaha. 

Sungguh best! Gelak sakan. Tapi takde subtitle. Puas nak pikir apa dia cakap ni. Ada bahasa yg mudah nak faham. Ada yg mmg tak paham-paham. Bahasa alien sungguh. 


Cuma bila dia nak twist boss dia tu insaf, macam tak berapa nak kena mood kat situ. 

 Part menari Cindai masa bossman takde tu kelakar amat. Tapi yg lawak jugak, bossman minat lagu Gerimis Mengundang. Hahaahaha

Abam Bront tak banyak sangat dialog dia. Tapi macho la dia di situ. 

Sekarang ni misi aku mencari lagu terakhir. Sanggup tunggu tengok kredit naik nak cari tajuk lagu. 

Antara lirik sempat aku tangkap. 

"Burung merak di atas tembok, siapa dia yg tampak elok...."

Tajuk lagu lupa plak, tapi ciptaan Bemby Gusti.

IMPOSSIBLE WE DO, MIRACLE WE TRY - Bossman

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, May 19, 2016

Berkira ye?

Al salam alaykum

Aku: En. Lan, dah 5.30 ni jom balik. 
 En. Lan: Saya tak siap lg quote ni nak kena hantar Sabtu. 

Okeh. 

Terdengar suara dari bilik sebelah. 

En. Bos Besar: Amboi, berkira dia skrg. Nak balik tepat. (Sambil gelak-gelak)
Aku: Eh, bkn saya yg berkira, bos yg kira masa. Pastu potong gaji. Kena balik tepat la. Ngeh ngeh ngeh. 

Hahaahaha....

Ye, bulan lepas aku kena potong gaji. Sbb bulan 3, aku ada datang lewat 2 kali, yg membawa jumlah sejam dan gaji dipotong. 

Aku datang lewat sbb aku datang dari Kuantan sesudah Subuh, dan tak tahan mengantuk, maka aku tido sekejap di Temerloh. Aku masuk lewat dan menggantikan jam lewat tu sebelah petang, bukan setakat sejam ganti, banyak jam aku ganti. Sbb aku tahu, bos-bos kami ni suka cari kami selepas jam 5.00 petang. Jadinya tak kisah la sbb aku tetap kerja 7 jam 30 minit setiap hari. 

Tapi, nak dijadikan penyebab, bulan 3 tu ramai yg masuk lewat selepas jam 9.00 pagi, dan bos besar telah marah kpd pihak HR, maka mereka yg sekali dua terlewat tetap tak terkecuali. Aku la tu! Tak pernah aku lewat, bulan tu aku leeat dan aku pun kena sama dgn org lain yg mmg rekod kedatangan mereka sentiasa lewat. 

Tambah marah lagi, HR langsung takde keluar memo pasal hal ni. 

Maknya, sekarang ni, siapa yg masuk sebelum 8.00, tepat 4.30 pm dah berdiri depan pintu. Yg datang sebelum jam 8.30, tajam jam 5.00 pm dah thumb print, yg datang sebelum jam 9.00 am, 5.30 dah siap nak tutup pintu ofis. 

Mari kita kira ramai-ramai. Heheehe. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, May 11, 2016

JJCM: D' Selera Pantaa

Al salam alaykum

Adik aku forward gambar


Mak aku ajak la pergi cari

Terletak di Pantai Kempadang.

Pantai Kempadang ni pun baru kali kedua sampai la kot. Kalau kali pertama tu mak aku cakap masa lama dulu pergi tengok adik aku berkhemah.


Orang agak ramai jugak.


ICT, RM 5.00 seekor

UCT, ikut saiz, panas-panas ni

UCT, yg ni saiz besar, RM 7.00 seekor

SCT, RM 4.00 seekor

Ada juga pelbagai jenis nasi dan mee. Aku order mee kari, dah habis. Mak aku nak makan nasi dagang, pun habis.

Ada juga keropok lekor, dan jugak pisang goreng. Keropok dia bagi aku, gatal lidah. Goreng pisang, biasalah, dapat yg lembek-lembek, mmg sedap sangat! Lupakan segala kalori la jawabnyaaaaa

Ada air kelapa jugak, tapi dalam gelas besar, harga RM 2.00

Bagi aku, sedap dan segar. Harga pulak, biasa la mana-mana pun sama je.


Lepas makan, boleh la bercanda di tepian pantai. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, May 08, 2016

Jiran yg dirindui

Al salam alaykum

Jiran belakang rumah kami, mak sahabat aku, dah setahun lebih duduk dengan anak dia. 

Semasa musim banjir tahun 2014, Che Ngah jatuh, dan patah tulang pinggul. Walaupun selepas beberapa kali fisio berterusan, Che Ngah tetap tak boleh berjalan. 

Petang tadi aku ziarah sekejap. Che Ngah semakin kurus. Kaki dah sembap. Pun dah tak bermaya. Semua aktiviti harian kat katil je. Dan Che Ngah pun dah tak seramah sebelum ni. 

Aku sebak. Che Ngah ni kiranya salah sorang warga tua yg aku boleh ngam. Suka bagi nasihat. Cakapnya lembut je. 

Aku suka mengusik dia kalau dia buat kerja rumah. Lambat. Tapi mmg superb la hasilnya. Lantai rumah mmg licin takde habuk. Sink mmg takde karat sabun langsung.

Kalu aku kupas halia, mesti aku teringat kat Che Ngah. Dia kupas, bersih sebersihnya! Takde kulit langsung yg tinggal! Tapi nak siap tu, mmg makan masa la. Padahal kita gotong royong nak kenduri ni! Menunggu halia tak siap-siap. 

Aku pun pernah belajar jahit tulang belut dgn Che Ngah. Tapi, aku tak pandai-pandai sbb, aku tak sabar. Adoi la! Tengok cara Che Ngah ajar tu senang je, tapi sbb terlalu berhati-hati, aku jadi tak sabar. Ish ish ish. 

Bila sebut nanti jumpa bila raya, Che Ngah diam je. Semoga Allah panjangkan umur kami semua, diberi kesihatan yg baik, utk menyambut Ramadhan dan Lebaran bersama-sama. 

Aamiin. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, May 04, 2016

Merajuk?

Al salam alaykum

Gugur ranting ke bumi
Tanda rapuh percintaan
Rajuk yang tak mudah diubati lagi
Kesal yang tak sudah
Tinggal parut yang berdarah



Ada yg kata, merajuk ni mengada-ngada, kurang kasih sayang, mencari perhatian, tak perlu dilayan.

Jadilah kau melukut di tepi gantang... kua kua kua


http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merajuk




Buruk beno merajuk!

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merajuk&d=6



Banyak jugak pantun dan peribasa tentang merajuk ni.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merajuk&d=11




Jadinya, merajuk je la pada yg sudi, ye dak?

Tak jadi merajuk, tersinggung plak...


Dah, ko tersinggung kenapa?


http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tersinggung





Ku pohon kedamaian bersemi dihatimu
Moga dijahitkan duka yang bertamu
Biar bernoktah rajuk yang datang usah berpanjangan
Takkan ukhuwah kita putus dicincang...


Kecil hati pulak ke?

Hmmmm.... susah nak rawat ni...

Tapi fahamilah akan dosa itu.


Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, May 03, 2016

Makan-makan di Melaka

Al salam alaykum

Tak sempat berjalan mana pun, sibuk dgn urusan majlis makan malam dan perjumpaan sahabat-sahabat di Melaka.

1. Restoran Barkat Roti John Asli Melaka

Restoran ni pernah masuk JJCM TV3.

Selain jual roti john, ada ayam golek jugak. Bagi aku, ayam golek dia kalau makan dgn nasi ok la. Kalau makan sesaja gitu, masin sangat!


Tapi, roti john dia mmg best! Sangat ringkas, sangat sedap tanpa tambahan cheese dan sos sebagainya. Kosong macam tu je. Harga pun murah, RM 5.00. Campuran sardin dan telur. Eh sedap la kering macam tu je!

Teringat-ingat lagi ni

Nak ke Restoran ni, dalam apps JJCM ada direction. Restoran ni berdekatan dgn Giant Bachang, dekat dengan Melaka Sentral.

Tapi, kalau jalan kaki dari Melaka Sentral aku tak cek plak berapa minit.

2. Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka


Memang sangat terkenal. Bila sampai sini, aku tak teringat samada ni kali kedua ke aku sampai.

Senarai Menu


Kami amik sekor ikan siakap, sebelah bakar kosong, sebelah lagi bakar sambal. 

4 ekor sotong, celup tepung



6 ekor udang digoreng mentega. Dan kami makan berdua.

Syah tak habis nasi, aku habiskan nasi dia. Jadinya, ikan aku tak habis makan.

Utk makan berdua ni, kosnya RM 70.00.

Tapi, sedih jugak la tengok ikan bakar kat bahagian depan sebelum Parameswara, kosong sekosongnya. Syah cakap dia pun tak pernah cuba. Kalau camtu lenkali ke Melaka, kita cuba Ikan Bakar Umbai di kedai yg kosong pula.

3. Kek Coklat Herda Omar

Sahabat kami ni selain mengajar tuisyen, dia juga membakar dan mengukus kek.

Dan sungguh la kek dia sedap!

Kalau korang ada keraian, majlis dan parti dan memerlukan sebarang kek, boleh la tempah dgn sahabat kami ni.

Sedap sungguh!

utk maklumat lanjut, seperti pelekat di atas


4. Coconut Shake, Batu Berendam, Melaka

Dah lama katanya kesedapan Coconut Shake Batu Berendam ni mengalahkan Coconut Shake Klebang, Melaka.

Maka, marilah kita mencuba.

Tepi jalan je, masa ni tak ramai org lagi, pastu lepas aku beratur, panjang plak barisannya :-)

Harga seperti tertera

Waktu urusniaga

Selain Kelapa GOyang, ada jugak kudap-kudapan lain macam masakan panas, goreng pisang dan sebagainya. Tapi oleh sbb Melaka sgt panas minggu lepas. kami tapau je bawak balik.

Menyesal beli satu je!

Alhamdulillah, maka benarlah bagai dikata. Yg ni mmg sedap berkrim, diakui ramai.

Banyak lg tempat makan kat Melaka yg aku nak pergi. Tapi apakan daya, agenda dgn sahabat-sahabat wajib dipenuhi.

Syah pun memang dah menetap kat Melaka, selagi dia bujang, aku bujang, boleh berjimba-jimba ke sama. Tiket Metrobus dr TBS ke Melaka pun RM 10.00 je. Hehehehe

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, May 01, 2016

Makan malam Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral

Al salam alaykum

Plan berbulan-bulan, tapi yg join hanyalah 16 orang alumni. 


Rezeki masing-masing. Aku pun menolong Mek Syah je la. 


Tempahan di Hotel Seri Malaysia. Makanan sedap. Tapi kami takde aktiviti sangat. Lebih kepada makan-makan dan sesi berborak. 

           Antara yg rapat dengan aku masa zaman belajar dulu. 

       Kami dan famili masing-masing. 

Harapannya moga suatu hari nanti, kami dapat berkumpul kesemuanya 160 pelajar alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::