...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, April 01, 2016

Sebulan Cuti Pada Hari Jumaat

Al salam alaykum

Bila Jumaat tiba, otak ligat pikir nak buat apa?

Jumaat bulan Mac berjaya diharungi. 

4/3 - ke Shah Alam, ada 2 interview, jumpa kawan2 sekali. 
11/3 - balik Kuantan. So tak rasa apa la. 
18/3 - sibukkan diri dgn urusan bank, jumpa Eagy, pergi ke Pejabat Mufti Wilayah dan JAIS Gombak, hantar borang mohon tauliah. 
25/3 - balik Kuantan lagi, interview. 

Interview 4/3, dua-dua gagal. 
Harapnya interview 25/3 beroleh kejayaan mudah-mudahan. 

Jumaat utk April plak. Ada 5 Jumaat. Kena potong gaji banyak la skit. 

Hari ni kuar pun sama macam nak p ofis, tapi melencong pergi bank, dan pergi JTB di Isetan dan jalan-jalan sekejap jumpa Thirah di KL Sentral. Terserempak dgn dak Intan berjalan dgn anak-anak dan maknya. Intan pun dh dpt MSS, utk kali kedua. Pertama dulu VSS di SBM. 

Industri minyak dan gas. Tidak dipandang sekarang. Pencari pekerjaan bertambah ramai di pasaran. Org yg berniaga juga bertambah ramai. 

Hari ni harga bahan bakar naik. RM pun dah di bawah 4.00. Yen Jepun pun dah turun sikit. Mudah-mudahan, ini memberi sinar harapan utk kami semua. Dan, doakan kampeni aku bekerja sekarang tidak goyah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



No comments: