...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, April 09, 2016

Kota Kinabalu - Hari Pertama (1)

Al salam alaykum

09/04/2016

Ke Kota Kinabalu dengan seluruh ahli keluarga. Pening kepala dgn karenah budak-budak kecik berenam. Tapi layankan je. Tujuan sampingan, nak melawat tempat Ilah belajar dulu sbb kami tak berkesempatan nak pergi masa konvokesyen dia. 


Flight Air Asia X 6.30 pagi dari KLIA2, sepatutnya sampai ke KK jam 9.05 minit, tapi sudahnya berlegar-legar di ruang udara, dan mendarat di Brunei Darussalam. 


Selama 3 jam berada di Brunei, tapi kaki tak jejak tanah. Duduk dalam kapal terbang je. Jerubu yg teruk melanda KK sekarang ni. Bertabah la melayan karenah semua. 

       Paling jelas kelihatan, Gunung Kinabalukah?

Tapi, pihak AA takde pun nak bagi air minuman percuma. Faham, kejadian disebabkan oleh cuaca, tetapi tak salah kot utk berbaik hati bagi minuman percuma. Kena beli jugak. 3 jam kot dalam flight tak terbang! Kematu jadinya. Budak-budak apatah lagi. 


Akhirnya dalam jam 12.00 tengahari selepas mendapat had penglihatan lebih 3000m, barulah kami berlepas ke Kota Kinabalu. Sampai jam 12.30 petang. Kesian kat FA dan pilot yg terpaksa terbang semula ke KLIA2 pulak. 

      Ini je la bukti sampai Brunei. 

Dah siap amik kereta sewa, kami terus ke Promenade Service Apartment. Oh ya, kami sewa kereta dari En. Azam sbb quotation dia paling murah dan berbaloi. 2 buah Exora utk 4 hari 3 malam, RM 1,100.00. No telefon En. Azam: +60 19‑850 9825

Kami makan tengahari kat kawasan Promenade Service Apartment je. Nama restoran ialah Restoran Seri Malindo. Bila bayar bil, terkejut dgn harga RM 110.00 utk makan tengahari saja. 

Kami tempah bilik di Promenade Apartment Service di Booking.com. Dapat harga RM 108.00 sebilik utk double queen bed. Alhamdulillah, selesa utk kami berehat sekejap. Kesian budak-budak, bangun dari jam 1.00 pagi, flight delay plak dalam 5 jam dlm kapal terbang tak bergerak ke mana-mana. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

3 comments:

julie shahril said...

3 jam duk sesaja dlm flight? lamanya. kalau anak aku dah meraung agaknya kebosanan.

whooz said...

aku tak boleh bayang budak-budak tu caner. nak2 semua dah boleh berjalan. caner kay budak2 tu??

Kay said...

Julie dan Huz: mmg mengamuk la. Ke depan ke belakang, depan belakang. Yg besar tu ok la jgk boleh berjalan-jalan berlari2. Yg si kecik 4 bulan tu, kesian