...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, April 28, 2016

Kota Kinabalu - Belanjawan Keluarga

Al salam alaykum

Mari kira perbelanjaan ke Kota Kinabalu utk sekeluarga pulak. Cerita KK pun belum habis lagi.

Kami 4 beradik mengumpul duit sejak setahun yg lepas, sebaik saja membeli tiket AA. Tugas ceti aku bagi kat adik aku, Kakngah. Dan penyumbang terbesar ialah adik aku, Abang. Dia taja sewa kereta.

Air Asia:
Flight utk 10 dewasa, 3 kanak-kanak, dan 3 infants, meals dan 7 x 20 kg baggage: MYR 2,022.20

Pengangkutan:
Parking di KLIA2: MYR 158.00 x 2 kereta: MYR 316.00
Sewa Kereta: RM 550.00 x 2 Proton Exora (4 hari 3 malam): MYR 1,100.00
Minyak kereta di Kota Kinabalu: MYR 240.00
Jumlah: MYR 1,656.00

Penginapan:
Promenade Service Apartment: MYR 101.00 x 4 bilik: MYR 404.00
Ayana Holiday Resort, Kundasang: MYR 88.00 (Superior) x 3 bilik + RM 108 (Deluxe) x 1 bilik = MYR 372.00
Marina Court Apartment: MYR 270.00 x 1 apartment (3 bilik): MYR 270.00
Jumlah: MYR 1,046.00

Makan dan minum:
Lunch di Restoran Malindo: MYR 112.00
Dinner di Todak Waterfront (Seafood): MYR 335.00
Breakfast Kedai Mamak, Gaya Street: MYR 61.00
Kepak ayam bakar, Restoran Hidayah, Kundasang: MYR 50.00
Restoran Hidayah (tapau utk dinner): MYR 69.00
Breakfast Restoran Intan, Kundasang: MYR 81.00
Lunch di Restoran Noraini Catering, Ranau: MYR 96.90
Dinner di Pasar Filipina (tapau): MYR 168.00
Kepak ayam bakar, Pasar Filipina: MYR 12.00
Sarapan pagi di Foodcourt Masjid Likas: MYR 90.00
Jagung rebus, KKIA: MYR 10.00
Lunch di KKIA: MYR 193.00
Supper di Semenyih: MYR 41.00
Jumlah: MYR 1,318.90

Entrance Fee:
Dairy Cattle Farm, Kundasang: MYR 54.00
Susu utk aktiviti bersama anak lembu: MYR 9.00
Kinabalu Park dan Poring Hotspring: MYR 31.00
Kelah Spa Tagal Moroli, Ranau: MYR 52.00
Aquaria Universiti Malaysia Sabah: MYR 100.00
Jumlah: MYR 246.00

JUMLAH: MYR 6,289.10

Kami ada juga tanyakan pakej ekonomi, yg bersesuaian, harga seorang dewasa RM 610.00/person ataupun RM 5,300.00/group, tak termasuk transport. Lelah juga!

Tapi, alhamdulillah, berjalan beramai-ramai satu famili besar ni mmg banyak ragamnya, tapi kami bergembira.

Harap ada lagi next trip. Mungkin di Semenanjung ataupun negara jiran terdekat, bergantung kepada ekonomi juga.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::





2 comments:

whooz said...

macam2 ragam sebab macam2 umur. keperluan lain-lain. tapi memang seronok.
1st time travel dgn famili aritu, 1st time jugakla tak teringat langsung nak beli poskad, setem, cari pejabat pos. balik KL baru teringat :D. sebab dalam kepala bukan fikir pasal diri sendiri dah :)

Kay said...

Ha ah. P pasar filipina nak beli ikan bilis utk diri sendiri pun tak ingt Huz. Kerongsang pun amik dgn mak sepasang. Gelang pun mak belikan hahaahaha. Mmg takde souvenir langsung.