...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, April 04, 2016

Halaqah - 02/04/2016 - Bermulanya Sengsara

Al salam alaykum

Dah lama tak kongsi Halaqah. Ada minggu tak berkesempatan nak tengok. Yg minggu lepas pun terlepas awal-awal rancangan.

Halaqah 02/04/2016 - Bermulanya Sengsara

Soalan: Apakah umat Islam lemah kerana dirancang oleh manusia yg seperti debu, ataupun kualiti umat Islam itu sendiri spt debu yg ditiup angin. 

- wujud pelbagai ujian
- Era sekarang ialah era umat yg berkualiti rendah
- Hadis nabi: ketika kiamat dekat, umat spt buih yg banyak di air
- Umat Islam menjadi buih dihanyutkan arus dgn mudah. Arus gelombang dicipta oleh org lain, dan kita spt buih yg hanyut di arus gelombang ciptaan.
- Berpunca dr wahan: cinta dunia, tapi takut mati
- Dahulu umat bergerak utk berjihad menegakkan kalimah Allah. 
- Kita tidak boleh membuang dunia, mengambil dunia mengikut landasan dan jgn hanyut
- Akhirnya dtg bala yg melemahkan kita, yg disebabkan oleh kelemahan kita sendiri

Surah Ghafir, Ayat 38 & 39:
Dan berkatalah pula orang beriman itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar. "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.

Soalan: Seandainya ada seorg sebelah rumah dizalimi apa perasaan kita? Umat Islam dianiaya, dizalimi, muncul IS utk membantu menyelamatkan umat Islam. 

- walaupun non muslim, kita bertanggungjawab utk menolong mereka yg dizalimi. 
- Islam tidak menyatakan sesuatu itu adalah baik walaupun kita mengatakan ia adalah baik.

- Berdasarkan ayat 112, surah Al-Baqarah:

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 

- Beramal mesti ada dua ciri, iaitu ikhlas dan menepati syariah
- Jihad menegakkan Islam itu baik, tetapi mestilah di jalan Allah. 
- Kalau mengikut landasan, kenapa menzalimi org Islam sendiri spt menyembelih org Islam?
- Dikhabarkan fitnah tanduk syaitan akan muncul di Iraq, seperti dinyatakan dalam hadis ini:

 Dari Ibnu Umar berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata“Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah akan muncul tanduk setan”. (Shahih Bukhari 2/33 no 1037)

Soalan: Persidangan protokol Zionis, perkara 16 ada menyebut tentang menyebarkan kefahaman kebendaan dan menjadikan tuhan sebagai musuh
- Umat Islam telah ramai menuju ke gerbang kebendaan
- Protokol ini adalah benar, merujuk dokumen yg dipunyai oleh US military intelligent, dan telah pun berlaku satu persatu pada zaman sekarang.
- Menolak tuhan dan agama, dan mengikut nafsu manusia. 
- Jika ilmu kita kuat, iman mantap, kita akan menolak protokol ini. 

- Hadis Nabi yg bermaksud:
"Kamu akan mengikuti sunnah (kebiasaan) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu pun tetap mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda Nabi bersabda: Kalau bukan mereka (Yahudi dan Nasrani) siapa lagi?" (HR Bukhari Muslim)
- Oleh itu, jangan jadi pak turut kepada mereka. Jadilah pak turut yg berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Surah Al-Baqarah, ayat 155-156:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Letakkan dunia hanya di tapak tangan. Tetapi, umat Islam meletakkan dunia di hati, dan juga di tapak tangan. Dunia tidak boleh dilepaskan, tetapi jangan mengagungkan dunia dan keduniaan.

Soalan: Apakah Allah langsung tidak merasa belas kasihan dan tidak memberikan pertolongan kpd umatnya yg sedang diuji? Apakah tidak akan diberi kemenangan?
- Apabila Rusia cuba menguasai Afghanistan dlm peperangan 10 tahun, Afghanistan berjaya menghalau keluar Rusia keluar
- Palestin yg sudah berpuluh tahun sengsara menderita, tetapi Palestin tidak pernah hancur.
- Dua contoh ini menunjukkan bahawa kasih sayang Allah masih dan sentiasa bersama kita.

Tetapi bagaimana sikap kita dengan Allah?

Kita mengatakan kita berzikir (mengingati) Allah, tetapi bagaimana? Bukan setakat duduk di sejadah bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Tetapi lebih dari itu. Erti Zikir sebenarnya ialah, taat kepada Allah dalam segala aspek kehidupan kita. Contoh, pakai baju, walaupun simple, tetapi ikut syariat (menutup aurat dsb)

Kita patuh pada Allah, maka Allah akan mengasihani kita. 

Soalan: Bagaimana umat Islam mahu berdepan dgn musuh?
- Dari segi aspek pendidikan - pendidikan ummah, faham dgn Al-Quran dan As-Sunnah, faham agama dgn sumber yg betul, maka kita boleh menilai dan memahami bahawa Zionis dan Yahudi adalah berlainan.
- Bersegeralah beramal soleh - sebagai perisai yang kukuh
- Jadilah seperti ikan dlm air laut, yg tidak menyerap kemasinan laut.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: