...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, April 29, 2016

#AADC2

Al salam alaykum

Sampai ke Melaka menonton Ada Apa Dengan Cinta 2. Tak menyabo namanya. Berdua dengan Syahriza Ismail. 

Rangga dah macam bapak orang. Tak hensem. Teori dulu kala, yg hensem-hensem masa belajar dulu mesti jadi tak hensem. Heheehehe. 

Cinta, dewasa macam kami. 

Takleh cite panjang. Nanti spoil orang yg belum nonton. 

Tiada frasa yg sangat sangat sangat best utk dikenang dan menyengat di hati. 

Tapi, runut bunyi best, walaupun aku pikir AADC lg best. 

Jalan cerita selepas ratusan purnama terjawab. 


Ada juga part yg rasa nak tido. Orang belakang aku mmg tido. 

Puisi, masih lg terngiang-ngiang puisi Perempuan di AADC.

Puisi baru, Batas, aku masih nak mencari rentaknya. 

Jogjakarta, terasa mahu membeli tiket kapal terbang, nak mengembara bersama Rangga di sana!

Rangga berfalsafah tentang beda antara liburan dan travelling. Asyik gitu!

Terasa nak menonton lg sekali?




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Thursday, April 28, 2016

Kota Kinabalu - Belanjawan Keluarga

Al salam alaykum

Mari kira perbelanjaan ke Kota Kinabalu utk sekeluarga pulak. Cerita KK pun belum habis lagi.

Kami 4 beradik mengumpul duit sejak setahun yg lepas, sebaik saja membeli tiket AA. Tugas ceti aku bagi kat adik aku, Kakngah. Dan penyumbang terbesar ialah adik aku, Abang. Dia taja sewa kereta.

Air Asia:
Flight utk 10 dewasa, 3 kanak-kanak, dan 3 infants, meals dan 7 x 20 kg baggage: MYR 2,022.20

Pengangkutan:
Parking di KLIA2: MYR 158.00 x 2 kereta: MYR 316.00
Sewa Kereta: RM 550.00 x 2 Proton Exora (4 hari 3 malam): MYR 1,100.00
Minyak kereta di Kota Kinabalu: MYR 240.00
Jumlah: MYR 1,656.00

Penginapan:
Promenade Service Apartment: MYR 101.00 x 4 bilik: MYR 404.00
Ayana Holiday Resort, Kundasang: MYR 88.00 (Superior) x 3 bilik + RM 108 (Deluxe) x 1 bilik = MYR 372.00
Marina Court Apartment: MYR 270.00 x 1 apartment (3 bilik): MYR 270.00
Jumlah: MYR 1,046.00

Makan dan minum:
Lunch di Restoran Malindo: MYR 112.00
Dinner di Todak Waterfront (Seafood): MYR 335.00
Breakfast Kedai Mamak, Gaya Street: MYR 61.00
Kepak ayam bakar, Restoran Hidayah, Kundasang: MYR 50.00
Restoran Hidayah (tapau utk dinner): MYR 69.00
Breakfast Restoran Intan, Kundasang: MYR 81.00
Lunch di Restoran Noraini Catering, Ranau: MYR 96.90
Dinner di Pasar Filipina (tapau): MYR 168.00
Kepak ayam bakar, Pasar Filipina: MYR 12.00
Sarapan pagi di Foodcourt Masjid Likas: MYR 90.00
Jagung rebus, KKIA: MYR 10.00
Lunch di KKIA: MYR 193.00
Supper di Semenyih: MYR 41.00
Jumlah: MYR 1,318.90

Entrance Fee:
Dairy Cattle Farm, Kundasang: MYR 54.00
Susu utk aktiviti bersama anak lembu: MYR 9.00
Kinabalu Park dan Poring Hotspring: MYR 31.00
Kelah Spa Tagal Moroli, Ranau: MYR 52.00
Aquaria Universiti Malaysia Sabah: MYR 100.00
Jumlah: MYR 246.00

JUMLAH: MYR 6,289.10

Kami ada juga tanyakan pakej ekonomi, yg bersesuaian, harga seorang dewasa RM 610.00/person ataupun RM 5,300.00/group, tak termasuk transport. Lelah juga!

Tapi, alhamdulillah, berjalan beramai-ramai satu famili besar ni mmg banyak ragamnya, tapi kami bergembira.

Harap ada lagi next trip. Mungkin di Semenanjung ataupun negara jiran terdekat, bergantung kepada ekonomi juga.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::





Wednesday, April 27, 2016

Jejak Jepun GS - Tandas!

Al salam alaykum


Perkara yg paling aku ingt bila balik ke Malaysia ialah tandas di Jepun.

Bersih sungguh!

Kat mana-mana je! Samada kat stesen ketapi kecik, stesen ketapi besar ataupun kat airport ataupun dalam shinkasen!

Free plak tu!

Bersih sungguh!

Baik yg ada bidet, ataupun takde langsung! Takde hancing pun.

Kebersihan separuh daripada iman.

Betul-betul dipraktikkan.

Dalam tandas di apartment yg kami sewa di Tokyo pun sama. Toilet cantik. Nak basahkan lantai pun segan.

Kalaulah tandas kat KLCC macam ni, tak ralat pun nak bayar RM 1.00! Eh, singgit lagi ke?







Tapi seganlah anak tgk kita qadha hajat kan?


P/S: Gambar ehsan dari Kakak Gojes yg berpayung besar.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Monday, April 25, 2016

Jejak Jepun GS - Belanjawan

Al salam alaykum

Cerita Jepun baru Episod 1... hahaha... aku malas nak menaip la plak... malas pilih gambo, pendek kata aku malas la...

Mari kita cerita duit yg habis dulu. Sebenarnya utk trip ke Jepun ni aku tak ready utk perbelanjaan. Sbb banyak sgt masalah yg menimpa dan tidak disangka-sangka, maka aku malas nak pikir panjang aku buat je apa yg ada mengikut kemampuan aku.

Air Asia:
Tiket Air Asia return KLIA2 - Haneda: MYR 712.00
AirAsia Travel Protection: MYR 50.00
8x Checked baggage 25kg divided 6 person: MYR 152.00
Mee goreng mamak: MYR 15.00
Big Breakfast: MYR 20.00
Mac & Cheese: MYR 15.00

Jumlah: MYR 964.00

Makan:
Marrybrown: MYR 13.00
Sarapan pagi di Food Court: MYR 17.00
Makanan kering ke Jepun: MYR 40.00

Jumlah: MYR 70.00

Transportation:
JR Pass (utk digunakan di Jepun): MYR 1,077.00
Bas KLIA2-KL Sentral: MYR 11.00
LRT dan bas rapid: MYR 3.60

Jumlah: MYR 1,091.60

Penginapan (AirBnB):
1. Osaka:
ShinOsaka, Namba, Kyoto (Host: June) (4 hari/3 malam) = MYR 1,342.00 + MYR 10.74 (credit card charge) = MYR 1,352.74

2. Tokyo:
Best Value in Ikebukuro (Host: Keiko) (3 hari/2 malam) = MYR 1,210.00 + MYR 9.68 (credit card charge) = MYR 1,219.68

Jumlah Osaka + Tokyo = MYR 2,572.42 / 6 person: MYR 428.74

Internet:
Pocket wifi MYR 451.45/6 org: MYR 75.24

Jumlah: MYR 75.24

Perbelanjaan di Jepun (JPY 100 = MYR 3.62):

Makan dan minum:
Kopi di Iced Organic Cafe, Shinagawa Station: JPY 400
Lipton Iced Lemon Tea: JPY 108
Mineral water, 2 litre: JPY 91
Aiskrim Sakura, Kyoto Bamboo Groove: JPY 300
Halal Ramen di Gion, Kyoto, FB link : JPY 1,600
Mineral Water 2 litre dan sayur campur di AEON Ikebukero: JPY 178
Dinner (bg Athirah): JPY 200
Lunch at Ippin Restaurant, Asakusa, Tokyo: JPY 1,053

Jumlah: JPY 3,930 (MYR 142.27)

Transportation/Entrance Fee:
Kad topup Pasmo: JPY 3,000
Tram di Hiroshima: JPY 160
Kyoto Romantic Train: JPY 620
Umeda Sky Building Entrance Fee: JPY 720
Topup Pasmo: JPY 3,000
Bas ke Kawaguchiko Lake, Fuji: JPY 480 x 2 trip: JPY 960
Fuji Shiba Sakura Festival Entrance Fee & Bus x 2 trip: JPY 2,000
Pasmo balance: (-) JPY 1,256

Jumlah: JPY 9,204 (MYR 333.18)

Lain-lain:
Tips utk persembahan muzik: JPY 50
Locker Bag di Shin Osaka Station (sharing): JPY 350
Locker at Shinagawa Station (sharing): JPY 300

Jumlah: JPY 700 (MYR 25.34)

Cenderahati:
Keychain Mount Fuji: JPY 270
FM di Tokyo Sky Tower: JPY 648
T-Shirt @ Asakusa Temple: JPY 980 x 9: JPY 8,820
Tote Bag @ Asakusa Temple: JPY 1,000
Halal Japanese Cracker: JPY 650 x 2: JPY 1,300

Jumlah: JPY 12,038 (MYR 435.78)

Jumlah Perbelanjaan di Jepun: JPY 25,872 (MYR 936.57)

JUMLAH BESAR: MYR 3,566.15

Utk Transportation dan Entrance Fee tu nampak sikit je kan? Sebenarnya banyak tempat di Tokyo kami tak sempat nak jelajah. Dan kunjungan kami ke Tokyo Sky Tree dan Tokyo Tower pun hanya utk bergambar je. Jadinya, kami jimat utk Entrance Fee. Sbb jimat utk Entrance Fee, maka boleh la aku gunakan duit itu utk membeli t-shirt Japan utk anak-anak sedara tersayang. Pejam mata je, aku pikir JPY 1000 tu ialah MYR 10.00. Kalau tak, mmg tak terbeli la aku.

Utk internet plak, kalau sewa apartment biasanya dapat pocket wifi jugak. Jadinya, kalau nak jimat, bawak je pocket wifi yg disediakan oleh tuan rumah ke mana-mana.

Cuma kali ni aku frust jugak sbb tak dapat nak cover Tokyo. Tokyo banyak sgt tempat menarik yg boleh kita jelajah. Lain kali kalau beli tiket, kalau beli tiket Tokyo, kita habiskan Tokyo dan kawasan terdekat. Ada rezeki lain, beli tiket Osaka plak, kendian Sapporo plak. Berangan itu gratis.

Walau macamanapun, alhamdulillah dapat jejakkan kaki ke Jepun walau pelbagai rintangan yg melanda. 

::: Hidup ini indah jika selamanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, April 24, 2016

Ada apa dengan cinta?

Al salam alaykum

Demam AADC bermula kembali sempena kedatangan AADC 2.

Banyak ayat-ayat dalam AADC dulu menjadi status di MSN Messenger kami suatu masa dulu.

Puisi yg paling aku suka:

 "Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja"


Kenapa selepas 15 tahun baru Rangga kembali mencari Cinta?

Sob sob sob

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, April 22, 2016

Pilihan

Al salam alaykum

Dalam hidup kita, pelbagai pilihan yg datang. 

Dan, kita bebas utk memilih. 

Utk keselesaan kita, utk kesenangan kita, utk kemudahan kita, dan segalanya utk kita. 

Maka, tidak perlu utk mempersoalkan pilihan kita, dan juga pilihan org sekeliling kita. 

Kita memilih berdasarkan apa yg kita perlu, apa yg kita mampu, apa yg kita mahu. 

Kadang, org kata bukan mudah utk membuat pilihan. 

Terpulang, sekiranya A tidak terpilih, kita ada B. Seterusnya C, D, E hingga Z. Tak cukup itu, kita ada 1, 2, 3 sehinggalah infiniti. 

Maka, pilihlah dgn bijak. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 21, 2016

Kantoi

Al salam alaykum

Aku takde update pun pasal p Jepun ni kat FB. Yg ada pun kengkawan tag je. 

Kemudian, tokei aku tag aku kat FB dgn gambo yg aku update kat IG. Aku takde IG dia. Rupanya anak dia yg copy gambo. 

Teknologi skrg ni, macam-macam!

Hahahaaha



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 20, 2016

Sungguh!

Al salam alaykum

Sometimes, you have to give up on people. Not because you don't care, but because they don't. 

Saya lepaskan kamu semua, sebagaimana kamu semua melepaskan aku pergi sendiri.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 15, 2016

Jejak Jepun GS - 15/04/2016

Al salam alaykum

15/04/2016

Ada gempa bumi di kepulauan Kyushu. Harap tak terjejas di Tokyo. 


Kali ni aku duduk sengsorang. Tak mampu nak beli Quiet Zone. 


Sampai Airport jam 10.15 malam waktu Jepun. 


Malam ni tido Haneda airport dulu, menunggu pagi utk tukar JR Pass. 


Baca blog kak Anash macam-macam boleh buat sini. Aku kalau tak dapat tido kang aku nak jenjalan la. 


Kami solat jamak taakhir di surau yg berada di tingkat 3. 


Cari kaunter check in huruf L, surau dekat-dekat situ je la. 


Kami tido kat kerusi level 2. Ramai yg tido sini. 


Ada konbini store kat level 1. 


Jalan-jalan naik ke Observation Deck. Sejukkkk! Brrrrrr


Ramai jugak tido kat restoran level 4 ni. 


Subuh 3.29 am. Maka marilah kita tido dulu. 

::: Hidup ini indah jika selamanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, April 11, 2016

Kota Kinabalu - Hari Pertama (2)

Al salam alaykum

09/04/2016

Jerubu dan hujan di Kota Kinabalu. 

Kemudian, aku berjumpa Dayang sekejap. Kami borak-borak sekejap bertukar cerita dan Dayang bawak aku tunjuk jalan. 

Dayang tunjuk jalan, dan aku tak berapa nak amik perhatian. Sakit kepala tak cukup tido. 

         Jerubu dan hujan berbaur sama



Mula-mula, bergambar dengan todak, di Todak Waterfront. 



Kemudian, Dayang tunjuk jalan nak ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. 


Kemudian, naik Bukit Bendera. Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu. Kalau takde hujan dan jerubu ni nanti, mesti biru. 


Lepas maghrib, kami keluar cari makan. Aku pergi ke Todak Waterfront, lepas tengok Blog DJ. Makan pun tempat yg sama, Glam's Station. 


Pilih-pilih lauk. Lauk saja RM 216.00. 

 Ketam 2 ekor je. 

Udang harimau, sekor sorang. Manis sungguh isinya. 


Amik jgk ikan 2 ekor. Sedap sungguh. 


Alhamdulillah. Semua total RM 336.00. Terbuntang betul mata. Hahaaha. 

::: Hidup indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Saturday, April 09, 2016

Kota Kinabalu - Hari Pertama (1)

Al salam alaykum

09/04/2016

Ke Kota Kinabalu dengan seluruh ahli keluarga. Pening kepala dgn karenah budak-budak kecik berenam. Tapi layankan je. Tujuan sampingan, nak melawat tempat Ilah belajar dulu sbb kami tak berkesempatan nak pergi masa konvokesyen dia. 


Flight Air Asia X 6.30 pagi dari KLIA2, sepatutnya sampai ke KK jam 9.05 minit, tapi sudahnya berlegar-legar di ruang udara, dan mendarat di Brunei Darussalam. 


Selama 3 jam berada di Brunei, tapi kaki tak jejak tanah. Duduk dalam kapal terbang je. Jerubu yg teruk melanda KK sekarang ni. Bertabah la melayan karenah semua. 

       Paling jelas kelihatan, Gunung Kinabalukah?

Tapi, pihak AA takde pun nak bagi air minuman percuma. Faham, kejadian disebabkan oleh cuaca, tetapi tak salah kot utk berbaik hati bagi minuman percuma. Kena beli jugak. 3 jam kot dalam flight tak terbang! Kematu jadinya. Budak-budak apatah lagi. 


Akhirnya dalam jam 12.00 tengahari selepas mendapat had penglihatan lebih 3000m, barulah kami berlepas ke Kota Kinabalu. Sampai jam 12.30 petang. Kesian kat FA dan pilot yg terpaksa terbang semula ke KLIA2 pulak. 

      Ini je la bukti sampai Brunei. 

Dah siap amik kereta sewa, kami terus ke Promenade Service Apartment. Oh ya, kami sewa kereta dari En. Azam sbb quotation dia paling murah dan berbaloi. 2 buah Exora utk 4 hari 3 malam, RM 1,100.00. No telefon En. Azam: +60 19‑850 9825

Kami makan tengahari kat kawasan Promenade Service Apartment je. Nama restoran ialah Restoran Seri Malindo. Bila bayar bil, terkejut dgn harga RM 110.00 utk makan tengahari saja. 

Kami tempah bilik di Promenade Apartment Service di Booking.com. Dapat harga RM 108.00 sebilik utk double queen bed. Alhamdulillah, selesa utk kami berehat sekejap. Kesian budak-budak, bangun dari jam 1.00 pagi, flight delay plak dalam 5 jam dlm kapal terbang tak bergerak ke mana-mana. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 06, 2016

Ku lihat hijau

Al salam alaykum

Mamat Jepun yg bermuka Korea yg datang ofis aku berkata:


You will only see green sakuuraaaa!

Hahaahaha



Kat Malaysia pun cantik kan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Tuesday, April 05, 2016

Salam Noodles, Wangsa Walk

Al salam alaykum

Pertama kali merasa selepas beberapa kali Miza promosi. 


Sedap sungguh bagai dikata. Tapi cuma harganya berbeza sedikit dari cawangan lain. Cawangan lain RM 8.50. 



Semua harga RM 9.80 termasuk GST dan air tanpa had. 


Harga sate kambing pula RM 2.50 secucuk, minimum 3 cucuk. 


Sate Kambeng takde kuah kacang yg sungguh lazat dimakan begitu saja. 


Menu aku. Aku cuba Salad Beef Noodle. Habis licin! Sapa kata Kay tak makan sayur? Heheeheh

Cubalah di cawangan terdekat anda. Sampai sekarang aku rasa nak mengulang pergi. Sedap sungguh! Kak Emi kakak account pun nak pergi lagi!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, April 04, 2016

Halaqah - 02/04/2016 - Bermulanya Sengsara

Al salam alaykum

Dah lama tak kongsi Halaqah. Ada minggu tak berkesempatan nak tengok. Yg minggu lepas pun terlepas awal-awal rancangan.

Halaqah 02/04/2016 - Bermulanya Sengsara

Soalan: Apakah umat Islam lemah kerana dirancang oleh manusia yg seperti debu, ataupun kualiti umat Islam itu sendiri spt debu yg ditiup angin. 

- wujud pelbagai ujian
- Era sekarang ialah era umat yg berkualiti rendah
- Hadis nabi: ketika kiamat dekat, umat spt buih yg banyak di air
- Umat Islam menjadi buih dihanyutkan arus dgn mudah. Arus gelombang dicipta oleh org lain, dan kita spt buih yg hanyut di arus gelombang ciptaan.
- Berpunca dr wahan: cinta dunia, tapi takut mati
- Dahulu umat bergerak utk berjihad menegakkan kalimah Allah. 
- Kita tidak boleh membuang dunia, mengambil dunia mengikut landasan dan jgn hanyut
- Akhirnya dtg bala yg melemahkan kita, yg disebabkan oleh kelemahan kita sendiri

Surah Ghafir, Ayat 38 & 39:
Dan berkatalah pula orang beriman itu: "Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar. "Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.

Soalan: Seandainya ada seorg sebelah rumah dizalimi apa perasaan kita? Umat Islam dianiaya, dizalimi, muncul IS utk membantu menyelamatkan umat Islam. 

- walaupun non muslim, kita bertanggungjawab utk menolong mereka yg dizalimi. 
- Islam tidak menyatakan sesuatu itu adalah baik walaupun kita mengatakan ia adalah baik.

- Berdasarkan ayat 112, surah Al-Baqarah:

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 

- Beramal mesti ada dua ciri, iaitu ikhlas dan menepati syariah
- Jihad menegakkan Islam itu baik, tetapi mestilah di jalan Allah. 
- Kalau mengikut landasan, kenapa menzalimi org Islam sendiri spt menyembelih org Islam?
- Dikhabarkan fitnah tanduk syaitan akan muncul di Iraq, seperti dinyatakan dalam hadis ini:

 Dari Ibnu Umar berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata“Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah akan muncul tanduk setan”. (Shahih Bukhari 2/33 no 1037)

Soalan: Persidangan protokol Zionis, perkara 16 ada menyebut tentang menyebarkan kefahaman kebendaan dan menjadikan tuhan sebagai musuh
- Umat Islam telah ramai menuju ke gerbang kebendaan
- Protokol ini adalah benar, merujuk dokumen yg dipunyai oleh US military intelligent, dan telah pun berlaku satu persatu pada zaman sekarang.
- Menolak tuhan dan agama, dan mengikut nafsu manusia. 
- Jika ilmu kita kuat, iman mantap, kita akan menolak protokol ini. 

- Hadis Nabi yg bermaksud:
"Kamu akan mengikuti sunnah (kebiasaan) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu pun tetap mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda Nabi bersabda: Kalau bukan mereka (Yahudi dan Nasrani) siapa lagi?" (HR Bukhari Muslim)
- Oleh itu, jangan jadi pak turut kepada mereka. Jadilah pak turut yg berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Surah Al-Baqarah, ayat 155-156:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Letakkan dunia hanya di tapak tangan. Tetapi, umat Islam meletakkan dunia di hati, dan juga di tapak tangan. Dunia tidak boleh dilepaskan, tetapi jangan mengagungkan dunia dan keduniaan.

Soalan: Apakah Allah langsung tidak merasa belas kasihan dan tidak memberikan pertolongan kpd umatnya yg sedang diuji? Apakah tidak akan diberi kemenangan?
- Apabila Rusia cuba menguasai Afghanistan dlm peperangan 10 tahun, Afghanistan berjaya menghalau keluar Rusia keluar
- Palestin yg sudah berpuluh tahun sengsara menderita, tetapi Palestin tidak pernah hancur.
- Dua contoh ini menunjukkan bahawa kasih sayang Allah masih dan sentiasa bersama kita.

Tetapi bagaimana sikap kita dengan Allah?

Kita mengatakan kita berzikir (mengingati) Allah, tetapi bagaimana? Bukan setakat duduk di sejadah bertasbih, bertahmid dan bertakbir. Tetapi lebih dari itu. Erti Zikir sebenarnya ialah, taat kepada Allah dalam segala aspek kehidupan kita. Contoh, pakai baju, walaupun simple, tetapi ikut syariat (menutup aurat dsb)

Kita patuh pada Allah, maka Allah akan mengasihani kita. 

Soalan: Bagaimana umat Islam mahu berdepan dgn musuh?
- Dari segi aspek pendidikan - pendidikan ummah, faham dgn Al-Quran dan As-Sunnah, faham agama dgn sumber yg betul, maka kita boleh menilai dan memahami bahawa Zionis dan Yahudi adalah berlainan.
- Bersegeralah beramal soleh - sebagai perisai yang kukuh
- Jadilah seperti ikan dlm air laut, yg tidak menyerap kemasinan laut.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, April 03, 2016

Oh My Jep!

Al salam alaykum

Bila Thirah cakap nak amik gmbo dgn Oh My Jep, aku terpinga, sapa tu?

Kucing yg glamer tu?

Glamer? Tapi aku tak kenal! Hahaha

Ramai yg beratur nak bergambar dgn Jep kat Fius 2.0. Panjang barisannyaaaa!

Aku ngintai-ngintai je la. 


Tapi kucing ni mmg cantik. Tapi masa sampai giliran Thirah, kucing ni buat hal. Nampak sangat muka dia penat. 

Jadinya, kita makan dulu!


Lepas tu la baru ok nak bergambar semula. 

Tapi, cemana dia glamer? 

Hanya mereka dan keluarga mereka ug tahun. Eh!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, April 02, 2016

Babysitter - drama yg tak paham sampai sudah

Al salam alaykum

Image result for babysitter korean drama


Dua kali tengok Babysitter episod akhir, tak paham jugak. 

Siapa yg bunuh Jang Seokryu dan suami dia?

Cheon Eunju ke atau Yoo Sangwon?

Sapa plak Song Dohun yg tiba-tiba muncul sama muka dgn Sangwon? Pastu masuk hospital mental sama dgn Eunju?

Yg melawat Eunju kat penjara tu , Sangwon ke atau Dohun?


Memang pening tengok episod akhir ni. 

Mula-mula aku buat konklusi, Eunju reka cerita je kat wartawan tu yg dia bunuh semua. Sbb nak lepas dari hukuman. 

Tapi last sekali, dia plak bunuh Dohun/Sangwon tu plak. Pastu dia lari dgn pompuan yg dia kenal kat penjara tu. 

Drama 4 episod ni memang pening. Tambahan plak, kawan-kawan aku takde yg tengok. Yg tengok, pun sama tak paham dengan aku. Lepas tu aku cari recap drama ni langsung takde yg sama penceritaan dgn drama. Yang ada recap pun 2-3 ayat je. 

Drama Babysitter ni 4 episod je sbb drama spesial ganti 4 episod Moorim School yg kena potong tu. 

Kisah bermula bila Jang Seokryu jadi babysitter kat rumah Yoo Sangwon dan Cheon Eunju. Tapi sebenarnya, Seokryu ni dah lama berkenan kat Sangwon, Sangwon ni super senior universiti dia. Dia mengorat Sangwon dan Sangwon pun curang. Tapi, Seokryu kawen dgn kawan Sangwon dan Eunju, tapi masih lg curang kat suami dia jugak.

Image result for babysitter korean drama

Last sekali, Seokryu tinggalkan Sangwon. Katanya, Seokryu berdendam dgn Eunju atas keretakan rumahtangga ayah dan mak dia. Jadinya, dia balas dendam la. 

Tapi, persoalan aku ialah, siapa bunuh siapa?

Tolong! Sapa yg tengok cite ni boleh bagi huraian atau cite balik tak kat saya? Tensen ni tak paham ending. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 01, 2016

Sebulan Cuti Pada Hari Jumaat

Al salam alaykum

Bila Jumaat tiba, otak ligat pikir nak buat apa?

Jumaat bulan Mac berjaya diharungi. 

4/3 - ke Shah Alam, ada 2 interview, jumpa kawan2 sekali. 
11/3 - balik Kuantan. So tak rasa apa la. 
18/3 - sibukkan diri dgn urusan bank, jumpa Eagy, pergi ke Pejabat Mufti Wilayah dan JAIS Gombak, hantar borang mohon tauliah. 
25/3 - balik Kuantan lagi, interview. 

Interview 4/3, dua-dua gagal. 
Harapnya interview 25/3 beroleh kejayaan mudah-mudahan. 

Jumaat utk April plak. Ada 5 Jumaat. Kena potong gaji banyak la skit. 

Hari ni kuar pun sama macam nak p ofis, tapi melencong pergi bank, dan pergi JTB di Isetan dan jalan-jalan sekejap jumpa Thirah di KL Sentral. Terserempak dgn dak Intan berjalan dgn anak-anak dan maknya. Intan pun dh dpt MSS, utk kali kedua. Pertama dulu VSS di SBM. 

Industri minyak dan gas. Tidak dipandang sekarang. Pencari pekerjaan bertambah ramai di pasaran. Org yg berniaga juga bertambah ramai. 

Hari ni harga bahan bakar naik. RM pun dah di bawah 4.00. Yen Jepun pun dah turun sikit. Mudah-mudahan, ini memberi sinar harapan utk kami semua. Dan, doakan kampeni aku bekerja sekarang tidak goyah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::