...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, March 30, 2016

Part time job - Data Entry?

Al salam alaykum

Sekarang ni sibuk aku mencari keja part time yg aku boleh buat di rumah ataupun time lunch kat ofis. 

Banyak iklan part time job data entry, typist dan admin. Aku saja cuba. Aku hantar dalam 5 permohonan. Dan yg balas kat aku dah 3. Semuanya tajuk keja berlainan. 

Tapi aku dapat reply ayat yg sama je!

Hahahaaha

Ini balasan yg aku dapat:

Hi,

Thank you for your interest in applying for the position. Please read the job details carefully and let us know what your decision is.

Your job responsibilities are mainly posting job vacancy advertisement on certain websites. You do not need to write anything on your own, you just need to type in exactly what is given to you on certain websites. You will be paid as long as you complete the job posting. Therefore, no experience is necessary.

Your working time and location is completely flexible. You are able to work anywhere around the world as long as you are connected to the Internet. You don’t need to tell us what your working time is, all you need to do submit your work after it is completed. There is also no deadline for the work. Therefore, this is an ideal part time job for every individual.

Payments
You will receive a payment of RM25 for every successful advertising data that is processed. For example, if each week you successfully process 15 data from advertising, you will receive a fee of 15 x RM25 = RM375 per week. Some are able to get 30 data weekly; it all depends on your own ability.

Normally, the average income within a week is RM300 – RM800 and this is a number that is very lucrative. You are free to process as much data as possible because there is NO LIMIT imposed. The more you process, the more income you get, it is as simple as that. You will be paid weekly by way of bank transfer into a local bank account of your choice.

Training Materials
“No Monthly/Yearly Fees! Make Money 7 Days A Week!”
There is one-time “Non-Refundable” fee of RM50 to begin. The fee imposes provide you with the Training Materials, which show you STEP-BY-STEP instructions that walk through each step on posting advertisement so that you can start earn money immediately. Therefore, only serious and hardworking people are encouraged to join. You will be able to earn this fee back very quickly once you get started. This is legitimate way to earn extra money from home, please let us know if you are keen to proceed as soon as possible.

Jadinya, mungkinkah kerja itu ialah iklan menda yg sama? Dan kemudian tunggu org apply dan minta bayaran. Dan berterusan macam ni?

Nak register kat www.jobdirumah.com pun dah bimbang. Tapi ada beberapa blog mmg promote jobdirumah ni. Diorang ckp ok. Tapi ayat pun lebih kurang sama la kat atas.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 29, 2016

Keturunan Matahari - Uruk?

Al salam alaykum

Descendants of the Sun tak habis pun lagi, tapi banyak sgt yg menarik pasal drama ni. Tapi, aku pikir KBS saja je promot lebih-lebih cite ni terutamanya Song-Song Couple tu. Kalau tengok pasal storyline, cite sama je, cerita cinta susah nak dapat, tapi akhirnya dapat ke idok? Baru episod 8 kat KBS World, takleh nak komen sangat. 

Tapi semalam aku tengok ulangan Entertainment Weekly, ada lagi cerita pasal DOTS ni, tapi pasal lokasi drama dan jugak kecacatan drama, yg mana salah satunya mmg aku perasan, tapi tak berani nak cakap kot mata aku salah memandang, hehehe

Dah masuk episod 2 kot, diorang dah kena hantar ke Uruk tu, aku sibuk jugak meng-google Uruk ni kat mana... Kat Iraq rupanya... 

Tapi sebenarnya main kat Greece. Dalam Entertainment Weekly tu kata Uruk dlm drama ialah lokasi buatan. Nak jadikan Uruk tu ada 3 buah tempat, iaitu Greece, Taebaek dan Gyeonggi-Do!

Nganga jap!

Image result for descendants of the sun uruk

Image result for descendants of the sun uruk

Image result for descendants of the sun uruk

Image result for descendants of the sun uruk

Image result for descendants of the sun taebaek

Memang bijak pandai la diorang, nak gabungkan scene sikit-sikit tu, yg shooting kat situ sini sana sinun pastu lama-lama jadilah Uruk!


Image result for descendants of the sun recap episode 5

Lagi 8 episod nak habis. 

KBS World setiap minggu buat marathon cerita ni. Sungguh luar biasa tarikan drama ni ye!


Mana tau satu hari nanti dapat pi Korea lagi, boleh la melawat Taebaek dan jugak Gyonggi-Do, pastu pi Greeceeeee!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 28, 2016

Ada masalah?

Al salam alaykum

Ada masalah? Tak perlu luah, takde pun org nak baca, nak dengar. Sedarlah diri. 

Simpan la sendiri, macam biasa. 

Ko sapa kan org nak pinjamkan bahu?

Setel sendiri, jalan terus.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 25, 2016

Meroti la plak

Al salam alaykum

Kisah Red Velvet Cake tak habis lagi. Tetiba mak aku mintak aku meroti plak. Nak roti sama rasa macam adik ipar aku buat. Adik ipar aku masuk kelas roti. Pastu dia buat pastu bawak kat mak ayah aku pastu ayah aku makan ayah aku cakap "ni la roti sedap"

Ayah aku kan susah nak cakap sedap. Dia tak cakap tak sedap, tapi kalau dia diam tak kata apa tu, mmg tak sedap la. Hahaaha. 

Maka, dari Tunas Manja Sungai Isap membawa ke Giant Kuantan terus berdesup ke BakeMate Trading mencari tepung cap bunga ros. 


Adik ipar aku cakap kena jugak nanti kang lain kejadiannya dia tak tanggung. 

Ini resipinya. 


Aku uli tangan je. 

Tapi masa nak perap doh tu, aku salah baca, aku pi masukkan dalam peti. Tak perasan tulisan tangan tu. Hahaaha. Jadinya, berjam jgk la roti aku nak siap. Nak kena tunggu doh kembang semula pada suhu El Nino. Heheehe. 

Maka kejadiannya selepas dibakar 30 minit pada suhu 180 deg C maka terhasillah roti yg lembut sungguh tapi tak selembut adik ipar aku buat. 


Tak cantik sgt kejadiannya. Tapi masuk mulut sedap jugak. 


Roti kismis bergula, yg ni aku renjiskan air dulu, pastu letak marjerin, pastu sapu telur. 

Ini adalah pertama kali aku meroti dlm seumur hidup aku sbb aku malas nak menguli. Cita-cita nak buat roti lepas beli bread maker, tapi uli tangan pun senang je hahaha setakat nak makan sendiri kan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, March 23, 2016

DOTS episod 7

Al salam alaykum

Kalau online, Descendants of the Sun dh nak masuk episod 9. Tapi aku tengok tv je. Baru episod 7.

Sahabat-sahabat lain dah tengok episod 8, dan mengadu menyampah sbb takde ending lagi kat pasangan hero heroin. 

Aku tengok episod 7, berjuraian air mata. Bukan sbb percintaan yg tak jadi-jadi sampai ke sudah tu, tapi beratnya tugas diorang pasukan keselamatan dan pasukan kesihatan utk membuat keputusan hidup mati di saat-saat bencana yg getir. 

Episod 7 ni masih lg kat Uruk, menyelamatkan mangsa gempa bumi. Yg kes menyayat hati, kena buat pilihan, nak selamatkan sapa. Pusing kot mana pun mesti salah sorg kena mati. Sedihnyaaaa! Pulak tu, dlm situasi macam tu, yg patut buat keputusan ialah pasukan kesihatan. 

Terasa berat sungguh di bahu utk menimbang tara mana yg patut. Bukan menimbang tara mana yg baik! Kena pilih mana yg patut, dan mudah-mudahan yg patut itu menjadi yg baik. 

Dan jugak, kekuatan jiwa seorang ibu yg sedang mengandung, yg dirawat tanpa suntikan anestetik. Uishhh! 

Mungkin cerita ni nampak mcm fiksyen, tapi gambaran yg diberi mmg hidup. Tambahan plak, dapat menghubungkaitkan drama ni dgn keadaan sebenar di medan bencana. 

Malam esok episod 8, nak tahu jugak apa la yg sahabat-sahabat tak puas hati sangat. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 20, 2016

Cari kuih gandus tak jumpa

Al salam alaykum

Jumaat lepas, mengidam lama tak makan ikan bakar kat Pasar Dato Keramat. Maka, bertemujanji dgn Eagy la kita di situ. Eagy ni selain dari sahabat zaman universiti, dia juga merangkap teman makan ikan bakar Keramat dan Bellamy. 


Alang-alang sampai Pasar Dato Keramat, mmg cari kuih kegemaran la, kuih gandus. Tapi pakcik tu takde berjualan. 2 tahun lepas pun kali terakhir ke Pasar Dato Keramat, pakcik tu takde. Harap pakcik tu masuh lg sehat bersama isterinya berjualan kuih gandus yg sedap. 

 Ada gerai lain jual jgk. Tapi dia letak nama Sri Gandus. Cuba beli. Tapi mmg tak sama mcm pakcik tu buat. Tak kena dgn selera aku jugak. Kalu dah terasa nak makan, mmg aku usahakan jugak la. 

Maka kita google resipi. 

Dapat resipi dari www.inamurni.com


Sbb aku sorg je tak ke mana-mana, maka aku tukar la resipi tu. 

Tepung beras aku guna 6-7 sudu, tepung gandum 2-3 sudu. Tapai nasi takde, so tak bubuh. Kelapa muda parut takde, aku guna kelapa kering, ni ikut suka banyak mana, aku bubuh banyaaaakkk. Aku guna secawan santan. Guna santan serbuk, dlm setengah pek, cairkan dgn 250ml air. Nak lemak lg, tambah lg santan. Yis aku guna 1-2 sudu, garam dan gula secukup rasa. Cara campur, ikut je mcm kat resipi tu, cuma aku tak blend. Jangan cair sgt, jangan pekat sangat. 

Sebenarnya bahan dia lebih kurang mcm buat kuih serabai jgk. Dan jugak mcm adunan lempeng kelapa la jgk. 

Oleh sbb aku tak jumpa acuan benjo kat Jusco, DIY, dan Daiso, dan malas nak ke pasar malam smlm, aku guna kuali tak melekat je. Buat mcm penkek. 

Sesenduk dulu. 

Kemudian ratakan dgn jem nenas. 

Kemudian tutup dgn sesenduk lg adunan. Balik-balikkan sampai masak. 

Gitu!

Alhamdulillah. Puas hati. Walaupun tak dapat rasa macam yg pakcik tu buat, tapi ok la skit dari yg aku beli Jumaat haritu kat Sri Gandus. 

Nanti nak cari acuan benjo. Baru dpt sama mcm pakcik tu buat. 

Ini tahun 2011 dulu. Adunan pakcik tu mcm cair skit. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Sunday, March 13, 2016

Rencanakan semula

Al salam alaykum

Rewrite your life goals


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, March 11, 2016

Impian dan dugaan

Al salam alaykum

Dimulai dengan indahnya alam. 


Mudah-mudahan impianku utk terbang di awan biru bersama buku merah, Allah perkenankan. 


Tetapi, aku harap bil ini tidak meranapkan impian dan harapan. 



Impian dan harapan, seiring sejalan dgn dugaan dan cabaran. 

Maka, tabahlah hati utk mengharungi dugaan dan cabaran, demi merealisasikan sebuah impian dan harapan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Wednesday, March 09, 2016

Gerhana Matahari

Al salam alaykum


Ini je la yg sempat aku saksikan pagi tadi. 
Subhanallah

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 08, 2016

Janam-janam Korea

Al salam alaykum

Kalau aku dengar lagu Korea, sudah semestinya OST je, aku tak minat K-Pop. Aku minat K-Drama je. Kalau ada lagu best dalam drama tu, baru aku cari.

Dan tadi, tetiba lagu lama dr OST Dream High 2. Bila dengar-dengar, macam lagu Hindi Janam-Janam.

Tatau la plagiat ke tak.



Ada la skit-skit, semasa permulaan lagu.

Aku dah habis baca 3 buah novel awal tahun ni. Tapi malas nak buat review lagi.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, March 07, 2016

Halaqah - Kiamat, Ia Pasti Datang - 05/03/2016 - Jatuhnya Uthmaniyyah

Al salam alaykum

Tajuk: Jatuhnya Uthmaniyyah

Soalan: Apakah sudah ada gerakan terancang utk jatuhkan empayar ini?

Ya, mmg ada. Pd tahun 1896, Presiden Zionis, Theodor Herzl menulis buku berkaitan negara Yahudi. Pd tahun itu dia berjumpa dgn Sultan Hamid II utk memohon sedikit tanah Palestin.

Semasa berlangsungnya Kongres pertama di Switzerland, WZO ditubuhkan.

Pada 1901, dia bertemu lg Sultan Hamid II utk membeli Palestin. Dan menawarkan kpd kerajaan Uthmaniyyah utk melangsaikan segala hutang kerajaan, tetapi tetap ditolak.

Pada 1908, tercetusnya Revolusi Turki Muda, yg mahukan Sultan Hamid II menerima perubahan di Turki, juga didalangi oleh Yahudi.

Pada 1909, Sultan Hamid II telah dipecat dari Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 1917, British menguasai Palestin dan akhirnya negara Israel muncul pada 14 Mei 1948. 

Maka, jatuhnya Empayar Uthmaniyyah mmg telah dirancang dan dibantu oleh kuasa British dan juga Turki, dan mewujudkan sebuah negara haram iaitu Israel.

Surah Al-Baqarah, ayat 120:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Ayat ini memberi kekuatan kpd kita, utk mematahkan segala serangan Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam.

Soalan: Siapakah Theodor Herzl dan apakah gerakan jahatnya yg menyebabkan Israel wujud?

- Menegakkan sebuah negara Yahudi
- Menulis buku yg bertajuk The Jewish State utk menegakkan negara zionis
- Musuh yg benar2 meruntuhkan khalifah Islamiyyah. 
- Menawarkan universiti di Palestin utk membeli bumi Palestin
- Merangsang gerakan Turki Muda utk menjatuhkan Sultan Hamid II

Sultan Hamid II telah menegaskan bahasa bumi Palestin adalah milik seluruh umat Islam di dunia.

Soalan: Ada pendapat menyatakan bahawa Yahudi tidak boleh dipersalahkan, tetapi disebabkan oleh kelemahan pemerintah Islam

- Mmg ada kelemahan pemerintah Islam pada masa itu,  dan dimanfaatkan oleh musuh utk menghancurkan kita. 
- Ada dalam catatan sejarah, Sultan Selim II yg suka berfoya-foya,  maka membawa kesan negatif kpd pemerintahan.
- Sultan Ibrahim II mempunyai 3 isteri dan corak pemerintahannya byk dipengaruhi oleh bonda dan isteri-isterinya, dan memecat wazir yg bagus di zaman pemerintahannya.

Dan, ini juga sebagai peringantan utk para pemimpin kita.

Surah Al-Aaraf, ayat 96:
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Jika kita ada iman dan taqwa, insyaAllah makmurlah negara kita.

Soalan: Apakah peranan Mustafa Kamal Attarturk?

- Bapa Turki Moden
- Cenderung membawa Konsep Barat
- Lahirnya Revolusi Turki Muda
- Mustafa mengambil semua yg ada di barat, baik dari segi gaya, cara hidup, cara berfikir Barat, dgn menggadaikan akidah, akhlak dan syariat hidup Islam.

Oleh sbb itu pelbagai perkara terjadi di Turki, contohnya Masjid Aya Sofia ditukar manjadi Muzium, wanita tidak dibenarkan bertudung, azan tidak berkumandang dan roh Islam hilang di bumi Turki.


Soalan: Apakah kesan terburuk selepas jatuhnya Empayar Uthmaniyyah?
- Hilangnya Kerajaan Islamiyyah yg mendaulatkan Al-Quran dan Sunnah
- Dan kita masuk ke fasa masa keempat era pemerintahan kuku besi
- Kejatuhan bumi palestin pada 1917 apabila British menguasai Palestin.
- Deklarasi Balfour mengizinkan Yahudi memasuki mana-mana bumi Palestin, maka pd 14/5/1948 negara haram Israel terbentuk. 
- Yaumul Nakbah: pada 15/05/1948, pencerobohan penempatan orang Islam Palestin, lebih 750,000 rakyat Palestin menjadi pelarian. 
- Perjuangan Palestin bkn lagi perjuangan bangsa, tetapi perjuangan umat Islam seluruh dunia.


Surah Al-Hajj, ayat 41:
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Menaip semula episod kali ni mmg mengundang pilu. Betapa sengsaranya rakyat Palestin yg kehilangan negara.  Dan, apa peranan kita sebagai umat Islam?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 06, 2016

Ko ni suka sangat cite Korea

Al salam alaykum

Tak la suka sangat. Tapi sbb kadang cerita lain dari yg lain. 

Aku tengok pun bukan sbb pelakon sangat. Tak kenal mana pun. Lagipun pelakon Korea ni ramai sangat. Tak terhafal la aku nama diorang. Setiap drama muka lain-lain je. Kalau ada muka sama pun, aku tak ingat sbb mekap, potongan rambut dan jugak perwatakan. 

Sama je macam aku layan cite Jepun, Cina, Hindi, Tamil, Inggeris, Melayu, Amerika Latin, Indonesia, dan lain-lain. 

Awal-awal muncul drama Korea kat TV Malaysia ni, aku menyampah tengok. Asyik-asyik nangis. Skit-skit nangis. Menyampah oii! Siri-siri Winter Sonata dan Autumn in My Heart tu, mmg aku tgk episod 1 je, pastu dah, tak tengok dah. Eh ada Winter dgn Autumn je ke? Spring dgn Summer takde eh? 

Aku lebih kpd tengok filem Korea. Banyak yg best. Pastu ada drama lawak-lawak, barulah boleh layan. Pinjam cd member, download kat MySoju.com, tengok kat 8tv, tapi tgk kat 8tv, alihbahasa ke mandarin la plak. 

Yg mana betul-betul aku suka, mmg aku boleh ulang 2-3 kali. Dan sekarang, aku ulang Descendants of the Sun. Hahaahaha, baru 2 episod, tak jemu pun. Harap drama ni tak jadi mcm drama Oh My Venus la!

Sangat cair drama ni! Ngeh ngeh ngeh. 


Pengajaran drama ni tak berapa nak nampak lagi, baru 2 episod ye! Sambil tgk ulangan sambil tgk filem Uhm Tae Wong kat TV9 ni. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 04, 2016

Gula Cakery

Al salam alaykum

Hari ni dah mula cuti wajib. 

Selepas selesai urusan di Port Klang, aku ke Kota Kemuning. 

Kak Zack ajak makan kek. 

Nama kedai Gula Cakery. Kak Zack cakap kek dia sedap-sedap dan sentiasa bertukar menu. 

Aku ni dah lama tak makan kek. Rasa lama sgt! Heheehhe. 

Masuk Gula Cakery ni, kagum! Perusahaan anak beranak. Kak Zack cakap kopi pun sedap. 

Jom tengok apa yg ada. 





Tengok harga, mmg telan air liur la. 

Jom kita makan!

Meatball spaghetti. Sedap. 

Oh ya! Kat sini ada menu utk lunch. Boleh pilih mana-mana pasta dan air, dapat harga RM 19.00. Utk lunch je!

Tak ingt nama. Nanti tengok resit. Sedap!

Dan marilah makan kek! Kita amik setiap serba satu ye. 

Chocolate mud cake with icecream. Ya Allah, sedap sangat!


Ada lemon, pistachio, mango cake dan banana cake. Tak lupa jugak, cream puff. 

Semua sedap. 

Harga ye!

Geng Silat katanya Cik Pah! Sabo je la. 

Apa lagi, serbulah Gula Cakery di Kota Kemuning. Google Map je Gula Cakery, insyaAllah akan membawa anda ke jalan yg benar!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Thursday, March 03, 2016

Gen Y dan Z je ke?

Al salam alaykum

Pesanan utk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat. 





Dari semalam otak aku ligat berfikir tak paham-paham kenapa terkena kat aku jugak. 

Mungkin ada hikmah utk menebus dosa. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, March 02, 2016

Halaqah - Kiamat, Ia Pasti Datang - 27/02/2016 - Lima Fasa Masa

Al salam alaykum

Tajuk: Lima Fasa Masa

Surah Asy-syura ayat 7:
Dan demikianlah Kami wahyukan Al-Qur’an kepadamu dalam bahasa Arab, agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota ( Mekah ) dan penduduk ( negeri-negeri ) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang hari berkumpul ( Kiamat ) yang tidak diragukan adanya. Segolongan masuk surga dan segolongan masuk neraka.

Ada LIMA fasa masa, seperti yg dinyatakan dlm hadis sahih
1. Masa kenabian
2. Masa Khilafah
3. Masa Kerajaan yg zalim
4. Masa Kerajaan yg menyombong
5. Masa Khilafah mengikut jejak kenabian

Akan dtg fasa pertembungan antara hak dan batil. 
Akan datang fasa antara Imam Mahadi dan Nabi Isa melawan dajjal dan yakjuj dan makjuj.

Mulkan jabariyyan, Pemerintahan kuku besi: umat Islam perlu bersatu menghadapinya dgn kekuatan.

Perkara futuristik, kita tak tahu tapi kita kena tahu sbb Nabi dah beritahu utk kita menghadapinya. 

Sekarang ni, kita berada dalam fasa masa yg keempat. 

Surah Ar-Rum, ayat 41 dan 42:
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".

Ayat di atas menyentuh tentang bala yg Allah turunkan kpd kita akibat perbuatan tangan manusia sendiri.

Apakah yg dimaksudkan lima fasa masa?

1. Fasa terbaik - fasa kenabian SAW. Baginda menjadi cth yg baik. Datang dgn Al-Quran dan dibantu dgn sunnah dan hadis. Fasa ini mengambil masa selama 23 tahun. 

2. Fasa khilafah ala minhaji nubuwwah - Fasa Khulafa Arrasyidin iaitu Saidina berempat. Mengikut landasan kenabian yg mengambil masa selama 30 tahun. Nabi SAW pernah bersabda menyuruh umatnya mengikut sunnahnya dan panduan khulafa arrasyidin yg mengikut panduan SAW. 

3. Mulkan addhol - pemerintah yang zalim. 
- Bani Umayyah, melibatkan 14 khalifah selama 90 tahun. 
- Kemudian era Abbasiyyah, selama 500 tahun, seramai 37 khalifah. Tamat pd 1528 Masihi. 
- Era Uthmaniyyah selama 600 tahun, dan 37 khalifah. 
Semasa fasa ini, masih memegang kepada syariat, tetapi terdapat kelemahan. Pada zaman ini juga muncul ramai pakar hadis.

4. Mulkan jabbariyan - pemerintahan kuku besi
- Runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah, muncul Kamal Attarturk. Syariat sudah tak penting di zaman ini. 
- Lahirnya ism bebas, ism liberal, terrorist, pengganas. 
- Era yg mencabar utk mentaati perintah Allah. Ini yg kita sedang lalui. Zaman diktator, zaman keganasan, dan liku-liku kehidupan yg sukar.

5. Khilafah Annubuwwah dgn kedatangan Imam Mahdi. 
- Akan mengambil masa selama 7 tahun pemerintahan. Hujan akan turun menyuburkan bumi. Keadilan ditegakkan.

Dalam fasa keempat:
Akan keluar dajjal. Petanda keluar dajjal apa bila air kering di Tasik Galilee/Tasik Tiberia di Israel. Ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan Muslim. 

Bermula tahun 2008, air tasik itu sedang mengering. Israel ada mengeluarkan kenyataan pada 31/12/2015, air tasik itu menjunam kpd garis merah, iaitu semakin kekeringan. Oleh itu, masanya memang sgt hampir. Bagaimana persiapan kita? :-((

Doktor Daniel memberikan skala 7-8 utk tahap kerosakan umat Islam skrg. :((

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita membaca dan mentadabbur 10 ayat pertama al-Kahfi dan 10 ayat terakhir utk menghadapi dajjal. 

Surah Al-Kahfi, Ayat 1:
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).

Era kita skrg ni era yg berliku-liku. Macam-macam segala isme mengelilingi kita:
1. Sekularisme - Era pada masa sekarang, mengetepikan agama.
2. Machiavelisme - niat menghalalkan cara
3. Hedonisme - ikut nafsu
4. Darwinisme - tanpa tuhan
5. Saintisme - menolak apa yg tak dapat dibuktikan saintifik

Dan, era kita skrg pun sudah mengikut landasan Dajjal. 

Apakah kita tidak perlu berusaha, hanya menunggu fasa kelima?
1. Kita mesti menegakkan yg benar
2. Amar makruf nahi munkar
3. Hadis: akan ada satu umat aku yg akan membela kebenaran agama. Sesiapa cuba menjatuhkan mereka, tidak akan mendatangkan bekas. Perjuangan mereka akan terus sehingga hari kiamat. 
4. Terus menghayati dan beribadah
5. Menang kalah kuasa Allah. 
6. Makanya, kita wajib berusaha. Berterusan usaha. 


Mudah-mudahan kita menyesal awal, bukan menyesal di kemudian hari.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Tuesday, March 01, 2016

Halaqah - Kiamat, Ia Pasti Datang - 20/02/2016 - Para Utusan Allah

Al salam alaykum

Tajuk: Para utusan Allah

Surah Al-anbiya, Ayat 73: 
Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,

Tujuan nabi dan rasul:
Khalifah: wakil Allah atas muka bumi, Adam dan bani Adam utk memakmurkan bumi atas kehendak Allah

Dan Allah utuskan rasul utk memandu manusia ke jalan Allah

Surah Al-Baqarah ayat 38:
Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku (huda), niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

Huda: peta, atau manual dr Allah utk kehidupan kita supaya tidak sesat. 

Manusia mesti menyembah Allah dan menjauhi segala taghut. Taghut bermaksud:
1. iblis dan syaitan
2. Segala bentuk kesesatan 

Soalan: Walaupun ada wahyu, tapi kenapa manusia masih engkar?

1. Punca daripada iblis - Sombong, fanatik dan menghasilkan penolakan
2. Melihat kelemahan rasul2: cth rasul sakit

Oleh sbb itulah mereka ingkar dan menolak rasul. 

Soalan: Kenapa ada nabi dan rasul yg diketahui dan tidak diketahui?

Surah An-Nisa, Ayat 164:
Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung.

Surah Faatir, Ayat 24
Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

Ada hadis yg menyatakan bahawa bilangan rasul ialah 313 tetapi hadis ini ditolak atas sbb perawinya ada mungkar hadis. Tetapi kita wajib beriman kpd 25 rasul yg diutuskan oleh Allah.

Tentang iblis pula, iblis asalnya nama azazil yg bermaksud penjaga khazanah syurga.

Dan Allah jadikan Bani Adam untuk diuji oleh iblis dan syaitan. 


Soalan: Fenomena org yg mengaku menjadi Nabi. 

Hadis soheh mmg ada menyatakan akan lahir nabi2 palsu selepas kewafatan rasulullah, akan ada dlm 30 org nabi palsu. 

Tetapi, orang Islam mudah tertipu, kerana kita meninggalkan Al-Quran dan juga sunnah rasulullah. 

Tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Surah Al-Ahzab, ayat 40:
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Nabi Muhammad diceritakan dlm banyak kitab2 terdahulu menandakan kedatangannya mmg dinantikan. 

Dalam injil ada disebut nama Barry Cletos, iaitu nama dalam bahasa Greek, yg bermaksud "Yang Terpuji", iaitu Muhammad.

Dan, salah satu tanda kiamat ialah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Apabila ditanya tentang bila terjadinya kiamat, Rasulullah SAW pernah bersabda: Baki hari kiamat, ialah beza dua jari telunjuk dan jari tengah. 

Astaghfirullah, sangat dekat :((

Rasulullah SAW berpesan persiapkan diri utk kiamat. Hidup yg kita rugikan di dunia ni akan rugi di akhirat kelak. Masalah kita yg sebenar-sebenarnya adalah di akhirat nanti. 

Kesimpulan:
1. Nabi dan Rasul adalah pelengkap kpd apa yg Allah jadikan
2. Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah petanda kiamat sudah dekat

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::