...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, February 01, 2016

Sata sata!

Al salam alaykum

Mak aku ada buat sata frozen, tapi pedas. 

Pastu sbb minggu cuti raya cina insyaAllah semua orang ada, buat lagi satu adunan utk difrozenkan. Senang takde la minggu depan kelam kabut. 


Perisikan ikan dalam sekilo setengah. Kali ni guna ikan lolong. 


Tumbuk bawang, halia dan cili sikit. Nak pedas, tambah la lagi cili. Pastu campurkan gula dan garam secukup rasa. 


Pastu, tumbuk ikan dan selang seli dgn kelapa. Terpulang nak banyak ikan ke nak banyak kelapa. 


Kemudian campurkan sekali dgn bawang  yg ditumbuk tadi. Perasakan manis masin semua ikut kesukaan. 


Guna daun pisang, bentukkan kon. Masukkan isi tadi dlm setengah sudu. Pastu padat-padatkan.


Bungkus jadi cam gambo ni. Korang kan pandai imagine kan?


Cucuk kat lidi sate, pastu bakar la! Aku tak bakar lagi, tgk la karang. Tak pun minggu depan je. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

julie shahril said...

susah nak cari sata yg sedap...kalau ada pun, terlebih manis, tak bole terima tekak. senang rupanya buat sata, cuma leceh nak amek isi ikan.

Kay said...

kalau manis mmg kelakar skit rasanya... cuba la buat Julie