...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, February 17, 2016

Perancangan Jalan-jalan Suku Tahun Pertama

Al salam alaykum

Azam nak deactivate FB terbantut. Banyak sangat skrg ahli-ahli FB share tentang travel dan tempat-tempat yg best! Hahahaaha... Berangan je la kejanya...

Dan, walaupun tahu situasi kampeni yg tak berapa nak meyakinkan, masih lg berangan nak berjalan-jalan. Lupa la tu semalam mak ayah pesan apa.

Tgk kat FB, ada On This Day tu kan...


kay..jom buat trip pi johor. lepak umah k.yah.. pastu kita singah lee singapore...


Berapa tahun punya plan tu, dan kami plan nak ke Johor tahun ni, pada 20 dan 21 February ni...

Tapi, dukacita, atas sebab masalah yg melanda aku ni, terpaksa la dibatalkan...

Dan ada lagi perancangan lain utk suku pertama tahun ni, mengikut bulan.

Bulan Januari dah lepas, melawat Penang dan Perak, alhamdulillah.

Bulan Februari, nekad sesaat tak beli tiket ke Jakarta. Masa tu, ada hikmahnya kenapa aku tak beli tiket tu. Ye la kalau beli, kompem kena kensel jugak sbb bermasalah kan? Tapi dah plan lama nak ke Johor dgn Syah, nak melawat Siti Sofiah sebelum dia bersalin, terpaksa jugak dibatalkan. Duduk rumah diam-diam ok! Dan geng Gadis Semasa nak mendaki dan berkhemah di Gunung Bujang Melaka akhir bulan ni, tak dapat nak ikut jugak la kan. Bukan senang Gadis Semasa nak buat trip perkhemahan gunung-gunung di Malaysia ni.

Dan awal Mac, group wasap USMKKj Best! kami plan nak ke Janda Baik, pun aku tarik diri. Dah la aku jugak antara ahli pelaksana! Ni lagi sedih, perancangan dari December tahun lepas. Syah nak sponsor aku, aku tolak. Ntah, tak rasa happy kot nak pergi berjalan-jalan time kita bermasalah ni. Kalau nak sponsor, sponsor la time aku takde masalah, aku ok je ekekeke.

Trip yg melibatkan kos ratus-ratus ni aku kena ketepikan dulu. Cuba utk berjalan-jalan dgn kos yg melibatkan 10-20 inggit je. Kena jimat cermat kekdahnya.

Masuk suku tahun kedua, aku harap trip yg aku dambakan sangat-sangat, aku dapat ikut.

Harap masalah ni tak berpanjangan, mungkin saat-saat akhir boleh la ikut semula trip Gadis Semasa nak bercamping (kalau tak kena marah la kan) dan ke Janda Baik dgn USMKKj Best!

Doakan ye!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: