...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, February 04, 2016

OCD = sakit mata, sakit hati?

Al salam alaykum

Ada sekali tu kami bercerita pasal OCD. Macam-macam pe'el orang OCD ni, nak hanger baju warna sama la, nak susun sama la, macam-macam la. Aku takde kes OCD, semua ok je pada aku, agaknya.

Pastu, aku ada buat test pasal OCD ni kat internet, rupanya aku juga tergolong dalam OCD. Macam tak percaya je, sebab aku rasa aku bukan OCD. TApi mungkin sikit je la kot. Sikit je, tak banyak pun. Boleh diabaikan lagi. Tak parah mana pun.

COntoh yg sentiasa betul ialah, aku selalu akan cek berulang kali pintu dah berkunci belum, suis semua dah tutup belum... Sampai kadang-kadang, pusing balik ke rumah nak cek semula betul ke tak aku buat semua tu. Bagi aku, tu perkara biasa, tapi bila buat kuiz OCD tu, itu dikira OCD rupanya.


Macam wayar tepon ni, memang menyakitkan mata sekali dengan hati. Sepagi boleh habis nak betulkan balik wayar tepon ni. Aku pikir mmg hobi aku la kot. Tapi OCD rupanya. Sekarang kat ofis aku tak pakai dah tepon berwayar. Pakai cordless, senang tak sakit mata, tak sakit hati.

Fikir sesuatu perkara berulang-ulang kali pun OCD. Letak frame gambar senget-senget pun OCD. Ntah apa-apa. 

Kadang-kadang, OCD ni mcm menimbulkan salah faham je antara keluarga dan jugak rakan sepejabat. Macam nak cari salah orang je banyak, ko je yg betul sorang-sorang. Akhirnya, ko buat la keja sorang-sorang, sbb orang lain semua tak betul belaka, tak sama macam apa yg ko buat kan? Ko pun tak percaya yg orang lain boleh bagi output sama je mcm yg ko buat kan?

Tapi dari sudut pandang positif, semua perkara bagus, tersusun, kemas, cantik je la kan? Contoh, marahkan housemate sbb tak menyapu, ko pun tak menyapu sama, hati ko kering sampai bila je? Mesti tak tahan punya, ko pun kemas dan menyapu sbb ko suka kebersihan dan kekemasan? Kan? Kan? Kan? Positif la tu... Itu contoh, tak berkait dengan sesapa pun...

Jadinya, setiap kelemahan yg kita ada tu tukarkan ia kepada gelombang positif, supaya kita dapat melalui hari-hari yg ceria dan membahagiakan :-)

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

4 comments:

julie shahril said...

aku selalu dan kerap...check plug iron dah cabut ke belum lepas iron baju, sebabnya dah penah ada sejarah lupa cabut plug sehari suntuk, nasib baik tak meletup, tapi bil elektrik tinggi gak la dari biasa. dan sejak kes tu, aku fobia. tiap kali iron baju, walaupun aku dah cabut plug, sanggup masuk balik dalam rumah semata2 nak check plug....adakah aku OCD?

Kay said...

ko google, cari kuiz OCD, banyak! aku buat tadi lebih 15 kuiz, semua kuiz tu menunjukkan aku OCD

whooz said...

paling hangin kena patah balik ke kereta nak check kunci ke tak or lampu tutup ke tak. jauh pun aku patah balik.

satu kes ni je. lain2 aku ok je kot :D

Kay said...

Huz... penah mengalaminya... selalu! Jalan kaki nak p ofis dh separuh jalan, patah balik sbb tak ingt api dapur gas tutup ke tak... padahal sebelum kuar rumah mmg dah tutup, dan mmg 2-3 kali cek kompem tutup...

OCD ni salah satu penyakit was was dari syaitan jgk kot ye