...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, February 25, 2016

Halaqah - Kiamat ia pasti datang 13/02/2016 - Kenapa adanya kiamat?

Al salam alaykum


Halaqah 06/02/2016 aku tak dan tengok sbb masa tu pergi HTAA melawat sepupu mak aku sakit.


Tajuk: Kenapa adanya Kiamat?

Di dunia ini, adalah tempat kasab. Kasab, maksudnya ialah berusaha. Maka kita kaan berusaha utk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Jika kita berfikir tentang akhirat, maka kita akan memperelokkan amalan kita utk akhirat kelak.

Maka, mindset kita sgt penting.

Kenapa adanya kiamat: supaya manusia menyedari tindak tanduk di dunia ini akan dipersoalkan nanti.

Balasan yg sebenar berada di akhirat kelak.


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." 
Surah Ali Imran Ayat 185

Kecemerlangan hakiki ialah kita dijauhkan daripada api neraka, dan dimasukkan ke syurga. Sudah tentu dgn rahmat Allah.

Saintisme: sesuatu yg tidak boleh dibuktikan melalui saintifik akan ditolak. 
Dan ramai yg beriman dgn saintisme.

Ciri org yg bertaqwa, salah satunya ialah beriman dgn alam ghaib.

Akal mesti selari dgn wahyu. Jgn dahulukan akal fikiran medahului Allah dan Rasul.

Tanda kiamat sudah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku.

Antaranya wujud ramai Ruwaibidhah, iaitu org yg tiada pengetahuan tentang sesuatu tapi sibuk bercakap tentang hal yg bukan dalam pengetahuannya. 

Ada beberapa teori berkenaan hari kiamat, tetapi teori Big Crunch adalah selari dgn apa yg tertulis di dalam Al-Quran.

Untuk bacaan lanjut teori Big Crunch boleh klik link ni:


Semoga yg sedikit ini bermanfaat.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



No comments: