...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, February 19, 2016

dua posen dua posen... eh dua puluh persen

al salam alaykum

Pagi td ada Session with MD. Kalau kampeni besar lain nama dia townhall. Hehehee

Makanya, MD kami bg briefing tentang keadaan kampeni, yg membawa kepada pemotongan waktu kerja dan jugak pemotongan gaji. Kami akan bekerja dari jam 8.00 am - 4.30 pm, dari Isnin ke Khamis, dan cuti pada hari Jumaat.

Cuti? 

Dan cuti itu membawa kepada pemotongan gaji sebanyak 20 persen... 

Utk org berkomitmen macam aku ni, mmg banyak la 20 persen tu. 

Skrg dh kena mula merancang perbelanjaan yg nak dipotong.

Nak kena cari kerja part time jugak.

Dan, selain daripada tu, ada juga bos memberitahu kami tentang projek-projek yg telah dapat tapi tak dapat dilaksanakan lagi oleh sbb kekangan kewangan, dan jugak projek-projek yg bakal dapat tapi tak tau lagi bila.

Dengar berita tu mmg positif, tapi tetap bermohon semoga positif ke akhirnya. Sbb bak kata bos sendiri, sekarang zaman orang simpan duit-duit sendiri, selamatkan diri sendiri, syarikat sendiri.

Industri minyak dan gas mungkin bakal mula pulih pada tahun 2018. 




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

julie shahril said...

bertabah lah. kalau aku nangis juga lah kena potong 20%.

Kay said...

sorang2 aku tabah, jgn mak ayah tanya, kengkawan tanya, mengalir jugak air mataku... stress!