...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, February 28, 2016

Dendam Manisa

Al salam alaykum

Sapa tengok? Aku jadi geram plak tengok drama ni. Sbb bila nak habis tu drama ni mcm jadi pelik plak. 

Semalam aku tertengok drama Dendam Manisa sbb mcm dah lama sgt tak tengok drama Melayu. Macam best je cite ni. Tapi aku tak tengok awal-awal la. Dah sampai masa Rosman (Fatah Amin) balik rumah dari oversea kot. Dia terserempak dgn Manisa depan pintu senyum-senyum macam jatuh cinta. 

Manisa ni org susah. Jaga nenek dia yg sakit. Kerja sbg orang gaji di rumah Rosman. Dan tiba-tiba bercinta dgn Rosman. Dah tentu la dihalang oleh famili  kan?

Mula-mula Rosman ni macam baik-baik aje budaknya. Ajak si Manisa nikah rahsia, tapi nikah di sempadan! Pelik dah kat situ. Kalau nak berahsia sekalipun, nikah kat Malaysia kan boleh? Bukannya Rosman ada isteri lain pun. Muslihat sungguh si Rosman ni. 

Akhirnya apabila si Manisa ni mengandung, barulah tembelang pecah. Rosman menikahi Manisa utk memuaskan nafsunya secara halal! Romeo rupanya Rosman ni! Gila ah! 

Nenek Manisa meninggal, selepas dapat tahu Manisa dah nikah dan mengandung, dan Rosman tanak bertanggungjawab. 

Maka tinggallah Manisa sendirian sampai melahirkan anak. Dengan sahabat baik dia berhijrah ke luar negara. Dengan suami yg ada tapi tanak mengaku anak. Pengasuh anak dia pun nak kena ikut suami berpindah. Kesian kan? Tapi tetap tabah. 

Sampailah suatu hari, ada wakil rumah kebajikan datang utk memberikan pertolongan dan tempat berteduh utk anaknya. Kat sini la pelik. Semasa sesi penerangan, pengurus tu mcm paksa-paksa plak utk Manisa letakkan anak di kat rumah kebajikan tu, kononnya utk memberikan kehidupan terbaik kpd anaknya. Tapi dia tak cerita details samada anak tu akan diberikan kpd org lain ke apa ke. Tapi lebih kpd kalau anak tu duduk situ, maka kehidupan anak tu terjamin dan Manisa boleh pergi bekerja tanpa memikirkan masalah anak. Akhirnya Manisa setuju dan kena tandatangan borang. 

Manisa bekerja dgn senang hati dan dalam masa yg sama menanggung rindu mengenangkan anak dia. Drama sangat ayat! Ada masa terluang, dia p ziarah anak dia. Tapi anak dia takde! Anak dia diserahkan pd keluarga angkat tanpa diberitahu. 

Dan di sinilah aku tak puas hati. Wujud ke rumah kebajikan yg sangat kejam macam tu? Si ibu kena tandatangan borang yg mengandungi klausa yg menyatakan ibu tiada hak ke atas anak tu selepas diletakkan di rumah kebajikan. Dan rumah kebajikan berhak nak buat apa saja terhadap anak tu tanpa kebenaran keluarga sebenar. Dan jugak, keluarga sebenar tiada hak utk mengetahui keluarga angkat anak tu. Undang-undang keluarga mana tu? Nama rumah kebajikan, tapi macam takde kebajikan pun. 

Kot ye pun nak bg penonton sedih dan kesian kat Manisa tu, janganlah tak logik sangat. Realistik la sikit. Pelik sangat ada rumah kebajikan macam tu. Tak pernah lg aku jumpa rumah kebajikan macam tu kat Malaysia ni. Ke memang ada? Sungguh tak berpengetahuan am aku ni.

Akhirnya, Manisa bekerja di pejabat Rosman. Dan dia pergi ke rumah Rosman, mendapati mama Rosman sakit. Ada la sesi minta maaf segalanya. Kiranya mama Rosman dan kakak dia ni insaf dah la. Mama dia kena strok kot. Tapi dah nama drama ni Dendam Manisa, mestilah dia berdendam kan? Dia bubuh racun dalam makanan mama dan kakak Rosman. Matilah mereka. 

Rosman balik, solat dan berdoa supaya dipertemukan dgn Manisa. Pastu ada sorg budak, anak Rosman. Aku pikir tu mungkin Rosman pun dah kawen lain. Tapi last-last tunjuk macam tu anak Rosman dan Manisa. 

Terima kasih kpd drama Dendam Manisa ni yg membuatkan saya berfikir panjang sampaikan pagi ni nak keluar pergi naik Bukit Dinding pun tergendala. Sbb tak habis diskas lg dgn kengkawan dalam grup wasap yg menjaga di rumah kebajikan dan yg bekerja sbg peguam. 

Kesimpulan/pengajaran drama ni:
1. Tak dapat pikir lagi. 
2. Fatah Amin mmg hensem. Dia berlakon dgn wanita yg lebih umur dr dia pun, nampak setara je. 
3. Adik Balqis, harap adik jangan cepat sgt dewasa ye!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


No comments: