...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, February 15, 2016

Birth of a Beauty... Pengajarannya ialah...


Al salam alaykum

21 episod, penat! Penat dgn orang jahat, muka baik, tapi jahat sangat!

Image result for birth of a beauty

Tapi banyak jugak la pengajarannya.

Yang pertama sekali, jangan nak hasad dengki nak berdendam nak busuk hati dgn orang lain. Nanti diri sendiri yg dapat susah. Buat baik dibalas baik, buat jahat akan dibalas jahat.

Sa Geun Ram ataupun Sara, sendiri rasa dia buat keputusan salah utk buat plastic surgery. Yg penting, kita kena sayang diri sendiri, lantak la orang nak kutuk kita gemuk ke apa ke. Janji happy. Tapi dah buat operation, apa nak kata. Ok la tu kan dah cantik.

Dia  buat plastic surgery pun sbb nak balas dendam kat suami dia dan aweks suami dia. Ye la, penat-penat ko tanggung laki ko sambung belajar, terkorban harta semua, suka-suka je suami dia ada perempuan lain pastu mintak cerai.

Image result for birth of a beauty

Macam Lee Kang Joon tu, aku tak sangka pun yg dia mmg jahat nak bunuh Sa Geum Ran. Aku mmg ingatkan Gyo Chae Yun yg jahat cuba bunuh Sa Geum Ran.

Tapi. ko jahat cemana sekalipun keluarga ko tetap ada utk bawak ko cari jalan pulang. Contohnya keluarga Lee Kang Joon la, sanggup mencemar duli mintak maaf kat Sa Geum Ran sbb nak mintak tarik balik report.

Jadinya, jagalah hati dan perasaan kedua ibu bapa kita, ko baik ke, ko jahat ke, ko senang ke, ko susah ke, famili kita akan sentiasa ada di sisi kita, utk membantu kita, utk menolong kita, membawa kita kembali ke jalan yg benar.

Lee Kang Joon plak, belajar tinggi sesaja je, tapi tak jadi orang pun. Oleh itu, setinggi mana pun ko belajar, kalau dah mazmumah banyak sgt dalam diri, mmg ko tak reti la nak timbang tara mana yg baik mana yg tidak.

Ni plak Han Min Hyuk, tertekan konon masa kecik dgn penghinaan nenek dia, jadi jahat jugak macam mak dia. Bukan nak sedarkan mak dia, tambah lagi jahat sbb nak rebut harta. Mak dia pun, bertambah menyokong la, sibuk nak rebut harta orang.


Director Kim, pekerja nenek Han Tae Hee, muka nampak takde perasaan, tapi jahat jugak tolong mak Han Min Hyuk bunuh mak ayah Han Tae Hee. Pastu, tolong Han Min Hyuk plak nak bunuh Han Tae Hee. Aku tak paham apa dendam dia dengan nenek Han Tae Hee tu.

Jadinya, berwaspadalah dgn orang yg muka takde perasaan, tapi kot-kot dalam hati penuh taman, tak pun penuh duri. Bahaya!

Apa lagi ye?

Lelaki, dia risau dia cakap je dia risau. Takde kona-kona. Pompuan plak, selagi boleh sorok, sorok je la jugak perasaan dia. Selagi boleh berlakon takde apa-apa, selagi tu la dia berlakon, konon dia jahat, takde perasaan, konon nak jaga hati semua pihak. Padahal, dub dab dub dab dalam hati tu.



Han Tae Hee kata,  kenangan yg indah akan membuatkan kehidupan lebih bermakna. Maka, ciptalah sebanyak-banyaknya kenangan indah. Bukan utk sesiapa, utk kita jugak kan?

Dan, jika kita meminta maaf, pohon la kemaafan dgn sebenar-benar keinsafan, bukan sbb nak jaga nama diri, nak jaga reputasi, ataupun maruah keluarga. Kalau macam tu, mmg sampai bila-bila pun ko takkan berubah. Yg ini merujuk kpd mak mertua Sa Geum Ran yg beriya mintak maaf sbb nak selamatkan Leee Kang Joon dari penjara. 

Yg akhir sekali, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh - Han Tae Hee & Sa Geum Ran.


Image result for birth of a beauty

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

whooz said...

saya suka lelaki tu berlakon! :D

Han Tae Hee (tak pernah pun ingat nama dia)

Kay said...

Tak suka dia, muka bersepah hahahaha (mcm selalu sgt dia berlakon)

nama dia ada sang woo sang woo gak