...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, February 12, 2016

Berita mana yg best didengar?

Al salam alaykum

Industri minyak dan gas sedang melalui fasa kemurungan. Dan kemurungan itu juga sampai ke syarikat kami makan gaji. 

Dalam ketidakpastian ini, pelbagai cerita kami dengar. Manakan nak pikir gaji Januari yg tak dibayar lagi, timbul lagi cerita lain. 

Mana satu yg best?
1. Gaji lambat
2. Bekerja 4 hari seminggu, dan gaji dipotong sehingga 20%. 
3. Diberi notis pemberhentian kerja seawal 3 bulan tanpa pampasan. 

Kami dah merasai yg nombor satu. Sedih sangat perasaan. Ramai sahabat-sahabat sepejabat mengambil keputusan utk tidak datang bekerja. Yelah, nak bayar minyak lagi, tol lagi. 

Yang nombor 2, banyak tu kena potong. Akan dilaksanakan mulai bulan Mac mungkin. Kena fikirkan pendapatan tambahan. Mungkin kerja separuh masa pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mungkin jadi cashier kat Jusco ataupun Giant. Jadi cikgu tuisyen, atau kerja di nurseri. Ataupun, aku kena dapatkan tauliah mengajar Al-Quran dari JAIS. 

Yang nombor 3, aku berdoa semoga kami tidak akan sampai ke tahap itu. Harap terus teguh. Tapi, aku dah banyak fikir, banyak menda yg terpaksa dilepaskan, trip-trip berjalan, mungkin juga En. Gojes terpaksa bertukar tangan, kalau tak dapat pekerjaan dalam kadar segera. 

Sambung belajar lagi? Pening pening pening. 

Dugaan dan cabaran. Hanya kepada Allah tempat kami mengadu. Hanya kepada Allah kami memohon pertolongan.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: