...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, February 02, 2016

Asam pedas ibu saya

Al salam alaykum

Aku lapar. Dalam bas ni. Tetiba teringat asam pedas mak aku. 

Siang tadi mak aku tanya nak makan ketam ke? Aku tanak. Tengok pakcik aji ada jual ikan pari. Aku nak makan ikan pari la. Mestilah kena masak asam pedas kan?

Kali pertama aku dengar ayah aku cakap asam pedas mak aku sedap. 

Good. Good. Good. Ayah aku kata. 

Dah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, barulah kali ni asam pedas mak aku menepati selera suaminya. 

Mak aku melawak. Susah sungguh nak masak asam pedas. Tu la, sapa suruh kahwin dgn org Terengganu. 

Ayah aku balas, sapa suruh awak terima saya. 

Hahaahaa. 

Bahagia perasaannya. 

Aku mmg tak reti masak asam pedas. Tapi asam pedas mmg kegemaran aku. 

Anak Terengganu yg mengikut ayahnya orang Johor. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

1 comment:

Restoran Asam Pedas said...

Salam, saya pakcik omar
saya kongsikan cerita ini kat blog saya ye...

ni link dia ;

http://restoranasampedassgbuloh.blogspot.my/2016/04/dalam-masa-admin-melayari-blog-blog.html