...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, February 22, 2016

All About My Mom dah habis!

Al salam alaykum

Aku tengok drama ni pun sbb Lee Sang Woo. Takde sbb lain pun. 

Tapi jalan cerita ni best, pengorbanan seorang ibu terhadap keluarganya. Bagaimana anak-anak selalu salah anggap terhadap apa jua tindakan ibu mereka, padahal semua ibu sayangkan anak-anak tak lebih tak kurang cuma bagaimana ia ditunjukkan.


Prihatin dan sayang terhadap anak sulung lain, yg no 2 lain, yg bongsu lain. Semua ada bahagian masing-masing. 

Kesian kat ibu dia sbb selalu dapat maki dari anak sulung dia. Tak paham aku apa la yg dia berdendam sgt kat ibu dia, padahal ibu dia sayang sangat kat dia. Kena air panas masa kecik, trauma, pastu ibu dia bg sepenuh kasih sayang kat dia kot. Bila dapat tahu ibu dia sakit kanser, barulah nak menyesal bagai. Mujurlah belum terlambat. Sempat nak bertaubat, sempat nak menceriakan hati ibu.

Yang anak nombor 2 plak, pompuan si Eugene tu jeles-jeles sbb perhatian ibu dia utk anak sulung je. Konon-konon lepas kahwin dgn Lee Sang Woo boleh la duduk jauh dari ibu, tak terseksa jiwa raga. Tap seksa jugak. Sbb mertua plak. Baru ko rasa! Hehehehe... Nasib baik Lee Sang Woo sayang isteri. Akhirnya, dia sedar peranan seorang ibu selepas dia melalui ranjau hidup alam perkahwinan dan disahkan mengandung. 

Yg bongsu biasalah manja manja gitu. Takde apa sgt nak cerita pasal si bongsu ni. Lepas berpisah dgn isteri dia, dia p duduk jauh dari famili, dan kembali semula selepas si isteri beritahu pasal kesihatan ibu dia.


Cerita ni ada 54 episod, tak semua episod aku tengok, sbb kalau ko tertinggal cerita ni sebulan pun (8 episod) ko masih boleh tangkap apa yg berlaku. Hehehe

Lagi plak aku tengok sbb nak tgk Lee Sang Woo kan?

Tapi dh 2 drama Lee Sang Woo berlakon acah baik-baik je, cool je... Takde ke cite ala-ala Feast of the God yg jiwanya memberontak.

Episod-episod yg sedih bila sorang-sorang dapat tahu ibu diorang ada penyakit kanser tapi yg last sekali dapat tahu anak sulung dia. Yang pertama dapat tau tentulah Lee Sang Woo! Prihatin sungguh dia dgn ibu mertua dia. Sedih sangat! Dalam saat-saat terakhir tu bagaimana setiap ahli keluarga cuba utk merealisasikan apa impian dan kehendak ibu diorang.


Tapi bila menonton episod 53, bila penyakit ibu diorg dikatakan ada improvement teringt plak cite Reply 1997. Dalam cite Reply 1997 tu seorang isteri telefon penulis drama mintak tukar skrip jadi bahagia skit utk pesakit kanser, takkan la dapat kanser terus melarat takde semangat hidup. 

Macam ni jugak la cite All About My Mom ni. Dalam kata melarat-larat jangka hayat nak berakhir dah tapi tetiba kata ada improvement dan menambahkan lagi jangka hayat si pesakit. Tapi sebenarnya sekejap je, Im San Ok mati juga dalam tidur selepas impian dia nak pakai gaun pengantin tercapai. Sedih sedih.

source: http://www.hancinema.net/photos/fullsizephoto687628.jpg

Tapi spoil tengok, lepas San Ok meninggal, setahun kemudian, suami dia sibuk jaga cucu-cucu, cadar katil sama, langsir sama. Takkan la setahun pun masih sama! Kih kih kih

Buat kita semua, hargailah ibu kita selagi hayat mereka masih ada. Yg jauh di mata, selalulah telefon bertanya khabar, dan baliklah kampung menjenguk mereka, jika mampu, dan sentiasa titipkan doa kpd Yang Maha Esa. Yang dekat di mata pula, pun selalulah menolong mereka, biarkan mereka berehat dari kerja-kerja rumah yg memenatkan. Buat mereka yg tiada, sampaikanlah salam dan doa kita semoga mereka sejahtera di sana.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

1 comment:

kay dolce said...

Assalamualaikum Kay! (nama sama plak kan)

Dah habis cerita ni rupanya. Saya pon layan sekejap-sekejap sebab kadang tu stress dengan perangai anak-anak dia. Tapi pada saya ni antara drama Korea yang menginsafkan, selalu teringat nak telepon mak lepas tengok!