...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, January 23, 2016

School 2013

Al salam alaykum

Semenjak sewa rumah lain ni, asyik tengok Korea kat tv je... KBS World ada tayangkan ulangan School 2013. Sebelum ni aku tengok sbb tengah gilakan Lee Jong Suk, tapi kali ni mmg aku tengok sbb aku nak fahamkan lagi jalan cerita dia.

Image result for school 2013

School 2013 memang berkisar kpd persahabatan yg erat di kalangan pelajar-pelajar kelas 2-2. Di samping, banyaklah jugak konflik antara cikgu dan cikgu sendiri, cikgu dan pelajar, ibubapa dan cikgu, ibu dan anak, dan jugak antara pelajar sendiri.

Image result for school 2013

Konflik antara pelajar sudah semestinya persahabatan erat Ko Nam Sun dan Park Heung Su, dan juga geng tiga mafia, Oh Jung Ho, Lee Yik Kyung dan Lee Ji Hun. Dan, konflik-konflik kecil di antara pelajar-pelajar perempuan yg sentiasa berusaha utk meningkatkan GPA sendiri, dan mengkhianati sahabat mereka yg lain.

Image result for school 2013

Selepas pengakhiran episod, sebenarnya School 2013 ni lebih menjurus kepada watak Oh Jung Ho, seorang pelajar yg sering mencetuskan kekecohan dan pergaduhan di sekolah. Watak Ko Nam Sum dan Park Heung Su macam watak sampingan je sebenarnya.

Image result for school 2013

Sedih tengok episod akhir bila Cikgu Jeong In Jae menunggu Oh Jung Ho datang ke kelas sebelum kelas berakhir. Tapi Oh Jung Ho tak datang-datang. Dia tak datang sbb dia bekerja utk menyara dirinya dan ayahnya.

Image result for school 2013

Kenapa mereka semua ni terlibat dgn gangstarisme? Kurang kasih sayang di rumah, punca utama. Yang lain-lain, cuma terikut-ikut je. Ye la, bila ada ketua, mestilah ada pengikut, kang syok sendiri plak namanya.

Ok, puas sbb dapat menghayati drama School 2013 dgn sebenar-benarnya. Tapi, jeling-jeling jugak Lee Jong Suk yg comel dalam drama ni.. Ngeh ngeh ngeh

p/s: image, semua hasil carian di google

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: