...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, January 28, 2016

Sampingan

Al salam alaykum

Tetiba aku jual shawl! Hehehe. 

Tatau la ni berapa lama bertahan. Ini pun bermusim kan? Memandangkan bisnes tudung syria dulu pun menemui kerugian. Jual telekung pun suam-suam kuku. Jadi agen dropship utk seaweed pun dh berkubur. Jual minyak wangi tanpa alkohol yg glamer dulu kala pun tatau mana pergi untungnya. Apatah lagi jualan langsung seperti Tupperware, Hai-O dan Zhulian. Heheheehe

Kadang terpikir aku ni takleh menjual. Samada aku nanti kesian kat orang yg nak membeli, ataupun aku paksa orang beli. 

Paksa orang beli?

Ye, aku tatau la paksaan ataupun tak. Tapi aku tolong Husna jual kerepek dia kat ofis aku. Husna cakap sekejap je aku jual habis. Mana tak sekejap, org nak beli sebungkus, aku pujuk amik dua. Org kata nak amik esok, aku suh amik terus. Jangan bertangguh-tangguh. Bila org tanya, wajib beli ke? Ye la, tak wajib pun, tapi kang tgk orang makan, tak terliur? 

Penin tak?

Kalau ingt balik, masa zaman U dulu pun, kalau ada aktiviti yg memerlukan peserta, aku la dpt peserta paling ramai. Dasar memaksa ataupun memujuk dgn jayanya?

Aku beli shawl nak letak kat sekolah Nisa  sebenarnya. Padanlah dgn harga utk budak sekolah. Tapi dia cakap, warden dah tak bg bisnes, haroommmm! Aduhai! Mana nak jual ni? Kat sekolah kakngah plak, dia ckp kawan-kawan dia suka p cari sendiri kat jalan TAR. 

Aku cuba la dulu letak kat ofis. Kat ofis aku ni, kalau nak jual tudung, harga takleh lebih dari RM 15 sehelai. Mujurlah dapat harga ok, boleh la jual murah. Kalu tak laku, aku tolak harga modal je la nanti kat adik-adik aku. 

Strategi aku, kalau beli 5 helai ke atas, aku bagi harga murah-murah. Yelah, dapat pun murah, jual murah dah la. Tak pandai la aku nak jual mahal sgt. Kang timbul ayat "cari kat Jalan TAR boleh murah lg ni". Heheheeh. Dan boleh bayar bila dapat gaji yg kami tatau bila tu. Sob sob sob. Jadinya diorg kumpul order ramai-ramai. Laku la 5 helai. Alhamdulillah. 

Dan, ada sorg staf ni rupanya teringin nak beli. Tapi dia segan nak share dgn kengkawan yg lain. Itu yg timbul kesian dan jugak mungkin paksaan dari aku hehehe, nah amik la aku bg harga kat ko sama utk beli 5 helai. Ko bawak balik dulu kot nak matching dgn baju-baju ko tu, nanti bitau berapa nak amik. 3 helai tudung dia bawak balik, 3 helai tu la dia kompem nak beli. 

Ada lagi 10 helai ni. Mana aku nak p jual pun tatau ni. Kalau berminat, bitau la. Tudung tu oblong style, panjang standard, tak jarang kalau lilit bertindih so takyah pakai inner, labuh tutup dada. Warna? Sapa kenal aku tau la aku cemana, warnanya mendung-mendung je, aku suka. Tapi sebenarnya dia jadi nampak mendung sbb tudung tu tudung benang hitam.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

whooz said...

kay mana gambarnye? jual apa ni nak suruh orang dok bayangkan tudung tu macam mana :P. kosong ke bercorak?

Kay said...

Hahaah. Lupa cakap kosong. Dah tinggal 5 helai, mintak adik ipar jual kat sekolah dia. Kalau CNY nanti ada lg, kat wasap Huz.