...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, January 24, 2016

Mesra

Al salam alaykum

Dulu-dulu, aku kisah jgk kalau budak susah nak mesra. 

Tapi skrg, aku tak kisah. Jadi kisah plak kalau budak senang nak mesra dan nak rapat dgn org lain lebih-lebih lg dgn org tak dikenali. 

Tadi, Ammar berjalan berpimpin tangan dgn salesgirl kat supermarket nak cari barang yg dia nak. Ammar mmg mudah mesra alam. Bukanlah kata tak percaya kat salesgirl tu, tapi berhati-hati. Abah ibu dia pun mengekor dgn mata, dan aku pun ikut dari belakang.

Keluar dari pasaraya, aku tanya Ammar, Ammar tak takut ke kalau kakak tu culik Ammar, bawak Ammar lari. Ammar tengok aku pelik. Kabur-kabur agaknya kenapa aku tanya cam tu. Tapi dia tak jawab. Macam tengah imagine kena bawak lari kot. 

Anak-anak saudara aku ni kebanyakannya mmg mudah mesra dengan orang lain. Walaupun kadang-kadang takde prasangka buruk-buruk, tapi bahaya tetap ada. Sekarang macam-macam perkara terjadi. 

Sebab tu aku pun tak kisah kalau jumpa budak-budak, kalau dia tunjuk muka takut kat aku, aku tak kisah. Aku pun bimbang jugak, takut org umpan kita dgn budak-budak mesra ni. 

Ada rakan seofis bawak anak ke ofis. Agaknya dah bosan, dia ajak sesapa je jalan-jalan kat bawah. Takpe la tinggalkan ibu pun, biar dia je nak berjalan. Budak tu umur 4 tahun. Bahaya sungguh. 

Mesra sangat pun susah, tak mesra pun susah. 

Walau apapun, jangan selalu tunjukkan muka prasangka. Ekori anak-anak kita. Pimpin sentiasa tangan mereka. Lepas bebas macamana pun, ekori dengan mata, jangan kita plak alpa. Sedar-sedar, anak-anak hilang mengikut orang lain. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: