...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, January 14, 2016

Membimbing

Al salam alaykum

Semalam tengok drama Melayu kat TV3. Ada adegan yg si lelaki memohon utk membimbing si wanita menuju jalan Allah.

Si lelaki menekankan kpd wanita bahawa dia akan menanggung segala dosa si isteri apabila mereka berkahwin. Maka, dia ingin membimbing si wanita, menutup aurat, bersolat, supaya si suami tidak masuk neraka.

Ada pengajaran di situ. 

Tetapi sebelum si wanita berkahwin dgn si lelaki, bagaimana pula dengan ayah kita? 

Ada terbaca kat fb, tentang hal ni, ramai yg menyuarakan pendapat, mungkin hidayah utk berubah sampai melalui sang suami. 

Tetapi, hidayah perlu dicari, bukan perlu dinanti. Hidayah perlu diseru, bukan ditunggu.

Maka, bermulalah kita dgn perkara kecil-kecil dahulu, walaupun dengan rasa keterpaksaan. InsyaAllah, dgn mula-mula rasa terpaksa itu, lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan dan seterusnya niat akan menjadi Lillahi Taala.

Tazkirah yg pendek ini utk diri saya sendiri khususnya dan ahli keluarga, sahabat-sahabat, dan pembaca-pembaca sekalian.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: