...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, January 21, 2016

Makan-makan di Bangi dalam masa 5 jam

Al salam alaykum

Hari Ahad, kami ada meeting utk trip seterusnya. Meeting jam 3.30 petang, kami berpisah jam 9 malam... 

Meeting kat Pizza San Francisco, Bangi... Minum air kedondong asam boi takde gula... Sedap wehh!

Makan? Aku tak order makan, tumpang makan roti Athirah je, pastu spaghetti kakak sayam... Berjam-jam meeting kat sini, tapi tak makan... 

Sebab utama, nak berpindah ke sebelah! Hahahaha

Ke mana? 

Fizomawar Kitchen la...

Macam-macam kan dengar cerita pasal Fizomawar ni... Terima kasih kpd gosip dan segala viral, dan rezeki jugak la nampak pengacara kesukaan, Abu Talib. Kecik molek je orangnya...

Dalam jam 6.00 petang, kami keluar dari San Francisco Pizza ke Fizomawar. Sebelah je kot!

Duduk dalam ruang aircond, dan menu pun sampai.


Antara menu yg ada

Barisan nasi yg ada

Barisan mee yg ada

Adik aku beli yg bentuk ikan tu kat Hatyai, RM 2.00

Air sedap-sedap

Aku order pad Thai, yg lain nak makan mee sup. Jadi diorg order, Nam Sai. Tapi Nam Sai dah habis, tukar order Nam Kun. Selang beberapa minit, pelayan datang cakap Nam Kun kuah rosak, so takde la jadinya...

Makanan sampai dulu, tak lama pun, tak sempat nak ulas topik yg dibualkan, makanan dah sampai. Sungguh cepat!

Lupa nama, tapi ni kiranya nasi ayam kuning la kat Thailand, sedap weh!

Ayam bijan, sedap gak, walaupun nampak biasa je

Roti Stereng... mmg terbaik sungguh! Pakej lengkap!

Roti Stereng ni Miza, Nurul dan Adeq order... Miza dan Nurul makan separuh dah kenyang... Aku la habiskan, sedap sungguh!

Gambo Pad Thai takde! Lupa... Tapi bagi aku Pad Thai dia biasa je, portion pun kecik. Tapi sohabat gegadis cakap sedap jugak! Dan, aku habiskan Pad Thai Athirah punya...

Kuat makan sungguh hari tu... Kot sbb pagi dah banyak bakar kalori kot! Tapi, sampai hari ni berat naik lagi :(

Ini paling terbaik! Air banyak, pastu sedap plak! Cha Yen je pun 

Harga makanan mampu makan, takde GST. Alhamdulillah.

Kemudian, selepas maghrib, nak meraikan ulangtahun kelahiran ahli Gadis Semasa, Cik Eein yg comel, kami berpindah ke Little White Cafe, Bangi.

Cantik kafe ni, deco ala-ala omputis. 


Ini ubat pun jadi hiasan

Order air dan kek saja. Air Hot Lemon Tea. Tapi Lemon tu jus perisa lemon. Sadis jugak la.

Kami order Kek Baldu Merah, Kek Keju, Kek Lobak dan jugak Pavlova.

Utk pencinta kek macam aku, semua sedap. Tapi yg Baldu Merah tu paling sedap yg Miza buat la, cuma skrg dia tutup kedai, bila boleh order lagi tatau la... Semoga Miza terbuka hatinya nak bukak kedai semula.

Aku tapau Kek Baldu Merah, sebab dapat half price kalau take away sebab Isnin cafe ni tutup.

Yang diraikan.

Semoga terus menjadi umat Rasullullah yg cemerlang, gemilang dan terbilang!


Yang meraikan dan diraikan

Teringat-ingat lagi kek keju Little White Cafe yg sedap ni!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

3 comments:

gerbera said...

Bekas air tu kat floating market hatyai, Just tambah +-50sen.

Kay said...

Ooo, adik aku minum kat kedai makan...

whooz said...

roti tu walau dah sejuk masih lembut kan. sedap