...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, January 08, 2016

Lembaga Muzium & Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang

Al salam alaykum

Yg ada dalam itinerary kami ialah Trick Art Museum la, Food Museum la, semua yg nak kena bayar RM 15.00 seorang...

Trick Art Museum tu aku tak berminat, sbb dah pernah pergi kat I-City, lukisan sama je mana-mana Trick Art & 3D Museum... yg Food Museum tu plak, replika makanan je...


Jadinya, marilah kita ke Muzium Pulau Pinang... tapi kami salah tempat, yg kami sampai Lembaga Muzium Pulau Pinang... Alang dah sampai, boleh je masuk, masuk je la

Bangunan lama tapi cantik

Muzium Pulau Pinang terletak di Lebuh Fuqahar. Yg kami pergi ni lebih kepada pameran seni, arca dan lukisan kreatif. Apa yg kita buang, mereka jadikan ia sebuah karya yg menarik! Kagum kagum

Era Coca Cola

Setiap pameran seni dan lukisan ada harganya

Menyerupai tidak?

tak silap aku sekeping lukisan ni RM 700.00

Apa yg korang nampak?

Kambing? Eh, macam terbalik je gambo ni

Ini habis segala tulang ayam ikan digunakan semula



Apa yg kita mahu pelajari?

Pertahanan diri

Apa ada kat dalam ruang pameran ni?

Ok, ukiran cinta di jiwa

For her and for him

Tajuk sebenar arca di atas

Negaraku!

Tinggalkan komen anda di sini!

Kagum dgn hasil usaha seni mereka semua! AKu mmg tak dapat la nak berfikir nak hasilkan karya yg sebegitu rupa! 





:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Kayzem said...

nk bawak iman mai la.. haha org duk penang pun tak tau ni

Kay said...

Kaklong mmg suka masuk muzium... sbb best, dari situ la nak belajar tentang sesuatu tempat... tapi muzium yg betul muzium la, bkn yg hispter2 punya

Kot Iman suka, terinspirasi kan? CUba la bawak