...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, January 16, 2016

Lava Molten Chocolate

Al salam alaykum

Dah lama teringin nak buat, tapi jadi arang... Hahahaha

Mungkin bekas yg digunakan tak bersesuaian

AKu pergi Daiso, eh jumpa ramekin. Beli satu

Maka mari kita bereksperimen




Resipi:

2 sudu butter + 80g coklat masakan = cairkan atas api
Masukkan 2 sudu gula, sebiji telur yg dipukul sikit, 1 sudu teh vanilla, dan 2 sudu besar tepung... gaul sebati

Tuangkan dalam bekas ramekin, dan bakar selama 10 minit, 220 deg C


Tada!


Ada aiskrim sedap ni

Adunan tak berapa naik cair, jadinya isi dalam kental jugak la, tapi sungguh la sedap! Kalau ada aiskrim magnum ni, lagi laa syurga kot rasanya

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

6 comments:

whooz said...

kat Daiso berapa harga remekin tu kay?

Kay said...

Huzz... namanya Daiso, RM 5.30 la

whooz said...

Ooo Rm5 jugak eh. Daiso tu ade jugak barang yang harga bukan rm5 :D.

ok, tq

Kay said...

Serius ke Huzz? Tak pernah jumpa weh harga selain RM 5.30... Kat pintu masuk pun tulis RM 5.30

whooz said...

ade kay. kat Daiso The Mines. Yang mana harga bukan Rm5 dorang ade letak harga tu. Tapi tak taula kot sekarang semua barang rm5. Last Huzz pergi time pregnantkan Hanaan :)

Kay said...

Ooo, nanti nak p tgk kat Daiso sini... Thanks 4 d info