...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, January 05, 2016

JJCM di Utara - Perak dan Penang je pun heheehe

Al salam alaykum

Ke Utara, namanya trip budak USM...

01/01/2016 - Hari Pertama

Memula singgah Ipoh nak makan Mee Kicap sedap kat stadium, tapi tutup plak Tahun Baru ni... Makan kat gerai lain, sedap juga... Alhamdulillah

Bersama minuman kegemaran, teh o ais limau

Kemudian. makan tengahari + minum petang, di Padang Brown, Penang.

Cari Ghani Penang Famous Pasembur...

Pilih! Pilih!

RM 38.00

Licin! Alhamdulillah, sedap!

Jangan lupa cari ni ye!

Malamnya, kecewa tak dapat parking di Pesta Penang, kami beratur kat Nasi Kandar Beratur. Kami sampai 9.45 malam, diorang sedang susun meja, orang beratur pun dah panjang... 2 org beratur, 2 org lg cop meja...

Beratur dengan penuh kesabaran

Pilihan lauk yg ada

RM 8.00 tanpa air

Tapi bagi aku nasi kandar ni biasa je, sedap tapi biasa je la... Pastu frust jugak la, aku nak order air, dia cakap order kat meja... Takde pun orang datang amik order air kat meja... Nasib baik tak tercekik...

02/01/2016 - Hari Kedua

Sarapan pagi kami di Jalan Transfer, dari hotel bajet kami dalam 350m je.. Jadinya jalan kaki je la... Korang boleh guna Google Map dan cari Transfer Road Famous Tea Stall, insyaAllah ia akan membawa ke tempat yg benarrrr!

Jalan terus lagi

Inilah tempatnya!

Roti canai banjir lauk ayam dan daging... total ayam 1 + daging 3 ialah RM 22.00

Banyak kalori tu Kay! Tak kisah la, sedap ni! Sungguh!

Kami makan tengahari pada hari kedua di Padang Kota Lama, mencari Mee Sotong yg sedap itu...


Sampai Padang Kota Lama, pergi ke arah Fort Cornwallis, dan cari The Esplanade Park, dan seterusnya masuk ke dalam dan tengok-tengok la ada tak orang beratur...

Beratur la kita kat gerai Hameed 'Pata' Special Mee

Antara menu yg ada

Ini dia, Mee Goreng Sotong! RM 5.00 sepinggan... tak cukup tau!

Coconut shake RM 4.00, sebelah gerai Mee Sotong ni...

Malamnya kami singgah di Pesta Pulau Pinang, dan aku jumpa aiskrim kelapa + pulut... sedap! Asli dari Thailand... Tapi Pesta Pulau Pinang dah habis, tatau la ada kat mana plak aiskrim sangpulutkaya ni dijual kan!

RM 5.00

Keluar dari Pesta Penang, kami menjamu selera di Jeff Char Koay Teow, Sungai Dua, Penang... Gerai dia ni dekat dengan USM Minden... Banyak blog cakap memang sedap sangat Char Koay Teow ni, moh la kita cuba...

RM 4.00 @ RM 5.00, tak ingat plak

Tapinya, bagi aku biasa-biasa je... Alhamdulillah, dapat jugak merasa...

03/01/2016 - Hari Terakhir

Kami sarapan pagi kat Gelugor... Cari Astaka Taman Tun Sardon, mmg ada dalam Google Map... Kat sini orang kata semua menda sedap! Kalau gitu, kita cari yg kira jarang jumpa la kan?

Kena beratur jugak tau! Panjang jugak...

 Aku tak pernah makan, mmg sedap! Kuih Serabai Istimewa nama dia... RM 0.70 sebiji

Roti kelapa, RM 2.00 sekeping, sedap!

Nasi lemuni, lauk daging sekeping :-)), RM 1.50 sebungkus

Kami tapau kuih Serabai utk makan dalam perjalanan... Jom balik KL!

Kami singgah di Changkat Jering, nak makan Mee Udang sedap banget katanya! Seperti biasa, Google Map akan membawa ke jalan yg benar, iaitu Restoran Mee Udang Nur Zetty.

Ini restorannya!

RM 8.50, Mee Udang biasa

Alhamdulillah, memang sedap kuahnya... cuma bagi aku harganya agak mahal sbb udang 3 ekor je... Biasa makan mee udang yg terkenal di Kuala Sepetang dgn harga yg lebih kurang dapat udang 5-6 ekor... Tambahan plak udang tak berapa nak segar... Tapi sbb kuah sedap, kosong mangkuk! Alhamdulillah...


Sebelum balik ke KL, singgah Kuala Kangsar. cari Medan Cendol dan Laksa Kuala Kangsar. Tempat baru ni kot, seingat aku 10-11 tahun lepas tak plak ku jumpa...

Masuk ke Medan, tercangak-cangak tatau nak makan yg mana satu... Menu sama je. Laksa, Cendol, Pasembor, Rojak dan Mee Rebus... Hampir kebanyakan gerai...


Tatau nak duduk kat gerai mana, kami pilih je Gerai No 7.

Cendol dan ABC, RM 2.00 semangkuk, sedap...

Laksa takde telur RM 2.50

Mee Rebus, RM 3.50

Bagi aku, laksa dan mee rebus ni biasa je... Cari dalam blog pun tak jumpa review yg kata mmg terbest! Salah gerai tatau la kot...

Dah tamat JJCM di Utara, bila lagi nak sampai, hanya Allah yg menentukan...


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

7 comments:

julie shahril said...

ni memang betul2 trip jalan2 untuk makan.

whooz said...

aku baca pun aku rasa dah kenyang la kay :D

Kay said...

Julie: Trip terjah USM namanya, sampingan je makan2 tu eheheehe
Huz: itu baru baca, belum tgk aku makan lagi, terus join sekali eehehe

muslimah rempit said...

kay, laksa paling sedap kat kuala kangsar tu namanya laksa pak ngah... tak ada kat medan tu, dia buka pakai gerai lori tu... banyak cawangan merata pekan kole tu...

memang tak berbaloi makan kat medan tu.. mahai dan sikit kikiki

Kay said...

Kak So: Waahhhh! takpe la, insyaALlah mungkin ada lain kali lagi sampai ke Kuala Kangsor tu, akan ku cari Laksa Pak Ngah... Thanx Kak So

Kayzem said...

taman tun saadon dekat dah tu ngan rumah k ma. mai lagi buzz buzz tau!

Kay said...

Kak Ma: Member ajak tgk diorg berlari nanti bulan 4, insyaALlah sampai lagi Kaklong buzz Kak Ma