...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, January 09, 2016

Haji

Al salam alaykum

Belum dapat panggilan haji. Tapi pergi kursus haji. Ni pun dah 3 minggu ponteng. 

Kak Fadz ckp Tabung Haji Kulim terangkan kat dia kalau takde mahram boleh la ajak kawan perempuan lain buat rayuan haji sama-sama utk pergi haji. 

Aku pelik la kejap. Sbb last sekali kalau takde mahram, wanita umur 45 tahun ke atas boleh la menunaikan haji tanpa mahram. 

Tadi, personally tanya ustaz selepas kursus. Ustaz cakap, iye mmg betul, kan ada dah bincang masa minggu pertama. Aku terdiam, tak pergi kursus gitu la. Heheeh

Ustaz kata: Bg sesiapa wanita bujang yg tiada mahram dan ingin menunaikan haji, cari 2 sahabat wanita yg tsiqah dan buat rayuan ke tabung haji utk menunaikan haji bersama2. 

Nak details cemana yg dikatakan tiada mahram tu, boleh la rujuk kpd pihak Tabung Haji.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: