...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, January 15, 2016

Bukit Bendera @ Penang Hill

Al salam alaykum

Pernah belajar kat Penang, tapi Bukit Bendera tak sampai... Gelakkan dia! Hahahaha

Tak kata sesapa, kata diri sendiri

Hari Sabtu, ramai orang



Parking penuh, makanya turunkan dua orang utk beratur beli tiket... Dan dua orang lagi pergi cari paking


Kalau ke Penang tak naik Bukit Bendera, tak ke Penang namanya!

Tinggi Bukit Bendera ni ialah 833m dari aras laut. Selain dari menyaksikan panorama yg indah dari puncak Bukit Bendera, macam-macam lagi yg menarik yg ada di sana. 

Meh kita saksikan!


Harga tiket RM 10.00 utk pemegang mykad. Tapi kalau student, dapat la murah. 


Nak boleh naik kereta kabel tu, adalah sejam jugak beratur... Ramai orang, ramai pelawat dari luar negara pun ye jugak


Dapat naik kereta kabel, tapi salah amik koc tengah. Sepatutnya naik koc depan sekali, barulah best. Barulah rasa bergegar tak organ dalaman. 

Jumpa lagi balik nanti ye



Kami dibawa sampai ke stesen atas sekali. Kak Awin cakap, dulu-dulu boleh singgah di Lower Station. Tapi skrg takde.

Pulau Pinang, sayup mata memandang

Kepesatan pembangunan

Boleh la kalau nak mengintai jauh-jauh

Ni kalau nak jalan-jalan ke bawah skit

Dek pemandangan

Apa yg korang nampak dari atas bukit ni ialah seperti gambar di atas


Dan orang semakin ramai


Maka aku teruskan perjalanan sehingga ke puncak. 

Apa ada di puncak?


Ada mangga cinta!



Penting sangat ke mangga cinta ni? Pelik-pelik la manusia skrg ni

Ada Muzium Burung Hantu, tapi aku tak masuk pun

Ada masjid


Ada jugak meriam yg berusia 250 tahun, tapi aku tak dapat amik gambar sbb terlalu ramai orang kat situ. Lama plak tu masing-masing berposing. Geram saya! hahahaha

Nak bergambar dengan burung kakak tua? Silakan!


atas tu boleh lepak-lepak

Marilah kita turun, kali ni aku duduk coach depan sekali, berebut dgn pelancong Indonesia... Minggir! Minggir!


video
Kurasakan roller coaster!



Alhamdulillah, sampai ke bawah. Aku sempat beli souvenir iaitu T-shirt kat sini utk anak-anak sedara. RM 5.00 sehelai! Wajiblah beli, mana nak dapat!



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: