...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, January 31, 2016

Sepetang di Bukit Pelindung

Al salam alaykum

Hajatnya nak naik Bukit Panorama, tapi Fidah baru je ke Sungai Lembing minggu lepas. So kami naik Bukit Pelindung, jalan atas tar sekejap pastu masuk hutan lalu trail basikal lasak.


Tapi masuk hutan pun sekejap je, masa tu dah 6.30 petang. Jadi lambat sampai sbb Kuantan jem sangat. 



Kalau trekking kat Bukit Pelindung ni, trail akan menghala ke Pantai Teluk Chempedak. Tapi kami tak buat la, nak kena ada orang tunggu kat pantai la. Kalau tak kena mendaki patah balik ke Bukit Pelindung. 


Dalam hutan simpan ni banyak lg pokok-pokok sebesar pemeluk. Tak sempat nak explore. Lain kali datang lagi kena bawak kete tunggu sebelah pantai baru la best. 


Dah maghrib, ramai lagi kat atas. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, January 30, 2016

Kuih Beka

Al salam alaykum

Aku sorg-sorg kat rumah mak ayah aku ni. Mak ayah aku sibuk plak hari ni. Tapi mmg ajaib sekali la, tak pernah pun rasa sunyi. Aku takde hal pun tinggal sengsorang cenggini. Lupa segala masalah yg melanda. Kalau kat Kuantan la. Kalau kat KL mau mati kutu. Hahahaa

Sebelum mak ayah aku kuar tadi, aku nampak kelapa banyak. Aku pun cakap kat mak aku, jom la buat kuih beka. Tak terpikir langsung pasal acuan. Hahaha. Nasib baik mak aku ada acuan bahulu cermai. Ok la tu. Cuma kecik la kan. Ayah aku parut kelapa siap-siap. Sebab aku takut nak guna mesin parut kelapa tu. Fobia tengok kelapa tercampak. Heheeh. 

Resipi mak aku:
Kelapa parut bahagian putih je 2 cawan
Tepung pulut 1 cawan
Telur sebiji
Garam dan gula secukup rasa
Air sedikit

Campur semua bahan. Nak manis, tambahkan gula lagi, nak lemak-lemak, lebihkan garam skit. Kalau adunan pekat sangat, tambah air skit. Kena pandai agak-agak. Kalau suka lebihkan kelapa. Barulah betul kuih beka. 


Lengserkan minyak dalam acuan. Panaskan acuan atas dapur. Bila betul-betul panas, masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan-tekan bg padat skit. 



Bakar dalam oven suhu 170 deg C, dlm 10-15 minit pakai api atas bawah, dan lagi 3-5 minit pakai api atas je. Tengok la bahagian bawah dah kuning-kuning, atas pun dah kuning-kuning, masak la tu. 


Tadaaa! Jom makan. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, January 28, 2016

Sampingan

Al salam alaykum

Tetiba aku jual shawl! Hehehe. 

Tatau la ni berapa lama bertahan. Ini pun bermusim kan? Memandangkan bisnes tudung syria dulu pun menemui kerugian. Jual telekung pun suam-suam kuku. Jadi agen dropship utk seaweed pun dh berkubur. Jual minyak wangi tanpa alkohol yg glamer dulu kala pun tatau mana pergi untungnya. Apatah lagi jualan langsung seperti Tupperware, Hai-O dan Zhulian. Heheheehe

Kadang terpikir aku ni takleh menjual. Samada aku nanti kesian kat orang yg nak membeli, ataupun aku paksa orang beli. 

Paksa orang beli?

Ye, aku tatau la paksaan ataupun tak. Tapi aku tolong Husna jual kerepek dia kat ofis aku. Husna cakap sekejap je aku jual habis. Mana tak sekejap, org nak beli sebungkus, aku pujuk amik dua. Org kata nak amik esok, aku suh amik terus. Jangan bertangguh-tangguh. Bila org tanya, wajib beli ke? Ye la, tak wajib pun, tapi kang tgk orang makan, tak terliur? 

Penin tak?

Kalau ingt balik, masa zaman U dulu pun, kalau ada aktiviti yg memerlukan peserta, aku la dpt peserta paling ramai. Dasar memaksa ataupun memujuk dgn jayanya?

Aku beli shawl nak letak kat sekolah Nisa  sebenarnya. Padanlah dgn harga utk budak sekolah. Tapi dia cakap, warden dah tak bg bisnes, haroommmm! Aduhai! Mana nak jual ni? Kat sekolah kakngah plak, dia ckp kawan-kawan dia suka p cari sendiri kat jalan TAR. 

Aku cuba la dulu letak kat ofis. Kat ofis aku ni, kalau nak jual tudung, harga takleh lebih dari RM 15 sehelai. Mujurlah dapat harga ok, boleh la jual murah. Kalu tak laku, aku tolak harga modal je la nanti kat adik-adik aku. 

Strategi aku, kalau beli 5 helai ke atas, aku bagi harga murah-murah. Yelah, dapat pun murah, jual murah dah la. Tak pandai la aku nak jual mahal sgt. Kang timbul ayat "cari kat Jalan TAR boleh murah lg ni". Heheheeh. Dan boleh bayar bila dapat gaji yg kami tatau bila tu. Sob sob sob. Jadinya diorg kumpul order ramai-ramai. Laku la 5 helai. Alhamdulillah. 

Dan, ada sorg staf ni rupanya teringin nak beli. Tapi dia segan nak share dgn kengkawan yg lain. Itu yg timbul kesian dan jugak mungkin paksaan dari aku hehehe, nah amik la aku bg harga kat ko sama utk beli 5 helai. Ko bawak balik dulu kot nak matching dgn baju-baju ko tu, nanti bitau berapa nak amik. 3 helai tudung dia bawak balik, 3 helai tu la dia kompem nak beli. 

Ada lagi 10 helai ni. Mana aku nak p jual pun tatau ni. Kalau berminat, bitau la. Tudung tu oblong style, panjang standard, tak jarang kalau lilit bertindih so takyah pakai inner, labuh tutup dada. Warna? Sapa kenal aku tau la aku cemana, warnanya mendung-mendung je, aku suka. Tapi sebenarnya dia jadi nampak mendung sbb tudung tu tudung benang hitam.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, January 27, 2016

Tuesday, January 26, 2016

Tidak ketahuan

Al salam alaykum

Situasi tak ketahuan. 

Mujur juga aku nekad sesaat utk tidak membeli tiket ke Jakarta. 

Nekad sesaat utk balik Kuantan 2 minggu berturut-turut pun masih samar-samar. 

Bila aku khabarkan kepada ibuku, terus dapat ditangkap apa yg aku cuba sampaikan tanpa sempat aku jelaskan. 

Semoga masalah yg berulang lagi kepada kami ini tidak berpanjangan.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 25, 2016

Flower, I Am

Al salam alaykum

Slot Chamsarang TV9 makin lama makin best plak dramanya.

Image result for i am flower

Tapi aku tak dapat nak tengok dengan tenang hati sbb budak bilik aku ni tgk Memori Cinta Suraya. Tak best la tengok separuh-separuh tak tau hujung pangkal cerita kan.

Aku dah download, tapi serupa tengok CD rosak. Episod 14 langsung tak dapat tengok. Sedih ooo!

Sedang gigih lagi mencari link-link yg dapat didownload.

Oh, selain tu aku cuba jugak tengok online youtube dan dramacool, tapi sama jugak umpama cd rosak. Adoi

Serius, cite ni memang best. Takde chaebol-chaebol kat drama ni.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, January 24, 2016

Mesra

Al salam alaykum

Dulu-dulu, aku kisah jgk kalau budak susah nak mesra. 

Tapi skrg, aku tak kisah. Jadi kisah plak kalau budak senang nak mesra dan nak rapat dgn org lain lebih-lebih lg dgn org tak dikenali. 

Tadi, Ammar berjalan berpimpin tangan dgn salesgirl kat supermarket nak cari barang yg dia nak. Ammar mmg mudah mesra alam. Bukanlah kata tak percaya kat salesgirl tu, tapi berhati-hati. Abah ibu dia pun mengekor dgn mata, dan aku pun ikut dari belakang.

Keluar dari pasaraya, aku tanya Ammar, Ammar tak takut ke kalau kakak tu culik Ammar, bawak Ammar lari. Ammar tengok aku pelik. Kabur-kabur agaknya kenapa aku tanya cam tu. Tapi dia tak jawab. Macam tengah imagine kena bawak lari kot. 

Anak-anak saudara aku ni kebanyakannya mmg mudah mesra dengan orang lain. Walaupun kadang-kadang takde prasangka buruk-buruk, tapi bahaya tetap ada. Sekarang macam-macam perkara terjadi. 

Sebab tu aku pun tak kisah kalau jumpa budak-budak, kalau dia tunjuk muka takut kat aku, aku tak kisah. Aku pun bimbang jugak, takut org umpan kita dgn budak-budak mesra ni. 

Ada rakan seofis bawak anak ke ofis. Agaknya dah bosan, dia ajak sesapa je jalan-jalan kat bawah. Takpe la tinggalkan ibu pun, biar dia je nak berjalan. Budak tu umur 4 tahun. Bahaya sungguh. 

Mesra sangat pun susah, tak mesra pun susah. 

Walau apapun, jangan selalu tunjukkan muka prasangka. Ekori anak-anak kita. Pimpin sentiasa tangan mereka. Lepas bebas macamana pun, ekori dengan mata, jangan kita plak alpa. Sedar-sedar, anak-anak hilang mengikut orang lain. 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, January 23, 2016

School 2013

Al salam alaykum

Semenjak sewa rumah lain ni, asyik tengok Korea kat tv je... KBS World ada tayangkan ulangan School 2013. Sebelum ni aku tengok sbb tengah gilakan Lee Jong Suk, tapi kali ni mmg aku tengok sbb aku nak fahamkan lagi jalan cerita dia.

Image result for school 2013

School 2013 memang berkisar kpd persahabatan yg erat di kalangan pelajar-pelajar kelas 2-2. Di samping, banyaklah jugak konflik antara cikgu dan cikgu sendiri, cikgu dan pelajar, ibubapa dan cikgu, ibu dan anak, dan jugak antara pelajar sendiri.

Image result for school 2013

Konflik antara pelajar sudah semestinya persahabatan erat Ko Nam Sun dan Park Heung Su, dan juga geng tiga mafia, Oh Jung Ho, Lee Yik Kyung dan Lee Ji Hun. Dan, konflik-konflik kecil di antara pelajar-pelajar perempuan yg sentiasa berusaha utk meningkatkan GPA sendiri, dan mengkhianati sahabat mereka yg lain.

Image result for school 2013

Selepas pengakhiran episod, sebenarnya School 2013 ni lebih menjurus kepada watak Oh Jung Ho, seorang pelajar yg sering mencetuskan kekecohan dan pergaduhan di sekolah. Watak Ko Nam Sum dan Park Heung Su macam watak sampingan je sebenarnya.

Image result for school 2013

Sedih tengok episod akhir bila Cikgu Jeong In Jae menunggu Oh Jung Ho datang ke kelas sebelum kelas berakhir. Tapi Oh Jung Ho tak datang-datang. Dia tak datang sbb dia bekerja utk menyara dirinya dan ayahnya.

Image result for school 2013

Kenapa mereka semua ni terlibat dgn gangstarisme? Kurang kasih sayang di rumah, punca utama. Yang lain-lain, cuma terikut-ikut je. Ye la, bila ada ketua, mestilah ada pengikut, kang syok sendiri plak namanya.

Ok, puas sbb dapat menghayati drama School 2013 dgn sebenar-benarnya. Tapi, jeling-jeling jugak Lee Jong Suk yg comel dalam drama ni.. Ngeh ngeh ngeh

p/s: image, semua hasil carian di google

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, January 22, 2016

Teknik Nekad Sesaat Memasuki Bilik Mayat

Al salam alaykum

Sesapa yg baca siri "Diari Mat Despatch" mesti tahu teknik nekad sesaat ni.

Cuti hujung minggu yg panjang akan bermula tiga minggu berturut-turut.

Mak aku kata, balik Kuantan je. 

Tengah berfikir utk nekad sesaat balik Kuantan minggu ni, tapi tak nekad lagi.

Sahabat-sahabat bermusafir beli tiket ke Jakarta cuti Tahun Baru Cina. Aku pun nekad sesaat selepas beberapa kali tengok harga tiket.

Nekad sesaat "takyah beli tiket Jakarta, balik Kuantan"


Dalam membuat pilihan, selepas kita berusaha mencari penyelesaian utk memilih yg mana lebih baik utk kita, selepas beristikharah, jalan akhir ialah nekad sesaat, dan jangan berpaling lagi. Serahkan selainnya kepada Yang Maha Berkuasa Menentukan dan redha utk segala implikasi yg bakal terjadi.



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, January 21, 2016

Makan-makan di Bangi dalam masa 5 jam

Al salam alaykum

Hari Ahad, kami ada meeting utk trip seterusnya. Meeting jam 3.30 petang, kami berpisah jam 9 malam... 

Meeting kat Pizza San Francisco, Bangi... Minum air kedondong asam boi takde gula... Sedap wehh!

Makan? Aku tak order makan, tumpang makan roti Athirah je, pastu spaghetti kakak sayam... Berjam-jam meeting kat sini, tapi tak makan... 

Sebab utama, nak berpindah ke sebelah! Hahahaha

Ke mana? 

Fizomawar Kitchen la...

Macam-macam kan dengar cerita pasal Fizomawar ni... Terima kasih kpd gosip dan segala viral, dan rezeki jugak la nampak pengacara kesukaan, Abu Talib. Kecik molek je orangnya...

Dalam jam 6.00 petang, kami keluar dari San Francisco Pizza ke Fizomawar. Sebelah je kot!

Duduk dalam ruang aircond, dan menu pun sampai.


Antara menu yg ada

Barisan nasi yg ada

Barisan mee yg ada

Adik aku beli yg bentuk ikan tu kat Hatyai, RM 2.00

Air sedap-sedap

Aku order pad Thai, yg lain nak makan mee sup. Jadi diorg order, Nam Sai. Tapi Nam Sai dah habis, tukar order Nam Kun. Selang beberapa minit, pelayan datang cakap Nam Kun kuah rosak, so takde la jadinya...

Makanan sampai dulu, tak lama pun, tak sempat nak ulas topik yg dibualkan, makanan dah sampai. Sungguh cepat!

Lupa nama, tapi ni kiranya nasi ayam kuning la kat Thailand, sedap weh!

Ayam bijan, sedap gak, walaupun nampak biasa je

Roti Stereng... mmg terbaik sungguh! Pakej lengkap!

Roti Stereng ni Miza, Nurul dan Adeq order... Miza dan Nurul makan separuh dah kenyang... Aku la habiskan, sedap sungguh!

Gambo Pad Thai takde! Lupa... Tapi bagi aku Pad Thai dia biasa je, portion pun kecik. Tapi sohabat gegadis cakap sedap jugak! Dan, aku habiskan Pad Thai Athirah punya...

Kuat makan sungguh hari tu... Kot sbb pagi dah banyak bakar kalori kot! Tapi, sampai hari ni berat naik lagi :(

Ini paling terbaik! Air banyak, pastu sedap plak! Cha Yen je pun 

Harga makanan mampu makan, takde GST. Alhamdulillah.

Kemudian, selepas maghrib, nak meraikan ulangtahun kelahiran ahli Gadis Semasa, Cik Eein yg comel, kami berpindah ke Little White Cafe, Bangi.

Cantik kafe ni, deco ala-ala omputis. 


Ini ubat pun jadi hiasan

Order air dan kek saja. Air Hot Lemon Tea. Tapi Lemon tu jus perisa lemon. Sadis jugak la.

Kami order Kek Baldu Merah, Kek Keju, Kek Lobak dan jugak Pavlova.

Utk pencinta kek macam aku, semua sedap. Tapi yg Baldu Merah tu paling sedap yg Miza buat la, cuma skrg dia tutup kedai, bila boleh order lagi tatau la... Semoga Miza terbuka hatinya nak bukak kedai semula.

Aku tapau Kek Baldu Merah, sebab dapat half price kalau take away sebab Isnin cafe ni tutup.

Yang diraikan.

Semoga terus menjadi umat Rasullullah yg cemerlang, gemilang dan terbilang!


Yang meraikan dan diraikan

Teringat-ingat lagi kek keju Little White Cafe yg sedap ni!


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, January 20, 2016

Ke Kuala Kangsar Kita...

Al salam alaykum

Persinggahan terakhir, di Kuala Kangsar. Hajat hati nak jenguk Firuz, tapi dia berpantang di Taman Khaya... 


Tapi aku cari pasaraya The Store tak jumpa, berubah sungguh Kuala Kangsar ni...

Bangunan Hospital yg pertama


Katanya ada Muzium baru, namanya Galeri Sultan Azlan Shah... 

Harga tiket dan waktu lawatan

Dapat harga student! Terima kasih

Panas berdenting, tapi cantik


Jom la masuk ke dalam.

Dalam ruang pameran tak boleh amik gambar. 

Tapi pameran mmg sangat superb! Ada tentang salasilah Kesultanan Perak, ada tentang kerjaya baginda sebagai pengamal undang-undang, pasal sukan kegemaran baginda dan macam-macam lagi... Koleksi hadiah daripada pelosok dunia, koleksi kereta la yg paling best

Aku langgar peraturan sekali! Nukilan yg bermakna

Apabila anda tidak minta, Allah tidak akan beri
Apabila anda mencari, Allah akan beri
Maka carilah dengan seikhlasnya. pasti akan Allah beri seorang mursyid kepada anda


Dah mendung, nak masuk kat Galeri Kereta sekejap

Menjejes air liur tengok koleksi kereta


Sbb dah lewat sampai, Galeri pun dah nak tutup. Ke masjid utk solat.



Pernah dapat keizinan utk bergambar dalam ruang solat lelaki. Tapi kali ni tak mintak la...



Nak tengok Istana katanya.


Amik gambar pagar boleh la


Aku nak masuk Muzium Diraja Perak sebenarnya. Tapi mmg tak sempat langsung. 10 tahun lepas datang pun waktu dah tutup jugak.


Pusing Kuala Kangsar, nak makan laksa kat tepi Sungai Perak.


Kenyang makan laksa, bercanda di tepi sungai la kita

Kapal ni utk istiadat pertabalan Sultan Nazrin kan?

 Aku pernah naik bot ke seberang sana, Kampung Sayong ke namanya? Lupa


Memancing ikan lampam kata abang ni


Dah jom balik Kolumpo. Kami guna jalan dalam je sbb waze kata PLUS sesak.

Jumpa lagi trip lain kali InsyaAllah


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, January 19, 2016

Hingga ke Jannah

Al salam alaykum

Bila sohabat2 tanya ko mesti dah dengar lagu KRU baru kan?

Aku terpinga-pinga, dah lama tak dengar radio weh!

Tajuk lagu, Hingga ke Jannah


Awat tajuk pelik sgt?

Tapi sbb KRU, aku layankan je la...

Semoga Hingga ke Jannah bersama abam Yusry :D


Dalam beribu
Dosa yang dah tersalah laku
Mungkin adanya sepahala
Menganugerahkan kau bersama

Syukran Ilahi
Menjodohkan takdir bertemu
Sempurna lengkap sanubari
Menjadi pasanganmu

Sejahtera kasih selamanya
Amin...

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Andai mengalir
Titis air mata menguji
Ku harap kau tabah bersabar
Harungi semua pancaroba

Akan ku janjikan
Senyuman di waktu yang sukar
Agar hanya detik yang indah
Tercoret dalam diari cinta

Sejahtera kasih selamanya
Amin...

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Oh oh...
Hingga ke Jannah
Oh oh...
Hingga ke Jannah
Oh oh...
Insha Allah

Sejahtera kasih selamanya
Amin...

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Oh oh...
Hingga ke Jannah
Oh oh...
Hingga ke Jannah
Oh oh...
Insha Allah


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, January 18, 2016

Taiping Jejak Warisan

Al salam alaykum

Taiping, bandar yg aku suka! Aku rasa Taiping sangat tenang!

Plan nak gi Taiping awal tahun lepas, dengan ex-housemates Shah Alam, tapi sampai la sekarang belum terlaksana. Plan utk menjejak warisan. Taiping kan banyak tinggalan sejarah yg menarik!

Alang-alang pergi utara awal tahun baru, singgah la Taiping sekejap...

Tak sempat nak singgah Muzium Taiping pun, pergi Taman Tasik yg aman selamanya sekejap...


Harap masih kekal lagi utk beribu tahun mendatang

Aku lupa dah namanya, tapi ia terinspirasi dari negara Jepun


berpiknik



Aman tenang damai

Sejarah pokok hujan-hujan


Inilah pokok hujan-hujan

Nak terjun ke?

Subhanallah

Hijau bumi Tuhan

Menurut kepercayaan cina, pengantin kena lalu jambatan ni


Baca utk pengetahuan


Mercu tanda Bandar Taiping juga




Kemudian ke Bukit Larut, tapi mmg dah tau takleh nak naik dengan jip pun. Singgah je kejap. 

Bila nak naik lagi?

Jika nak mendaki guna kaki, lalu la jambatan kecil itu

Juga mercu Jejak Warisan Taiping

Ok, kita dtg lagi sekali

Juga sebahagian Warisan Sejarah.

Mesti datang Taiping 2 hari 1 malam utk menjejak warisan. Bukan singgah touch n go je


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::