...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, December 16, 2015

Ozaki 8

Al salam alaykum

Sabtu lepas Eein Miza Bai ajak tengok wayang. Filem Point Break. 

Filem menarik. Katanya remake filem tahun 1991. Tapi jalan cerita tak berapa nak sama. 

Filem ni kisah seorang ejen FBI merungkai misteri jenayah yg berasaskan sukan ekstrem. 

Penjenayah tu plak melakukan perkara ekstrem untuk melengkapkan prinsip Ozaki 8. Aku tak ingat sangat details Ozaki 8 tu, tapi setiap aksi ekstrem tu sangat mendebarkan jiwa raga aku. Dan Ozaki 8 ni semua berkaitan dgn alam. 

Antaranya meluncur di ombak besar di Perancis, meluncur angin melalui pergunungan, meluncur salji, wall climbing di air terjun tinggi tanpa menggunakan peralatan, kemudian terjun balik dan yg lain aku tak ingat. 

Setiap prinsip yg diorg kena buat tu tak kisah ikut turutan atau pun tak. Sebab semuanya bergantung kepada alam dan cuaca. 

Setiap aksi tu aku rasa berkocak perut. Ngeri wehh!

Tapi kecewa, bila aku google prinsip Ozaki 8 tu tak wujud pun! Ozaki 8 fiksyen semata utk filem tu.  

Tapi mujur gak tak wujud, kalau betul wujud, memang nyata la ada orang yg sangat gila dalam dunia yg memang gila ni! 

Eein tanya, mana satu aku nak buat kalau ada peluang?

Aku takut air, aku takut sejuk, aku takut tinggi, aku takut kedalaman, maknanya, mmg tak buat la kan?

Tapi kalau ada peluang nak surfing kat laut, dan jugak meluncur angin pakai baju yg ada sayap tu. Heheehe. Angan-angan tetap angan-angan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: