...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, December 03, 2015

Ipoh, 28/11/2015 - Jejak Warisan Ipoh

Al salam alaykum

Dah sampai Ipoh tercangak-cangak tatau nak ke mana, dalam kepala nak makan nasi vanggey dengan mee kicap je...

Hahahaha... bayar tol mahal-mahal, minyak setangki penuh, takkan itu je?

Mula-mula kami nampak signboard pelancongan di Ipoh, ada Taman Jepun, jadinya set waze, moh la kita...

Pastu habis masa berpusing-pusing kat situ, macam pelik je... Tak puas hati betul...

Selepas berpusing-pusing mencari Taman Jepun tak jumpa-jumpa, kami tanya pakcik guard
"Taman Jepun kat mana pakcik?"
Sambil gelak pakcik tu jawab: Tu sebelah tu, takleh masuk dah. Jepun semua dah balik Jepun, mana ada taman lagi... Korang dari mana ni?
"Dari KL pakcik"
Datang Ipoh wat apa?
"Saja jenjalan pakcik"
Takde apa dah kat pekan Ipoh ni, semua dah kuar dari Ipoh... pergi la Gua Tempurung ke, Gunung Lang ke, Kuale Kangsor ke... kami pun nak berjalan kami ke Tepen, takde apa dah kat Ipoh ni...

Amik ko kena sebijik... ehehehe

Taman Jepun yg telah ditutup


Kemudian, kami cuba nak ke Muzium Darul Ridzuan, pun sama, pusing-pusing, takleh nak masuk, pintu pagar tutup. Aku dah google, buka setiap hari kecuali Jumaat, tapi kenapa sunyi sepi ke? Dah la takleh berenti nak parking, tengok dari dalam kereta je la, nak amik gambar pun tak dapat... TAk puas hati betul Muzium tutup hari Sabtu! 

Aku called pihak muzium hari Isnin itu hari, muzium tutup utk kerja naik taraf sampai tahun depan. January bukak semula... Terlupa plak Muzium Geologi hahahaha

Takkan la kita nak p Stesen Ketapi je kak? Plan B C D E dan kafe hispter semua mmg tak masuk dalam list langsung ni...

Kalu tanya pakcik Google, ada banyak tempat Jejak Warisan Ipoh:

  1. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Stesen Keretapi Ipoh, Mahkamah Tinggi, Rumah Kelab Ipoh)
  2. Jalan S.P. Seenivasagam (St. Michael Institution, Masjid India)
  3. Jalan Sultan Idris Shah (Jambatan Birch, Persisiran Sungai Kinta, Memory Lane)
  4. Jalan Dato’ Onn Jaafar
  5. Jalan Raja Musa Aziz (Taman DR Seenivasagam & Bulatan Sultan Iskandar)
  6. Jalan Hospital (Hospital Besar Ipoh)
  7. Jalan Dato’ Seri Ahmad Said (Pusat Beli Belah)
  8. Persiaran Tugu (Dataran MBI, Pembangunan Kawasan Greentown)
  9. Jalan Sultan Abdul Jalil (Sekolah Convent)
  10. Persiaran Greenhill
  11. Jalan Sultan Idris Shah
  12. Bulatan Sultan Ismail
  13. Jalan Raja DiHillir
  14. Jalan Brash (Padang Polo)
  15. Jalan Kelab Golf (Padang Lumba Kuda Ipoh)
  16. Jalan Raja DiHilir (Taman Jepun, Taman Budaya)
  17. Bulatan Sultan Ismail
  18. Jalan Sultan Iskandar (Gerbang Malam, Lam Looking Bazaar,Bangunan Persatuan Pelombong Cina, Taman Persisiran Kinta)
  19. Jalan Bandar Timah (Restoran Ipoh White Coffee)
  20. Jalan Sultan Yusuf (Little India)
  21. Jalan Dato’ Maharaja Lela(Bangunan Straits Trading, Tempat Letak Kereta Bertingkat Majlis)
  22. Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

Kenapa Jejak Warisan Ipoh? Mungkin kerana senibinanya, tinggalan sejarahnya, kaitan dengan timah, dan lain lain...

Singgah di Stesen Keretapi Ipoh...







Jom masuk dalam



Jom tengok apa ada di luar


Bangunan Dewan Bandaran Ipoh





Bangunan Pejabat Pos



Tugu Peringatan Mangsa Landasan Keretapi Maut Burma - Thailand





Pokok Ipoh!


Wajib kenal ni!


Habis di kawasan sekitar Stesen Keretapi Ipoh, jom p masjid solat dulu.

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

3 comments:

Dr Singa said...

ko gugel Jejak Warisan ipoh ada keluor blog Hakak tak?
:)

Kay said...

Jumpa! tapi baca details bila dh balik ke KL... hehehe

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)