...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, December 31, 2015

2015 akan berlalu

al salam alaykum

Azam tahun 2015 aku nak dapat kerja baru, tapi sampai ke akhirnya aku masih lg di sini... Kerja baru tu dapat tapi sbb tak dapat nak meyakinkan diri sendiri utk berhijrah, maka apatah lagi nak meyakinkan mak dan ayah, maka terpaksa dilupakan saja tawaran... Bawak azam ke tahun depan, insyaAllah

Tahun 2015, aku hanya bermusafir dengan bas udara ke Kuching, Sarawak bawak famili, ke Nepal utk menawan ABC tapi tak dapat, dan misi menawan Rinjani, Lombok, tapi aku tak update blog pasal trip ni, sbb hati kucar kacir hahaha... Trip jalan-jalan ialah ke Cambodia dan Vietnam, tetapi terpaksa dilupakan kerana cuti tidak mendapat kelulusan... dan ada juga jalan-jalan kecilan di Semenanjung Malaysia ini...

Makanya tahun 2015, tak boleh kata tak best pun, sebab semuanya best! Janganlah kita menjadi orang yg kufur nikmat atas segala yg Allah kurniakan... 

Azam tahun 2016?

1. Yang utama-utama tidak dicoretkan di sini, cukuplah ada dalam hati
2. Ada peningkatan dalam kerjaya, mudah-mudahan Allah permudahkan
3. Dapat berat 55kg
4. Lebihkan senaman
5. Nak berjimat cermat
6. Kurangkan merajuk, sbb orang tak tau pun ahahaha, layan blues sendiri je padan muka
7. Nak jadi lemah lembut lagi, kesian kat aku, aku tak marah orang pun, orang cakap aku marah, jadinya cuba la Cik Kay cakap lemah lembut menjadi contoh wanita sejati muslimah mukminah solehah mujahidah fi sabilillah... panjang beno azam yg ni
8. Nak kurangkan kedut kat muka, supaya sentiasa 29 tahun hahahaha... sapa ada petua, bak mai sini
9. Nak keliling Malaysia, banyak lg tempat dalam Malaysia tak p lagi, Pulau Redang jom!
10. Nak delete akaun FB selama-lamanya, tekadnya 31/12/2015, tapi macam tak berjaya je! Rindu kengkawan di kejauhan
11. Azam 50 buah buku setahun! tahun 2015 ke laut sbb banyak tengok tv dan drama online!

Banyak lagi, tapi semoga yg dicoretkan ini berjaya

Semoga semua lebih cemerlang gemilang dan terbilang, biarlah kita tidak disebut penduduk bumi, tapi diingati oleh penduduk langit

Iltizam menuju jaya! (moto sekolah sapa ni?)

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: