...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, November 15, 2015

Sepetang di Kafe Bibilioholic

Al salam alaykum

Novel ni manis. Walaupun aku bukan penggemar kopi. Tapi aku penggemar buku.

Bermacam falsafah kopi, dan jugak falsafah buku ada dalam novel ni.

Dan kemudian, aku plak bercita-cita nak bukak kafe buku... ekekeke

Berangan itu gratis kan?

Tapi dah banyak cawangan kafe buku kat Malaysia ni.


Antara yg menarik:

1. Tsundoku: Bererti suka membeli buku dan membiarkan buku yang tidak dibaca di atas lantai.
- Aku la tu, tapi aku susun kat rak buku... bila la nak habis baca semua ni?

2. Ramai orang yg membaca tetapi berapa orang yg benar-benar membaca?

3. Lebih teruk lagi orang yg membaca buku, tapi buku yg dibaca tidak membentuk jiwanya.

4. Anggap buku macam kawan yg sama-sama mendepani hidup. Membaca utk mencintai kehidupan.

5. Jangan terlalu sedih. Harta ini hanya pinjam-pinjaman. Sampai masa, ia harus pulang.




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Dr Singa said...

harta ini hanya pinjam pinjaman
macam buku perpustakaan

Kay said...

wehhh tergelak membacanya kak!