...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, November 24, 2015

Muzium Kapal Selam di Klebang, kali kedua!

Al salam alaykum

Lepas kenduri anak Kak Yati, kami ke Melaka, nak ziarah mak Aza di Melaka...

Melaka dgn Muor tu dekat sgt dh, takyah naik tol kan, sampai sudah...

Mula-mula bawak nak minum Coconut Shake yg terkenal di Klebang tu, tapi penuh ya ampun!

Mak ayah aku tak suka kalau kena beratur panjang-panjang, lama-lama berjam-jam nak menunggu hanya sbb nak makan menda sedap... Ramai Chinese, so terbuktilah kesedapan Coconut Shake Klebang tu kan!

So takpe, kami ke Pantai Klebang, ada jugak Coconut Shake kat situ... alhamdulillah, sedap jugak!

Lain kali ye kita datang semula, datang hari yg tak sibuk...

Dan kami ke Dataran Pahlawan 1 Malaysia...

Edisi Kapal Selam kedua aku...


Kali ni nak masuk ke dalam perut kapal selam plak... bayaran RM 3.00 utk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun RM 1.50...

Kalau nak bergambar sekitarnya tak naik tangga masuk kapal selam, percuma! Dulu kena bayar RM 1.00...


Apa-apa hal pun bergambo la dulu...

Bagi aku apa yg berubah? Jalan pun dah ada, takyah nak rentas padang pasir macam dulu... Landskap pun cantik, toilet pun dah ada...

Dan, yg paling penting, boleh masuk dalam perut Kapal Selam la! Nak baca sejarah, ada papan tanda kat bawah kapal selam, aku tak amik gambo, sbb sama je macam dulu... dan ada tayangan video Majalah 3 pasal kapal selam ni...

Moh masuk ke dalam! Tunjukkan tiket anda dulu ye!


Keadaan dalam kapal selam

Ayah aku mmg minat menda gini




Ni kat bahagian dapur tak silap aku, pastu mak aku cakap "dah habis la"

Mak aku ckp, nak gmbo kat tangga!


Jadilah utk kali ini... gambar dalam kapal selam tak banyak sbb berlaga-laga dgn pengunjung lain... Ada pengunjung yg naik ikut tangga keluar, dan nak keluar ikut tangga masuk! 

Dalam tu sempit, laluan sehala utk sorang je... Kagum la dgn sesapa yg bertugas dalam kapal selam ni... 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

3 comments:

p_kadok said...

next week br nk g melaka...harap2 boleh la singgah kat sini walopon byk kali lalu...hehehe

Kay said...

wajjib dh tu kena singgah

Dr Singa said...

dulu tak boleh masuk dalam nya..
frust hakak