...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, November 16, 2015

KL Hop On Hop Off

Al salam alaykum

Hari Sabtu, Hani, Pah dan aku pusing KL naik bas bumbung terbuka, KL Hop On Hop Off.

Impian dah lama, tambahan plak dapat tiket RM 5.00 seorang, kena la amik peluang.

Korang boleh daftar utk dapatkan tiket RM 5.00 tu kat sini:

http://www.myhoponhopoff.com/kl/promotion/rm5/

Konsep naik bas ni, naik bas kat mana-mana perhentian, pastu turun la mana-mana perhentian yg korang nak. Explore kawasan tu, apa yg menarik hati, dan naik la semula kat perhentian tu utk ke destinasi seterusnya...

Ada 23 perhentian dan lebih 40 tarikan di sekitarnya.

Kami bermula seawal jam 9.00 pagi di perhentian no 23, KLCC.

Oh ya, lepas daftar, printkan slip pendaftaran, bawak masa nak naik bas. Dan bayar RM 5.00. Tiket ni boleh digunakan utk 24 jam.

Utk hari minggu, kekerapan bas adalah setiap 15 minit. Jadinya boleh la kita plan yg terbaik.

Sebab kami naik jam 9.00 pagi, maka mmg nak habiskan hari tu jugak la..




Tak semua perhentian kami turun. Kami tengok jugak apa attraction yg ada di setiap perhentian, sbb ada yg kami pernah sampai, ada yg kami tak pernah sampai. Kena capai kata sepakat la jugak sebenarnya.

Antara yg kami singgah ialah:

1. No 23 - KLCC
2. No 2 - KL Tower
3. No 5 - Karyaneka
4. No 9 - Central Market
5. No 13 - Istana Negara Jalan Duta
6. No 15 - Bird Park
7. No 17 - Dataran Merdeka

Dan dari Dataran Merdeka menapak ke Medan Mara, sbb tunggu bas tak datang-datang. Rupa-rupanya kena tunggu kat DBKL. Sabo aje la... samada mmg betul tak diberitahu kat dalam bas, ataupun kami leka sbb teruja sgt nak turun kat Dataran Merdeka.

Plan kami nak turun di perhentian Titiawangsa tidak kesampaian sbb hujan lebat jam 5.00 petang. Maka, kami terus ke KLCC utk solat, dan makan dan berpisah.

Nanti mungkin nak naik bas GoKL plak. InsyaAllah.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Dr Singa said...

kehkehkehhhhh...

sungguh sebanyak tu tempat dalam kl ko belum sampai!!?

gunung yang jauh dah ko sampai!!

Kay said...

erkk... jgn la begitu hahahaha... masa kat dataran merdeka tu teringt entry kak Izat pasal KL Gallery tu tau! hhhehehehe